Tiga maut manakala dua parah dan lapan cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 264 Lebuhraya PLUS arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, petang tadi.
Monday, 8 December 2014
3 maut, 10 cedera kemalangan berhampiran Plaza Tol Seremban
Bagi RM200 boleh masuk syurga
Seorang pelajar sebuah kolej swasta di sini, hampir terjebak dengan kata-kata seorang 'pendakwah' yang mendakwa seseorang itu mendapat syafaat dan boleh masuk syurga apabila membayar RM200 kepadanya.
Pelajar terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Zahim, 23, berkata, dia didatangi lelaki berusia lingkungan 40-an itu, dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam, minggu lalu ketika sedang minum bersama seorang rakannya di sebuah kedai makan di Rahang, di sini.
"Kemudian, dia terus duduk semeja dengan kami. Mula-mula itu hanya berbual biasa saja, tetapi selepas itu, tiba-tiba dia mula bercerita dan bertanya kepada saya. Antara soalannya, 'kau pilih syirik atau dosa besar?, " katanya.
"Dia cakap, kalau saya solat, tapi bacaan salah, sudah dikira syirik dan solat saya hanya sia-sia. Masa itu, saya dah rasa tidak sedap hati,” katanya.
Zahim berkata, lelaki itu berterusan menceritakan perkara berkaitan agama sehinggalah dia memberitahu boleh memberi syafaat kepada orang, dengan syarat memberinya wang sebanyak RM200.
Menurutnya, tawaran daripada lelaki itu amat mengejutkan kerana ia ternyata tidak masuk akal serta boleh menjejaskan akidah sesiapa yang mempercayainya.
“Masa mula-mula itu, saya rasa mungkin dia nak kongsi pengetahuan agama. Bila saya tanya berkaitan apa yang dicakapkan, jawapan diberikannya lancar dan memang boleh membuatkan kita percaya. Tapi bila sampai minta duit, saya mula fikir yang dia tak betul," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.
Zahim berkata, dia bagaimanapun terlepas kira-kira 40 minit selepas perbualan itu apabila meminta diri dengan alasan sudah lewat malam.
Menurut Zahim, dia percaya mereka yang kurang pengetahuan agama akan terpengaruh dengan apa yang disampaikan lelaki berkenaan.
Malah, katanya, perwatakan dan pakaian lelaki itu, langsung tidak menampakkan dia tidak waras atau sesat.
“Dia pandai sebab nak dekat dengan kita kononnya nak pinjam pemetik api. Lepas itu, dia cerita macam-macam dan setiap soalan yang kita tanya dia boleh jawab dengan lancar," katanya.
Berikutan itu, Zahim meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memantau perkara tersebut kerana tindakan lelaki terbabit secara halus boleh menyesatkan orang ramai, lebih-lebih lagi berani datang di kawasan tumpuan ramai.
Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan dan aduan berhubung kejadian seperti didakwa Zahim.
Video Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia 1 Vietnam 2
Malaysia gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas kalah 2-1 kepada Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam.
Bernama
Berdoalah untuk menjadi tangan yang di atas
Kita kena mohon kepada Allah supaya kita boleh melakukan amal kebajikan, atau dibuka jalan untuk melakukan amal ibadat.
Jangan mengharap kepada kerajinan dan kerelaan kita sahaja kerana kita sentiasa dihalang dan dibatasi oleh syaitan.
Alhamdulillah, sekali sapu sahaja esoknya semua kurap luruh. Saya melihat ini satu jalan yang Allah beri kepada saya untuk berbuat baik kepada hambanya.
Bas terbalik dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh
Bas persiaran yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Ipoh, Perak terbalik selepas dipercayai terperosok ke dalam tebing jalan sedalam kira-kira satu meter berhampiran Restoran Jejantas, Sungai Buloh di Lebuhraya PLUS dari Rawang menuju ibu negara, 12 tengah malam tadi.