Sunday, 7 December 2014

Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam

MALAYSIA kalah 2-1 kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam, di Shah Alam, malam ini.

Kedudukan pada separuh masa pertama terikat 1-1.

Malaysia membuka jaringan dengan sepakan penalti oleh Safiq Rahim pada minit ke-14.

Vietnam kemudiannya menyamakan kedudukan melalui jaringan Vo Huy Toan pada m-32 dan pada minit ke-60, Nguyen Van Quyet mengesahkan penguasaan Vietnam dengan satu lagi gol.

Bernama

Baca lagi >>

Jangkitan kencing tikus di Kedah sekarang, elakkan mandi di kawasan air terjun

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mandi di kawasan air terjun di Kedah buat sementara ini berikutan peningkatan kes jangkitan kencing tikus yang boleh menyebabkan maut.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan Kedah Datuk Dr Leong Yong Kong (bawah) berkata kes jangkitan kencing tikus atau leptospirosis semakin banyak dikesan di kalangan mereka yang pernah mengunjungi kawasan air terjun.

"Buat masa sekarang, saya nasihatkan orang ramai supaya elakkan daripada mandi di kawasan air terjun.

"Jika hendak mandi, mereka boleh ke hotel-hotel yang menyediakan kolam renang yang kebersihan sentiasa dipantau," katanya kepada Bernama di Alor Setar hari ini.

Dr Leong berkata kes ini semakin menjadi sejak tiga tahun kebelakangan ini dan banyak aspek yang boleh menjadi penyumbang kepada perkara ini.

"Sejak kebelakangan ini sering berlaku hujan lebat dan banjir kilat jadi kita tidak tahu bahan apa yang telah mencemari air itu dan keadaan cuaca ini boleh menjadi salah satu punca kepada penyebaran virus kencing tikus," katanya.

Beliau berkata jumlah pengunjung ke kawasan air terjun semakin bertambah dan ini sekaligus telah menyebabkan jumlah sampah (sisa makanan) yang dibuang semakin bertambah, yang menjadi punca kehadiran semakin banyak tikus.

"Binatang-binatang seperti tikus yang sebelum ini mencari makan di dalam hutan akan keluar untuk mencari sisa-sisa makanan yang ditinggalkan pengunjung," kata beliau.

Katanya masalah berkaitan tikus ini tidak dapat dielakkan dan ini boleh dilihat pada jumlah tikus yang berkeliaran di kawasan-kawasan medan selera.

Beliau berkata virus kencing tikus ini akan menjadi cabaran besar kepada negeri Kedah.

Perbincangan akan dijalankan bersama Jabatan Kesihatan dan Jabatan Perhutanan bagi menangani masalah ini, kata Dr Leong.

Dua hari lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dari Taman Pinang Merah, Bukit Pinang dekat sini, Amirah Maisarah Zir Omar Khan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), disyaki akibat jangkitan kencing tikus.
Difahamkan kanak-kanak itu dan dua adik perempuannya serta ibu bapa mereka telah pergi ke sebuah pusat rekreasi air di Yan untuk mandi-manda.

Adik mangsa, Nur Syazana, 5, disahkan positif jangkitan kencing tikus oleh sebuah pusat perubatan swasta dan masih dirawat di HSB manakala seorang lagi adiknya, Zaharah Alisa, 3, dan ibu mereka Siti Zaleha Ramlan, 32, mengalami demam.

Sumber: Bernama

Baca lagi >>

57 rumah rosak akibat puting beliung

IPOH - Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting beliung petang tadi.
 
Kawasan yang terlibat ialah Kampung Tengku Hussein Baru dan Kampung Sungai Tapah Seberang.
 
Anggota Dewan Undangan Negeri Manjoi, Mohamed Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, kebanyakan rumah rosak teruk di bahagian bumbung.

gambar hiasan
"Bahagian yang paling teruk adalah bumbung. Ada juga rumah yang pagarnya roboh," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah yang terlibat di Kampung Tengku Hussein Baru.
   
Beliau berkata mangsa yang terlibat kini ditempatkan di Dewan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Tengku Hussein Baru, bagaimanapun jumlahnya masih belum dikenal pasti.

"Bantuan segera akan dihulurkan kepada mangsa terlibat untuk meringankan beban mereka," katanya.
   
Seorang mangsa Habsah Yassin, 86, dari Kampung Tengku Hussein Baru berkata bumbung rumahnya diterbangkan angin dengan sekelip mata dan menimpa kereta cucunya serta pagar rumah sementara barang-barang lain turut rosak.
   
