Saturday, 11 January 2014

Ariel Sharon meninggal, sejarah ringkas seorang pembunuh kejam

Bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon disahkan meninggal dunia hari ini.

Radio Tentera Israel mengumumkan, Sharon meninggal dunia pada usia 85 tahun selepas koma sejak lapan tahun lalu akibat serangan angin ahmar.

Minggu lalu, kumpulan perubatan hospital Tel Hashomer di sini, mengumumkan kesihatan Sharon makin merosot selepas menjalani pembedahan memasukan tiub saluran makanan, dipetik dari laporan Al Jazeera.

Ariel Sharon yang meninggal dunia pada Sabtu disifatkan sebagai antara pemimpin politik dan tentera Israel yang cukup kontroversi. Sikapnya yang keras menjadikan orang memanggilnya sebagai "TheBulldozer".

Semasa jadi tentera, dia terlibat dalam semua peperangan besar Israel. Dia kemudian terjun ke dunia politik pada 1973. Kerjayanya sebagai ahli politik penuh dengan gelora sehinggalah kemuncaknya apabila dia mengalami serangan angin ahmar pada Januari 2006 yang menyebabkan dia koma dan tidak sedarkan diri sehinggalah kematiannya hari ini.

Dia yang terpilih jadi Perdana Menteri Israel pada 2001 dikecam teruk dan dihina kerana bertanggungjawab terhadap pembantaian ke atas pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila pada 1982.
Tragedi Sabra dan Shatila pada tahun 1982.
Sharon merupakan antara generasi Zionis yang terlibat mengasaskan cita-cita tegaknya negara Israel. Dia meninggalkan legasi yang cukup kompleks yang kesannya dirasai sehingga hari ini oleh rakyat Palestin serta percaturan krisis Asia Barat itu.

Dialah orangnya yang menyusun dan melaksanakan dasar pemisahan dengan Palestin termasuk membina tembok pemisah di Tebing Barat pada 2002.

Sharon dilahirkan di wilayah Palestin pada 26 Februari 1928. Keluarganya merupakan keturunan Yahudi berasal dari Belarus. Pada usianya 17 tahun, dia menyertai kumpulan bersenjata Haganah yang memperjuangkan penubuhan negara Yahudi itu. Kumpulan itu kemudiannya menjadi ketumbukan tentera Israel.

Dia terkenal dengan sikapnya yang keras kepala dan degil serta tidak bertolak ansur dalam soal penubuhan negara Israel.

Semasa mengetuai kumpulan elit tentera komando rejim Yahudi, Sharon terlibat dalam beberapa serangan ke atas tentera Arab termasuk satu insiden yang cukup menyayat hati yang menyaksikan hampir 60 orang awam Palestin di perkampungan Qibya dekat Ramallah terbunuh pada 1953.

Semasa Perang Enam Hari 1967, ketika mana Israel merampas Tebing Barat dan Gaza, serta wilayah timur Baitulmaqdis dan Bukit Golan, Sharon mengetuai pasukan kereta kebal tentera Israel.

Enam tahun kemudian semasa Perang Yom Kippur pada 1973, dia yang bersara ketika itu dipanggil semula untuk mengetuai pasukan tentera merentas Terusan Suez.

Setahun sebelum itu, dia meninggalkan pasukan tentera untuk masuk politik. Dia membantu mengasaskan parti haluan kanan, Parti Likud yang dipimpin oleh Menachem Begin yang mula berkuasa pada 1977.

Sebagai menteri pertanian, Sharon bertangggungjawab membantu pembukaan kawasan petempatan Yahudi di Tebing Barat.

Sebagai menteri pertahanan, dia jadi dalang pencerobohan Israel ke atas Lubnan ketika mana tentera rejim Yahudi mengepung ibu pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Beirut.

Biarpun PLO berjaya diusir, pemimpinnya Yasser Arafat bolos menyelamatkan diri. Dia mengakui kegagalannya menyekat Yasser itu kembali menghantui dirinya selama beberapa dekad kemudian.

Peristiwa berdarah di Sabra dan Shatila yang mengejutkan dunia menamatkan kariernya sebagai menteri pertahanan selepas siasatan rasmi mendapati dia "bertanggungjawab secara tidak langsung".

Pada 1999, bintang politiknya bersinar apabila dia mengambil alih pimpinan Parti Likud yang ketika itu jadi pembangkang.

Setahun kemudian, Sharon membuat satu tindakan provokasi yang mencetuskan kemarahan dunia Islam dan rakyat Palestin khususnya apabila dia melawat Masjid Al-Aqsa yang jadi titik konflik krisis Israel-Palestin. Lawatan pada 28 September 2000 itu mencetuskan intifada kedua.

