Subhaanallah! Merdunya suara...tak jemu mendengarnya.
Saturday, 6 December 2014
Derma organ satu anugerah kehidupan
SAYA adalah pesakit buah pinggang semenjak 2001. Pada 5 Ogos 2010, ibu saudara saya telah mendermakan satu buah pinggangnya kepada saya.
Alhamdulillah, selepas menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang di Hospital Selayang, Selangor, kualiti hidup saya menjadi bertambah baik.
Lalu bicara ini ingin saya kongsi agar semua pembaca faham erti pendermaan organ. Nyawa adalah anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai dan tidak mampu dijual beli.
Islam amat mementingkan penjagaan nyawa dan mengharamkan ia dicabut tanpa sebab yang sah mengikut syarak seperti dalam perlaksanaan hukum kisas (bunuh balas).
USTAZ ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM
Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran, Pusat Bahasa,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Sumber: Sinar Harian
"MAS gagal kerana orang Malaysia bodoh"
“Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”
Kata-kata itu diucapkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).
AWAS pengguna WiFi percuma!
Jika anda mengunjungi restoran atau kafe, perkara pertama yang dilakukan sebelum memesan makanan pastinya bertanyakan kata laluan sambungan WiFi untuk melayari Internet.
Namun, tahukah anda WiFi percuma ini mempunyai risiko keselamatan yang tinggi? Ia memberi ruang kepada penjenayah siber untuk mencuri maklumat peribadi anda melalui sambungan WiFi percuma ini.
Penasihat Keselamatan F-Secure Corporation Sdn Bhd (F-Secure), Goh Su Gim berkata, disebabkan kebergantungan tinggi terhadap teknologi, pengguna sebenarnya tidak sedar kemudahan WiFi percuma ini berupaya mendedahkan maklumat peribadi seseorang.
- Adakah hotspot anda menyalahi peraturan pembekal perkhidmatan Internet? Sesetengah pembekal Internet jalur lebar melarang pengguna berkongsi sambungan WiFi dengan orang yang tidak dikenali. Larangan ini biasanya terkandung dalam syarat perkhidmatan oleh pembekal Internet ketika anda mendaftar untuk menggunakan Internet.
- Adakah komputer dan rangkaian anda selamat? Pastikan kata laluan komputer anda sukar diteka dan dihafal. Ia penting terutama jika anda mempunyai rangkaian komputer di rumah. Semestinya anda tidak mahu orang yang tidak dikenali menggunakan sambungan WiFi anda untuk mengakses komputer anda.
- Adakah anda sudah menukar kata laluan stesen utama (base station)? Kebanyakan stesen utama WiFi menggunakan kata laluan yang mudah diteka seperti 'admin' atau 'default' membolehkan penggodam untuk mengambil alih aturan stesen utama anda. Pastikan anda menukar kata laluan stesen utama WiFi kepada yang sukar diteka, tetapi mudah diingati.
- Jangan siarkan Service Set Identifier (SSID) anda. Ia langkah yang paling mudah untuk mencegah seseorang daripada memasuki rangkaian WiFi anda. Bagaimanapun ia masih lagi belum selamat. Secara automatik, semua stesen utama WiFi menghebahkan kehadiran mereka menggunakan pengenalan yang dipanggil SSID kepada sesiapa yang berdekatan.
- Enkripsi kata laluan rangkaian tanpa wayar.
- Pastikan stesen utama hanya menerima alamat 'MAC' anda.
- Jangan hantar fail yang sensitif jika anda tahu rangkaian WiFi tidak selamat.
- Gunakan 'Virtual Private Network' (VPN) untuk memastikan keselamatan maklumat yang dihantar melalui WiFi.
- Gunakan rangkaian yang selamat.
Sumber: Harian Metro
Sumpahan ibu yang dimakbulkan
Mungkin kisah yang saya ceritakan ini boleh menjadi teladan kita.
Seorang ibu tua yang baru selesai solat subuh, singgah berbual dengan saya di pejabat perniagaan saya suatu pagi (pejabat saya tepi masjid).
Saya bertaya tentang anaknya yang sebaya saya. Dia langsung berubah wajah.