Thursday, 4 December 2014

Beri anak nama yang baik

Anak antara anugerah paling berharga yang diamanahkan kepada sesebuah keluarga selain menjadi pengikat kasih sayang antara ibu dan bapa.

Hakikatnya dalam pembentukan keperibadian dan sahsiah diri si kecil, ia seharusnya bermula daripada pemberian nama yang baik dan membawa maksud yang baik sebaik saja dilahirkan.

Gambar hiasan
Nama yang dipilih dan dibawa seumur hidup itu juga antara doa kepada diri mereka sendiri. Lantas ibu bapa harus memainkan peranan mereka selain tidak memandang remeh berkaitan pemberian nama.

Kini, kebanyakan ibu bapa semakin teruja dengan pelbagai pilihan nama terutama menjelang kelahiran cahaya mata. Tidak dinafikan, pemberian nama pada anak-anak menjadi hak kepada ibu bapa itu sendiri, namun pemilihan nama yang mempunyai maksud yang baik sedikit sebanyak mampu memberikan impak positif kepada diri si kecil sehingga meningkat dewasa kelak mahupun sehingga ke akhir hayatnya.

Menurut penceramah bebas Mohd Assubhi Sidon, aspek pemberian nama kepada anak antara perkara penting yang perlu diberikan perhatian khusus ibu bapa.

Menurutnya, pemberian nama yang mempunyai maksud yang baik bukan saja sebagai satu doa kepada mereka setiap kali dipanggil, malah ia turut memberikan kesan dalam pembentukan keperibadian dan sahsiah anak-anak.

"Nama yang baik pastinya memberi kesan yang baik kepada diri mereka, malah ia antara lambang keperibadian diri si anak.

"Namun sebaliknya jika ibu bapa tersilap dalam aspek pemberian nama, pasti ia memberikan kesan negatif kepada mereka. Malah jika nama yang dipilih terlalu pelik, tentunya ia turut mendatangkan kesukaran kepada si anak ketika berdepan dengan masyarakat kelak," ujarnya.

Mohd Assubhi berkata, selain itu pemberian nama yang terlalu panjang dan menyebabkan ia sukar untuk dipanggil secara penuh juga mengundang masalah kerana maksud nama sebenar yang dipilih tidak sampai.

"Apa yang penting, maksud nama itu sendiri kerana sekiranya pemilihan nama yang dibuat tidak mempunyai apa-apa maksud, ia seolah-olah sesuatu yang amat merugikan.

"Panggilan harian juga perlulah baik dan tidak membawa maksud yang bukan-bukan sehingga meninggalkan kesan negatif kepada tumbesaran anak-anak," katanya.

Ibu muda yang baru menyambut kelahiran bayi pertamanya pertengahan November lalu, Zainab Hassan, 26, berkata, pemilihan nama anak yang membawa maksud yang baik amat penting pada diri dan pasangan­nya.

Menurutnya, maksud nama anak yang dipilih itu juga bakal mencorakkan watak keperibadian anak dan sedikit sebanyak mampu menentukan karakter mereka sehingga dewasa.

"Apabila maksud nama itu baik, ia juga sebagai satu doa harian daripada semua individu yang memanggil pemilik nama itu dengan maksud yang baik.

"Saya dan suami memilih nama Mohd Lutfy buat anak pertama kami yang membawa maksud 'kehalusanku kelembutanku' dan berharap nama ini bersesuaian dan dijadikan sebagai doa kepadanya," katanya.

Zainab berkata, nama anaknya itu pilihan suaminya, Mohd Fuad Mohd A Rasol. Harapan mereka nama yang dipilih itu mampu membawa kesan yang baik kepada diri Mohd Lutfy sehingga ke akhir hayatnya.
Sumber: Harian Metro

Baca lagi >>

Jom layan Ghost Series II RM2 juta!

Quill Motorcars Sdn Bhd pengedar jentera Rolls-Royce di Malaysia, melancarkan model kereta super-mewah terbarunya menerusi Ghost Series II yang menyalurkan kuasa maksimun sehingga 563 kuasa kuda (hp).

Jentera yang dijual bermula RM2 juta itu turut dipadankan kuasa tork setinggi 780 Nm yang mampu memecut sehingga 250 kilometer sejam (km/j).

Biarpun jentera seberat 2,470 kilogram, ia hanya mengambil 4.9 saat untuk memecut dari 0-100 km/j.
Model berkenaan menampilkan proses naik taraf teknologi secara signifikan pada pakej luarannya yang menyerlahkan evolusi perubahan terhadap nilai estetik Ghost sebelum ini.

Sumber: Harian Metro

Lagi gambar Ghost Series II





Baca lagi >>

Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Sabah Dan Labuan

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berterusan di perairan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga Selasa depan (9 Dis).

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan sama diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Sulu dan Sulawesi, dalam tempoh yang sama.

Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Sumber: Bernama

Baca lagi >>

Kos petrol 70 peratus lebih jimat

PENGGUNAAN sistem kenderaan gas asli (NGV) pada kenderaan persendirian boleh dijadikan alternatif menggantikan petrol sebagai bahan bakar untuk menjimatkan perbelanjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif City NGV (M) Sdn Bhd (City NGV), Allan Tan Boon Kee berkata, pemasangan NGV pada kenderaan boleh menjimatkan kos bahan bakar sehingga 70 peratus.