Pada 2001, Sharon menang pilihan raya setelah pengundi memberikan sokongan kepada kempennya untuk menangani apa yang disifatkan oleh Zionis sebagai "keganasan" Palestin. Dia menggerakkan kempen mengepung ibu pejabat PLO di Ramallah dan hanya membenarkan Yasser lepas daripada kepungan itu untuk menjalani rawatan di Perancis. Yasser meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ada khabar angin kononnya dia diracun tetapi dakwaan itu dinafikan oleh rejim Yahudi.

Sharon kemudiannya menunjukkan sikapnya yang berkendur apabila membuat kejutan mengundurkan tentera Israel dan pendatang Yahudi daripada wilayah Gaza yang diduduki.

Namun tindakannya itu dikatakan dibuat ekoran kebimbangan orang Yahudi yang tidak mungkin jadi kelompok majoriti di wilayah sempit tetapi padat penduduk itu.

Dia dituduh belot kerana keputusannya itu. Sharon kemudian meninggalkan Parti Likud untuk menubuhkan Parti Kadima dengan gagasan membuat lebih banyak pengunduran daripada Tebing Barat.

Tetapi hanya enam minggu kemudian, pada 4 Januari 2006, dia diserang angin ahmar. Dia tidak pernah sedarkan diri sejak itu sehinggalah kematiannya hari ini.

Baca lagi >>

Sebanyak 13 pesawat Cessna terhempas sejak 1973

Sebuah pesawat Cessna 172 terhempas di Empangan Batu, Ulu Yam di ibu negara semalam dan tiga individu dalam pesawat itu ditemui selamat.
 
Kejadian pada pukul 5.15 petang semalam itu menjadikan 13 kes pesawat jenis itu terhempas sejak 1973.

Berikut adalah kronologi pesawat Cessna terhempas di negara ini;
   
* 10 Nov 1973 - Sebuah pesawat Penang Flying Club, jenis enjin tunggal Cessna terhempas dan meletup berhampiran kawasan penerbangan Pulau Langkawi menyebabkan juruterbangnya terbunuh.
   
* 10 Jan 1982 - Pesawat Cessna 26 dengan Menteri Luar Negeri Tan Sri Ghazali Shafie dan dua yang lain, terhempas di gunung di Kampong Som Som Hilir berhampiran Kampong Janda Baik, 37.5km dari Kuala Lumpur. Hanya seorang juruterbangnya terselamat iaitu Tan Sri Ghazali dan pesawat itu adalah milik Kelab Penerbangan Diraja Malaysia.
* 23 Mac 1987 - Sebuah Cessna 177, dalam penerbangan ke Ipoh dari Pulau Pinang terhempas di Kampung Paya, Pengkalan Pegoh, 6.5km dari Lapangan Terbang Ipoh, Perak dan tiga penumpangnya terselamat.

* 10 Sept 1992 - Sebuah Cessna 172 terhempas di dalam paya bakau berhampiran Pulai Kelumpang, Bagan Serai, setelah berlepas dari landasan terbang Taiping mengakibatkan juruterbang dan tiga penumpangnya terbunuh.
   
* 28 Feb 1996 - Pelatih Juruterbang dari Mofaz Flying Academy, Ahmad Izwani Md Zainal, 23, terselamat apabila Cessna 152 terbalik dalam nahas semasa mendarat di sawah padi kira-kira dua kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di Padang Mat Sirat.
   
* 2 Mac 1997 - Sebuah pesawat Mofaz Air Cessna 172 terhempas dalam sebuah paya di Kampung Bakau, Kelibang, kira-kira 5km dari bandar Kuah, Pulau Langkawi. Juruterbang, Nik Alfian Nik Abdul Ghani, 26, dan dua jurukamera Abdul Razak Mohd Noor, 43, dan Ishak Latif, 32, dari Filem Negara maut dalam nahas itu.
   
* 7 Feb 2000 - Pesawat Cessna 172 berkedudukan empat yang dipajak kepada Kelab Penerbangan Diraja Selangor terhempas di Kampung Merting, dekat Taman Negara, Pahang selepas melanggar kabel keluli 20m tinggi merentasi 150m-luas Sungai Tembeling.     Impak nahas ke dalam sungai itu menyebabkan kapal terbang patah kepada lima kepingan dan tiga terbunuh.
   
* 18 Jun 2000 - Sebuah pesawat ringan Cessna 172 milik sekolah penerbangan Flyright Air Sport Sdn Bhd, yang membawa empat orang, terhempas di Laut China Selatan 100 meter dari perairan Kampung Sri Pantai, Mersing, Johor. Dua maut manakala dua lagi terselamat kerana menggunakan payung terjun.
   
* 16 Ogos 2001 - Sebuah pesawat Cessna 402B enjin-berkembar bersama lima orang terhempas semasa mendarat kira-kira 3km dari Batu Arang kem askar di
Rawang pada 3.50 petang, berikutan kegagalan enjin menyebabkan lima cedera.
   
