Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang daripada memasuki Jepun hari ini, ekoran sesuatu yang berlaku tahun lalu, walaupun sudah memasuki negara itu tanpa halangan sebelum itu pada 2006, 2009 dan 2012.
Sunday, 19 January 2014
Anwar Ibrahim dihalang masuki Jepun
Pemuda mati ditikam semasa lihat perarakan berhala
Sungai Petani: Seorang pemuda berusia 35 tahun mati akibat ditikam pada perut dan dada selepas diserang sekumpulan lelaki ketika melihat perarakan berhala bersama keluarga di Jalan Pasar di sini, awal pagi tadi.
![]() |
ANGGOTA forensik memeriksa mayat Sivakumar di Jalan Pasar, awal pagi tadi. |
![]() |
AHLI keluarga menangis ketika mayat Sivakumar dibawa ke hospital untuk bedah siasat. |
Lee Chong Wei berhasrat untuk bersara hujung tahun ini
Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mungkin akan 'menggantung raket' untuk bersara dalam sukan badminton pada penghujung Disember ini sekiranya prestasinya tidak berada pada tahap terbaik.
Bas terbabas di Lebuhraya Utara Selatan 3 maut 15 cedera
Batu Pahat: Tiga maut manakala 15 orang lagi cedera termasuk 11 parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 107 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng, awal petang tadi.
![]() |
KEADAAN bas terbalik dalam kemalangan mengakibatkan tiga terkorban petang tadi. |
Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa kemalangan berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Miros, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menjalankan siasatan.
“Kita akan bekerjasama dengan semua agensi berkaitan seperti JPJ, SPAD dan Miros untuk melakukan siasatan terperinci berkaitan kemalangan yang berlaku kerana ia melibatkan kemalnagan sendiri.
“Selain itu, kita juga akan memastikan setiap pemandu bas dan pemandu pengangkutan awam termasuklah teksi dan lori memandu dengan berhati-hati dengan mengantung lesen pemandu yang cuai.
“Kita juga akan ‘membuang’ lesen pemandu berkenaan jika mereka melakukan kesalahan buat kali kedua, dan buat masa ini bermula Oktober 2013, kira-kira 1,000 pemandu dalam pemantauan kami,” katanya.
Liverpool terselamat daripada tercicir Liga Perdana Inggeris
LONDON: Ketua pasukan England, Steven Gerrard menyumbat gol penyamaan dan jaringan penting menerusi sepakan penalti untuk menyelamatkan Liverpool daripada tercicir dalam persaingan Liga Perdana Inggeris apabila seri 2-2, dengan Aston Villa, di Anfield, awal pagi tadi.
Anak pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dilayan buruk keluarga angkat
"Today (hari ini), Adam kena marah kerana Fanta (Drink) (minuman)," rintih Aisyah, 14, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan di Sweden dalam entri terbarunya di laman sosial Facebook.
Menurut Aisyah, itu bukan kali pertama adik-adiknya dimarahi keluarga angkat itu, bahkan sudah berkali-kali. Adam, 11, difahamkan mempunyai masalah Dyslexia iaitu gangguan dalam pembelajaran.
![]() |
Pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden atas dakwaan memukul anak lelaki mereka. |
Kereta pasangan khalwat terbabas masuk longkang ketika cuba lari
Alor Gajah: Tersentak melihat kehadiran penduduk kampung, sepasang kekasih yang asyik memadu asmara dalam sebuah kereta bertindak nekad mengundurkan kenderaan sejauh kira-kira 200 meter sebelum merempuh tiang dan masuk ke dalam longkang di Jalan Sungai Ragok, Ayer Paabas di sini, awal pagi semalam.
![]() |
PENUNTUT IPTA keluar dari kereta yang terbabas ke dalam longkang. FOTO Arifin Salleh |
![]() |
PIHAK berkuasa mengambil maklumat daripada pasangan yang ditangkap khalwat. FOTO Arifin Salleh |
Tarian punggung lagi teruk dari Flash Mob kangkung
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan 'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga.
Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu.
Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah.
Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'.
Tahniah! Ustaz Don dan Isteri dapat anak pertama
PENDAKWAH dan penyampai rancangan kuliah interaktif 30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.
Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya.