Wednesday, 10 December 2014

Kucing unik bawa tuah, jana pendapatan hampir 100 juta dolar dek popularitinya

Tabatha Bundesen, 29, pemilik kucing unik 'Grumpy Cat' meraih hampir AS$100 juta dek populariti haiwan itu.

'Grumpy Cat' mula popular selepas adik Tabatha mengambil gambar kucing tersebut dan memuatnaiknya ke laman forum Reddit, lapor Assiociate Press.

Keunikan kucing tersebut yang menghidap sindrom 'dwarfism' yang membuatkannya 'bermuka garang dan pemarah'.

Mimik muka kucing tersebut terlalu unik, lantas dikenali sebagai 'Grumpy Cat' dan digunakan di laman-laman sosial sebagai 'meme'.

'Meme' atau jenaka bergambar merupakan salah satu ekspressi tidak terhad warga internet terhadap perkara-perkara yang relevan kepada subjek.

Tabatha mampu berhenti kerja sebagai pelayan restoran pada hari pertama 'Grumpy Cat' meraih populariti, sekaligus memenuhi undangan dan jemputan konvensyen komik.

Kucing betina itu dijangka akan terus meraih populariti dan menjana pendapatan untuk tuannya.
Sinar Harian

Ada iras Master Shifu dalam cerita Kung Fu Panda ni tak? hehe

Baca lagi >>

10 masalah mental di media sosial

Ada sedikit masalah dengan sesetengah manusia, ini sharing based on pemerhatian saya, maaf ini tidak ada kena mengena dengan anda atau sesiapa, ia adalah General observations di FB & social media:-

  • Kebanyakan manusia akan tetap berpegang dengan apa yang dia fikir dan tahu adalah BETUL walaupun secara zahirnya jelas ia kepercayaan yang salah atau merugikan dia. Contoh: Saya tak nak kaya nanti lupa diri, tetapi eventually ramai yang lupa diri walaupun belum kaya. Belum kaya dah tak ada masa sujud.
  • Suka tonjolkan kebaikan diri (Itu tak pelik) tapi bila orang lain tonjolkan atau sharing, dikatanya riya' & sombong seolah-olah dia boleh tilik hati manusia lain. Kasyaf namanya.....
  • Berhati-hati cover aib dan kelemahan diri (Itu pun tak pelik) tetapi bila tang aib dan kelemahan orang lain, bukan main di KANTA PEMBESAR kannya.
  • Bila dia datang "FB" komen tegur orang lain dengan kurang ajar, tidak beradab dan dengan fakta yang salah, dia adalah paling betul, tetapi bila orang jawab dan komen membetulkan fakta, maka orang itu kurang ajar dan biadap.
  • Semua orang adalah jahat. Kutuk tahap gaban seperti dia dah capai tahap maksum dan malaikat.
  • Syok sendiri. Ala-ala pakar dan komen tentang benda yang dia pun tak pernah buat. Contoh, bisnes pun tak ada tapi nak komen tentang bisnes orang lain. Baca tentang ekonomi dari buku atau artikel orang lain then ala-ala dah jadi penasihat pakar ekonomi. Saham Bursa Malaysia pun tak pernah beli.
  • Kay Poh Chi- suka nak ambil tahu hal orang yang tidak ada kena dengan hidup dia. Suka judge orang lain.
  • Rasa tidak berdosa dan tidak pernah bersalah- Kutuk, fitnah dan tulis apa sahaja yang disukai tentang sesiapa sahaja tanpa sedar diri tu siapa, dari mana dan bakal mati untuk di pertanggungjawabkan segala perkara.
  • Menuding jari menyalahkan orang lain adalah kepakaran ramai orang.
  • Suka heboh dan kecoh tentang perkara yang dia sendiri tidak tahu atau tidak faham. Suka tambah lauk bukan kerana untuk nak faham tapi nak mengeruhkan lagi keadaan.
Semua yang ditulis atas ini mungkin tidak berlaku dan anggap tidak wujud. Mana baik, ambil sebagai ingatan.

Jika tidak, lupakan.

Saya sendiri tidak perfect dan tulisan ini adalah ingatan agar saya serta anak didik saya janganlah bersikap begini.