Mohd Khalid Mohd Tahir, 60, dari kampung yang sama berkata ketika kejadian beliau sedang membakar sate bersama anggota keluarganya.
   
"Kami hanya mampu menyorok di kawasan selamat," katanya sambil menjelaskan kejadian itu merupakan kali ketiga sepanjang 35 tahun beliau menetap di kampung itu.
Sumber: Bernama

Baca lagi >>

Rebah dalam paip

Seorang jurukimpal berusia 44 tahun maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika bekerja di sebuah tapak pembinaan di Jalan Skudai di Danga Bay di sini, pada 5.20 petang tadi.

Saksi dikenali sebagai Arif, 30, berkata kejadian disedari oleh seorang rakannya apabila mangsa yang melakukan kerja mengimpal di dalam paip besar tidak memberi sebarang maklumbalas selepas tempoh 15 minit memulakan kerja.

Menurutnya, rakannya kemudiannya meninjau keadaan mangsa dengan memasuki paip berkenaan dan mendapati mangsa rebah.

"Kami kemudian membawanya keluar dari paip itu dan dapat berasakan aliran arus elektrik pada tubuh mangsa dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.

"Kami bimbang dengan keadaannya dan bertindak menghubungi ambulans serta polis bagi memaklum kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, berkata kejadian berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mangsa, Yusman Ahmad adalah jurukimpal yang bekerja di sebuah syarikat swasta sejak lapan bulan lalu.

Menurutnya, mangsa ditemui di dalam sebuah paip besar berkenaan di mana rakan mangsa menyatakan dapat berasakan aliran arus elektrik pada tubuhnya.

"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuat kerja mengimpal dalam paip manakala seorang rakannya, Mohd Musa Ahmad,26, bekerja di bahagian luar bagi tujuan penyambungan paip.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat bagi mengenalpasti punca kematiannya," katanya.
Sumber: Harian Metro

Baca lagi >>

Penggiat seni dipelawa filemkan kisah pengorbanan bomba dan penyelamat


Pembikinan filem atau pementasan mengisahkan kehidupan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah antara usaha yang dicadang­kan untuk menambah keyakinan masyarakat terhadap badan beruniform itu.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan memberikan bantuan kepada mana-mana penggiat seni yang berminat melaksanakannya.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu sudah dibincangkan dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

“JBPM sudah mempunyai imej yang baik serta diyakini rakyat dan untuk menambah baik keyakinan itu, apa salahnya kita filemkan kehidupan anggota penyelamat ini.

“Kementerian bersedia membantu dan bekerjasama dengan penggiat seni terbabit dalam pelbagai perkara seperti peralatan dan khidmat nasihat mengenai prosedur dan tanggungjawab seorang anggota bomba untuk difilemkan,” katanya selepas merasmikan Ibu Pejabat JBPM yang baharu di sini hari ini.

Selain Wan Mohd. Nor, yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Arpah Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Latif Bandi dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Ab. Ghani Daud.

Bangunan baharu JBPM yang terletak di Jalan Kangkar Tebrau di sini mula dibina pada 17 Mac 2009 di atas tanah seluas 3.2 hektar dan menelan belanja kira-kira RM19.84 juta.

Bangunan itu menempatkan lima bahagian yang terdiri daripada Bahagian Operasi dan Kebombaan, Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan Pendakwaan, Bahagian Ke­selamatan Kebakaran, Bahagian Latihan dan Bahagian Pengurusan serta sebuah pejabat Pusat Gerakan Operasi.

Baca lagi >>

17 gambar bilik tidur cool untuk anak bujang

Deco bilik simple dan menarik!















Baca lagi >>

Kena Tipu dan Kena Kencing

Dalam perkara berkaitan penipuan atas nama pelbagai skim perniagaan dan pelaburan baik kononnya yang Islamik atau tidak, kita kena terima hakikat bahwa bukan semua orang dilahirkan cerdik dan bodoh itu merupakan satu penyakit yang belum dijumpai ubatnya.
.

Manakala sesetengah golongan ini memang patut merasai ditipu dan dibohongi sebagai satu pengalaman dan pengajaran yang tidak bernilai ertinya buat mereka. 

Perkara pertama yang patut dilakukan apabila diketahui ditipu adalah "sujud syukur" kerana bertuah diuji Allah bukan semua dapat rasa nikmat tersebut.

Pesan guru saya , semua tawaran perniagaan dan pelaburan yang datang itu sesungguhnya adalah penipuan dan pembohongan semata-mata sehinggalah dibuktikan sebaliknya. 

Dalam isu wang , ianya adalah "guilty until proven innocent".

