Saturday, 18 January 2014

'Kerana mulut pemimpin DAP,13 Mei 1969 terjadi...Mahu lagi kaa?'

Flash mob kangkung oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon telah menimbulkan kemarahan ahli Umno dan sekutu mereka, yang mengadakan perhimpunan di Seberang Jaya membantah perbuatan Lee yang didakwa biadap terhadap pemimpin tertinggi negara.

Sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.

Terdahulu, kumpulan itu berarak dari gelanggang futsal yang berhampiran, yang terletak 1km dari pusat membeli-belah, sambil melaungkan  "Allahu Akbar " dan "Hidup Melayu".
Mereka juga membawa beberapa sepanduk yang menyifatkan perbuatan menghina PM macam menghina Melayu, ABCD - Asal Bukan Cina DAP dan DAP musuh Islam.

Sepanduk yang paling menarik berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?'

Kumpulan itu mendengar beberapa ucapan berapi-api selepas tiba di pintu masuk utama Sunway Carnival Mall.

Pemimpin yang menyampaikan ucapan termasuk MP Kepala Batas, Datuk Reezal Merican; Setiausaha Umno negeri yang juga ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir;  Ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Rahim dan bekas Ketua Pemuda negeri, Sheikh Hussein Mydin.

Bekas ketua KITA Kedah, Zamil Ibrahim dan Ketua Wira PERKASA negeri, Ridzuan Azudin turut hadir tetapi tidak berucap.
Sumber : Malaysiakini

Baca lagi >>

Kereta baharu Proton Suprima S Super Premium dilancarkan

Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini melancarkan varian baharu Proton Suprima yang diberi nama Suprima S Super Premium, yang menampilkan ciri-ciri lebih 'sporty' berbanding varian terdahulu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Proton Datuk Lukman Ibrahim berkata varian ketiga yang menampilkan dua warna iaitu 'Fire Red' dan 'Solid White' itu dijual pada harga RM87,929.45.

"Suprima S Super Premium yang merupakan produk terbaik Proton, dilengkapi pelbagai ciri yang lebih komprehensif dari segi pencapaian, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan canggih," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran varian tersebut di Karnival Jualan Proton di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, di sini hari ini.
Beliau berkata Suprima S Super Premium dilengkapi rim 'sporty' 17 inci, kerusi kulit dan body kit R3 dan enjin 1.6 liter turbo tujuh kelajuan serta ciri pemanduan dan pengendalian Lotus yang dinamik.
Katanya Proton Suprima S Super Premium turut dilengkapi Teknologi HPF (Hot Press Forming) yang memberi perlindungan yang lebih baik, enam beg udara selain dianugerah penarafan keselamatan lima bintang Program Penilaian Kereta Baharu Australiasia (ANCAP).
Lukman berkata dengan pelancaran varian terbaharu itu, pembeli tidak perlu membuat ubah suai pada kereta mereka untuk memiliki kenderaan yang lebih sporty dan memberi nilai pulangan yang lebih berbanding varian sebelumnya.

Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 750 unit varian itu setiap bulan, sama seperti dua varian terdahulu iaitu 'executive' yang dijual pada harga RM76,338 dan premium RM79,638.

"Kita telah berjaya menjual lebih 2,000 unit varian 'executive' dan premium sejak dilancarkan pada Ogos tahun lepas," katanya.

Diskaun RM1,888 diberikan kepada pembeli yang membuat tempahan pada Karnival Jualan Proton yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, dan pengunjung boleh memandu uji varian terbaharu itu di karnival tersebut. 
Sumber : Bernama, Paultan

Baca lagi >>

'Tiada latihan UTK untuk orang awam' nafi polis

Pada 17 Jan 2014, Utusan Malaysia muka surat 6 telah menyiarkan berita bertajuk FARID KAMIL SELEBRITI PERTAMA JALANI LATIHAN UTK.

Gambar Hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan telah memberi apa apa latihan Unit Tindak Khas (UTK) atau seumpamanya kepada mana-mana orang awam termasuk Encik Farid Kamil sendiri.

PDRM juga menasihatkan agar mana-mana pihak tidak mengaitkan jabatan ini dengan apa juga maklumat yang tidak tepat bagi mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan.

Sumber : FB PDRM

Baca lagi >>