Jika kita tidak tahu dan tidak faham tentang sesuatu, kita boleh pilih untuk tanya. Dan jika tidak ada kena mengena dengan kita, kita boleh pilih untuk diam.

Hidup ini sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selamanya.

Mari kita berusaha untuk perbaiki diri kita.

Dr Azizan Osman

Baca lagi >>

Siapa yang layak jadi pewaris KWSP anda?

Pengenalan

Penamaan merupakan proses menamakan individu sebagai penama / pentadbir (Wasi) untuk menerima / mentadbir simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia.

Kenapa Perlu Membuat Penamaan?

Anda digalakkan membuat penamaan bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan pengeluaran simpanan KWSP anda kepada orang yang dinamakan itu apabila berlakunya kematian.

Rasional, sekiranya anda tidak membuat penamaan untuk simpanan KWSP anda, waris anda akan menghadapi kesukaran untuk menuntut simpanan anda daripada KWSP.

Adakah Anda Layak Membuat Penamaan?

Anda layak menamakan sesiapa sahaja sebagai penama sekiranya:
  • Anda berumur 18 tahun atau lebih.
  • Anda seorang warganegara Malaysia.
ATAU

Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudiannya memilih untuk  mencarum semula dengan KWSP;

ATAU

Bukan Warganegara Malaysia yang
  • Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998;
ATAU
  • Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

Siapa Yang Boleh Dinamakan? 

Anda boleh menamakan mana-mana ‘orang sebenar' sebagai penama / pentadbir. Mana-mana ‘orang sebenar' adalah merujuk kepada individu dan bukannya organsasi, pertubuhan, persatuan, badan kebajikan dan sebagainya.

Anda dinasihatkan menamakan waris terdekat seperti suami, isteri, anak-anak dan ibu/bapa untuk menerima / mentadbir simpanan anda. 

Bagaimanapun, sekiranya anda menamakan bukan waris, penamaan tersebut masih diterima. Risiko, kemungkinan akan berlaku kesulitan pada kemudian hari seperti tuntutan daripada waris.

Penamaan Bagi Ahli Yang Beragama Islam
  • Bagi ahli yang beragama Islam, orang yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi / pentadbir (administrator) yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan mengikut Hukum Faraid kepada waris-waris ahli yang berhak.

Penamaan Bagi Ahli Bukan Islam
  • Penama adalah merupakan penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan ahli yang meninggal dunia.
  • Bagi ahli bukan beragama Islam, jika penama meninggal dunia:
               - Sebelum kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris 
                  terdekat ahli yang meninggal dunia.
               - Selepas kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris
                  terdekat penama. Ini kerana penama adalah pemilik mutlak
                  simpanan ahli yang meninggal dunia.

Bagaimana Membuat Penamaan?

Anda dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut  dengan lengkap dan teratur:-
  • Borang Penamaan (KWSP 4)
  • Salinan Kad Pengenalan Diri sama ada;
              - Salinan Kad Pengenalan (MyKad) / Kad Pengenalan Polis / 
                Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin 
                Tetap (MyPR)
ATAU
              - Salinan Pasport (sekiranya anda bukan warganegara
                Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)

Borang permohonan penamaan yang telah diisi dengan lengkap dan teratur hendaklah dikemukakan sendiri oleh ahli di mana-mana Pejabat KWSP.

CATATAN:
Borang Penamaan (KWSP 4) mestilah diterima oleh KWSP semasa ahli masih hidup.

Saksi-Saksi Yang Dibenarkan

Anda boleh memilih sesiapa sahaja yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk menjadi saksi kepada penamaan anda KECUALI orang yang dinamakan dalam borang penamaan itu, petugas kaunter KWSP dan anggota KWSP.

Bagaimana Penamaan Anda Boleh Terbatal?

Penamaan yang dibuat boleh terbatal sekiranya:-
  • Semua orang yang dinamakan meninggal dunia semasa ahli masih  hidup.
  • Ahli mengemukakan Notis Pembatalan Penamaan (KWSP 4A)
  • Ahli membuat penamaan baru dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4)

CATATAN:
Penamaan turut terbatal sekiranya ahli membuat pengeluaran penuh di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya dan Pengeluaran Pekerja Berpencen.

Wasiat tidak membatalkan penamaan.

Bagaimana Mengemaskini Penamaan?