Bukan kerja saya nak yakin dan buktikan sesuatu skim dan program itu "scam" dan menipu , adalah menjadi tugas golongan terlibat untuk membuktikan sebaliknya. 

Oleh itu setiap kali ditanya tentang skim itu dan ini, saya tidak perlu buat kajian , jawapan saya akan sentiasa "ianya adalah penipuan sehingga dibuktikan sebaliknya".

Maka berlapang dadalah apabila masuk atau menceburi sesuatu bidang perniagaan dan pelaburan yang ditawarkan kerana bakal ditipu dan dibohongi itu pasti dan yang benar dan untung itu belum tentu lagi. Ini bagi mengurangkan rasa kecewa dan meroyan nanti.

Waallahualam.
Sumber: Zaidi Ismail

Baca lagi >>

Menjejak Rafflesia di Pos Jedip

Seramai 65 ahli Kelab Kebajikan, Sukan dan Sosial (Kesuma) Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) mengadakan Program Ekspedisi Menjejak Bunga Rafflesia di Pos Jedip, Lojing dekat sini, Rabu lalu.

Turut sama, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Jabatan Hutan Kelantan, Pemaju Bandar Utama Gua Musang dan kakitangan Majlis Daerah Bachok (MDB) yang mengambil masa sehari meninjau kawasan berkenaan.

Setiausaha Kesuma, Kamarudin Idris berkata, program itu julung kali diadakan bagi memberi peluang kepada ahli kelab dan agensi lain menikmati persekitaran yang mempesonakan dan melihat sendiri bunga Rafflesia yang tercantik di negara ini.

Beliau mengakui sebahagian ahli tidak pernah melihat dengan lebih dekat bunga Rafflesia atau lebih dikenali dalam kalangan penduduk setempat sebagai bunga pakma yang tumbuh di kawasan tertentu sahaja dan Pos Jedip ada keistimewaan itu.

“Kita sedia menganjurkan program serupa selepas ini jika ada pihak atau agensi kerajaan yang berminat menyertainya kerana ia memberi banyak pengalaman dalam pendakian bukit untuk ke kawasan berkenaan.

“Mereka yang menyertai program pertama ini jelas gembira apabila dapat melihat keindahan alam semula jadi yang boleh dijadikan pusat pelancongan menarik di hulu Kelantan,” katanya.

Kamarudin berkata, bukan mudah untuk masuk ke kawasan berkenaan kerana ia mengambil masa beberapa jam untuk sampai dengan berjalan kaki.

“Sepanjang berjalan kaki, kita dapat menghayati suasana keindahan alam semula jadi dengan laluan di lereng bukit dan air terjun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JPBD, Anispekri Muhyiddin berkata, program seumpama  itu sekali gus dilihat platform mempromosikan produk pelancongan yang ada di Pos Jedip kepada penduduk dari dalam dan luar negara.

Katanya, bunga Rafflesia di Pos Jedip  adalah spesies berbeza daripada yang terdapat di Borneo kerana corak dan warnanya luar biasa serta jarang ditemui.
Sumber: Sinar Harian

Baca lagi >>

RM500-RM1,000 sebulan jual jeruk mangga asam boi

MELIHAT mangga jeruk asam boi yang padat tersusun di dalam bekas sudah ada yang kecur air liur.

Apatah lagi sekarang sedang hangat viral jeruk mangga asam boi di laman sosial menjadikan ia begitu popular sekali.

Rasanya yang masam masin, manis dan sedikit pedas membangkitkan selera bagi peminat jeruk ini.

Peniaga, Nur Shazwani Mohd Norizan, 24, berkata, untuk membuat jeruk mangga asam boi tidaklah sukar kerana bahan yang diperlukan ialah mangga muda, asam boi, gula dan cili padi.

Menurutnya, dia menggunakan mangga lemak manis dari Thailand untuk menghasilkan jeruk ini.

“Sekarang ini bukan musim buah mangga muda, jadi saya gunakan mangga lemak manis yang masih putik,” katanya yang baru tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis.

Nur Shazwani berkata, ketika menjeruk mangga ini dia meletakkan beberapa biji asam boi, gula, cili, dan bagi menambahkan rasa enak lagi dimasukkan sedikit serbuk asam boi.

Nur Shazwani dari kampung Morak menjual jeruk mangga asam boinya dengan harga RM5 sebekas di sebuah butik di Kota Bharu dan juga melalui Facebook.

Sejak memulakan perniagaan ini yang pada asalnya secara sambilan dua bulan lalu, Nur Shazwani memperoleh pendapatan antara RM500 hingga RM1,000 sebulan.
Sumber: Sinar Harian

Baca lagi >>