Katanya, sebagai contoh, pemasangan NGV dalam tempoh dua tahun mampu menjimatkan kos bahan bakar sehingga RM13,104 jika seseorang itu membelanjakan RM780 petrol setiap bulan dengan mengandaikan penggunaan NGV RM234.

“Selain itu, kenderaan guna NGV diberi diskaun cukai jalan 25 peratus atau 50 peratus.

“Ketika ini, harga petrol RM2.26 seliter, manakala NGV pula 68 sen seliter. Dengan kualiti hampir menyamai petrol, NGV juga boleh bergerak dalam kilometer  jauh,” katanya.

Allan berkata, penggunaan NGV juga selamat pada kenderaan asalkan ia dipasang oleh pakar pemasangan sistem tersebut.

“Ada segelintir individu sanggup pasang NGV sendiri untuk jimatkan kos, namun perlu diingatkan ia boleh mengundang bahaya seperti risiko kenderaan terbakar jika ia tidak dipasang dengan betul,” katanya.

Beliau berkata, kos penyelenggaraan NGV adalah rendah, selain lebih mesra alam.

“Walaupun pengguna ada alternatif lain untuk jimatkan bahan bakar seperti elektrik dan hibrid, namun kosnya agak mahal berbanding NGV,” katanya.

Dalam pada itu, Allan berkata, City NGV berhasrat meluaskan pasaran penggunaan NGV kepada kenderaan persendirian.

“Ketika ini, lebih 6,000 teksi gunakan perkhidmatan kami untuk memasang NGV sejak City NGV ditubuhkan pada 2007.

“Kami  mahu capai sasaran 1,000 kenderaan pasang NGV di City NGV tahun depan dalam usaha menjayakan misi syarikat yang mahu setiap keluarga di negara ini mempunyai kenderaan menggunakan NGV,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu mengenakan kos antara 2,299 hingga RM3,800 untuk pemasangan NGV jenis konvensional, manakala RM3,699 hingga RM6,000 untuk NGV sistem ‘sequential’ dengan tempoh jaminan setahun bagi setiap pakej pemasangan.

Bermula1 Januari depan, Allan berkata, City NGV membuat promosi pemasangan NGV pada harga RM2,999 untuk kenderaan  menggunakan NGV sistem 'sequential' seperti Proton, terhad kepada 1,000 kenderaan pertama.
Sumber: Sinar Harian

Baca lagi >>

Gelaran 'Datuk Seri' Anwar ditarik

Darjah Kebesaran Seri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang membawa gelaran Datuk Seri yang diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1992 ditarik balik berkuat kuasa 3 November lalu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan, hari ini.

“Penarikan darjah kebesaran itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun lalu yang mempersoalkan kewibawaan serta kuasa Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor pada tahun ini dan hal yang berkaitan dengan Islam,” katanya.

Menurutnya, seperti sedia maklum Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai Ketua Agama seperti mana yang termaktub di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

"Tindakan dan perlakuan beliau adalah tidak lagi seorang yang sesuai untuk memegang darjah kebesaran itu," katanya lagi.

Sumber: Sinar Harian

Baca lagi >>

Bina rumah berdindingkan buluh

Seorang bapa terpaksa membina sendiri rumah daripada buluh dan batang pokok gelam kerana tidak mampu membayar sewa rumah RM350 sebulan akibat kesempitan hidup.

Walaupun rumah dibina di Kampung Banir Belikong, Selising dekat sini, agak daif, ia tetap akan menjadi tempat perlindungan empat sekeluarga itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Che Isa Che Daud, 43, berkata, keluarganya bernasib baik kerana masih ada tanah milik ibunya untuk dia membina rumah tersebut.
“Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mampu lagi membayar sewa rumah, akhirnya saya memilih membina rumah sendiri sejak sebulan lalu.

“Saya mengeluarkan perbelanjaan RM600 untuk membeli atap nipah, bahan lain terutama buluh dan pokok gelam saya cari sendiri,” katanya.

Dinding rumah dibuat daripada batang buluh yang dipecah-pecahkan, sementara tiangnya daripada batang pokok gelam.

Ketika ini Che Isa menyiapkan lantai konkrit yang dibuat secara berperingkat kerana tidak mampu membeli simen dalam jumlah banyak dalam satu masa.

Che Isa bersama isteri, Maskah Awang, 35, dan tiga anak berusia 2 bulan, 18 dan 20 tahun serta seorang lagi anak saudara yang dipelihara berusia 18 tahun akan menghuni rumah berkenaan dalam masa terdekat.

Che Isa berkata, dia belum memikirkan kemudahan lain untuk rumah tersebut seperti tandas dan bilik air.

"Yang penting saya siapkan rumah ini cepat supaya keluarga dapat berlindung dan berharap ada pihak dapat membantu meringankan beban saya sekeluarga,” katanya.

Orang ramai mahu membantu boleh menghubungi jiran mereka, Aziz Halim menerusi talian 0111-4943100.
Sumber: Sinar Harian

Baca lagi >>