Penamaan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa sebelum anda mencapai umur 75 tahun. Pengemaskinian penamaan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang Penamaan (KWSP 4) yang baru. Borang KWSP 4 yang baru akan membatalkan penamaan anda yang terdahulu.

Bagaimana Penamaan Boleh Disemak?

Jika anda ingin membuat semakan ke atas penamaan yang telah dibuat, anda boleh menyemak penamaan tersebut melalui cara berikut:-
  • Menyemak status penamaan melalui kemudahan i-Akaun (Ahli);
  • Hadir di mana-mana Pejabat KWSP;
  • Melengkapkan Borang Semakan Penamaan (KWSP 4B) dan menyertakan salinan kad pengenalan / bukti pertalian ke alamat seperti berikut:-
Jabatan Pendaftaran dan Operasi Sokongan
Bangunan KWSP Jalan Gasing,
46598 Petaling Jaya,
Selangor.
(U/P: Unit Penyimpanan dan Penyelenggaraan Dokumen)


































Pertanyaan

Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai penamaan, sila hubungi:-
Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli apabila berurusan dengan KWSP.

NAMAKAN PENERIMA SIMPANAN KWSP ANDA HARI INI JUGA!

Baca lagi >>

Suami tukar nama kekasih sebagai penama KWSP tanpa pengetahuan isteri

Hampa dan kecewa. Itulah yang dirasa seorang ibu tunggal apabila mendapat tahu dia tidak layak menuntut wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik suami selepas kematian lelaki itu.

Sebaliknya nama waris yang tertera adalah individu lain yang didakwa sebagai ‘kekasih gelap’ suami.

M Tamil Selvee, 48, dari Taman Kesang Damai, Jasin, berkata, perkara itu hanya disedarinya ketika tampil ke pejabat KWSP Cawangan Jasin, Julai lalu dan pegawai terbabit menjelaskan suaminya telah menukar nama waris kepada wanita berkenaan.

Selvee yang hanya meraih pendapatan sebanyak RM322 sebulan sebagai tukang sapu di sebuah kuil, mengenali wanita terbabit dan tahu hubungannya dengan suami selama ini.

“Saya memang tahu hubungan suami, tetapi apa boleh buat, sebagai isteri saya kena patuh padanya. Tetapi saya tidak sangka dia (suami) tergamak sehingga sanggup menukar nama waris KWSP miliknya kepada wanita itu.

“Saya puas merayu kepada wanita itu supaya memberikan sebahagian wang itu untuk keperluan keluarga saya tetapi dia langsung tidak mengendahkannya,” katanya ketika ditemui di pejabat Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, di sini, semalam.

Menurut Tamil Selvee, suaminya, Mendiang K Chellamanickam, seorang pemandu jentolak, meninggal dunia pada Julai lalu selepas  mendapat kemalangan di tempat kerja.

Katanya, mendiang suaminya pernah mengeluarkan wang berkenaan sebelum kematiannya beberapa bulan lalu sebaik usianya genap 50 tahun.

Ibu tunggal itu bercadang untuk mengeluarkan baki wang berkenaan yang jumlahnya lebih kurang RM31,000.

“Saya mempunyai tiga anak tetapi dua daripadanya sudah meninggal dunia akibat sakit. Kini tinggal anak perempuan saya berusia 26 tahun tetapi dia sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Harapan saya, wang berkenaan dapat digunakan untuk keperluan keluarga.

“Saya ingin nasihatkan isteri-isteri di luar sana supaya semak penama KWSP suami supaya apa yang menimpa saya tidak terjadi kepada wanita-wanita lain yang kematian suami.

Begitu juga buat suami, jangan tergamak perlakukan isteri seperti ini, hanya kerana terpengaruh dengan teman wanita sampai letak penama KWSP kepada nama kekasih,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz berkata, apa yang berlaku menunjukkan kelemahan sistem penama KWSP itu sendiri sehingga pencarum sewenang-wenang meletakkan nama kepada sesiapa pun.

“Saya mencadangkan agar perkara ini diambil perhatian serius dengan meletakkan nama waris kepada mereka yang benar-benar berhak seperti anak dan isteri,” katanya.

Sinar Harian

Klik sini untuk mengetahui siapa yang layak jadi pewaris KWSP anda.

Baca lagi >>