* 11 Okt 2001 - Sebuah kapal terbang Cessna 172 terhempas di landasan di pangkalan Tendera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi semasa membuat pendaratan. Juruterbang dan dua pekerja Jerman selamat.
   
* 26 Jan 2009 - Seorang juruterbang warga Singapura terselamat setelah pesawat Cessna 152 terjatuh dan tersangkut di atas sebatang pokok dengan
muncungnya menghala ke bawah pada lereng sebuah bukit di dalam hutan simpan di Gunung Pulai, Johor.
   
* 29 Julai 2012 - Seorang juruterbang warga Singapura terbunuh selepas pesawat ringan jenis Cessna yang dipandunya terhempas di sebuah kebun sawit di Kampung Parit Puasa, Ayer Baloi, Pontian, Johor.
Sumber : Bernama

Baca lagi >>

Perodua Alza baharu jimat sehingga RM5500

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melancarkan kereta Perodua Alza serba baharu dengan pengurangan harga atas jalan antara dua dan tujuh peratus berbanding sebelum ini, menjadikannya kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan harga paling kompetitif di pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid berkata, selain pengurangan harga atas jalan, Alza baharu itu juga melalui penambahbaikan keseluruhan bernilai RM4,000.

“Pengurangan harga ini dibuat melalui pengurangan kos secara berkesan bermula rangkaian pembekal, kilang, pembuatan, pusat servis, pusat jualan serta menambah baik produktiviti barisan hadapan.

“Kami mampu kurangkan harga atas jalan Perodua Alza generasi baharu ini antara RM1,000 sehingga RM5,500 (bagi tiga varian berbeza), sekali gus menyahut seruan kerajaan supaya syarikat automotif melakukan pengurangan harga kenderaan secara berperingkat,” katanya dalam Majlis Pelancaran Perodua Alza Generasi Baharu di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, Perodua menyasarkan 4,300 unit Alza baharu itu dijual setiap bulan tahun ini, berbanding 3,800 unit setiap bulan bagi model sebelum ini pada 2013.

"Kami sasarkan peningkatan sumbangan jualan Alza kepada 26 peratus daripada jualan keseluruhan Perodua tahun ini, berbanding 23 peratus tahun lalu,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada November 2009 sehingga Disember 2013, sebanyak 169,000 unit Alza berjaya dijual.

Menurut Aminar, jumlah keseluruhan MPV yang dijual daripada 2010 sehingga 2013 di Malaysia adalah 396,000 unit, menjadikan Alza MPV paling banyak dijual sepanjang tempoh itu.

Perodua Alza generasi baharu ditambah baik melalui ciri-ciri keselamatan lebih baik, rekaan dalaman lebih versatil dan penjimatan penggunaan minyak.

Ia boleh didapati dalam tiga varian iaitu standard dan edisi Khas dengan transmisi automatik dan manual, serta Versi Advanced transmisi automatik serendah RM52,400 sehingga RM64,000 seunit.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Dana Tabung Dunia RM1 Trilion untuk Sultan Melaka?

Kalau satu bilion itu maknanya seribu juta, satu trilion pulak adalah seribu bilion… kalau ikut wikipiedia… panjang kosong trilion ini begini… 1,000,000,000,000,000,000.

Begitulah punya banyak dana yang individu yang mendakwa dirinya Sultan Melaka dakwa akan dapat dari Tabung Dunia.

Dalam sidang media di ‘Balai Seri Melaka’ di Gombak Selangor, individu yang mahu digelar Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Almarhum Yam Raja Tuah (gambar) mendakwa, pihak Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengadakan siasatan selama sembilan tahun berkaitan tuntutannya untuk menduduki takhta raja di Melaka sebelum mengeluarkan surat pengiktirafan tersebut.

“Untuk pengetahuan semua ICJ adalah badan kehakiman telus dalam membuat keputusan dan surat pengiktirafan ini dikeluarkan berdasarkan kajian menyeluruh selama sembilan tahun sehingga keputusan dikeluarkan pada 25 November lalu.

“Jika ada pihak yang mengatakan Beta mendapat surat tersebut dengan membayar kepada ICJ, sila buktikan kerana beta bukan ahli politik yang mengeluarkan dan menabur wang untuk memancing undi tetapi beta hanya menuntut hak warisan beta,” katanya.

Beliau memberikan sidang akhbar dengan memakai baju kuning lengkap sebagai seorang raja memberitahu, surat mengenai pengiktirafan tersebut telah dihantar kepada Yang Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja dan Perdana Menteri pada 2 Januari lalu.

Ekoran pengiktirafan itu, beliau mendakwa bakal menerima dana berjumlah bertrilion ringgit dari satu tabung yang diuruskan oleh ICJ dan duit tersebut akan digunakan untuk membangunkan Melaka.

Ketika ditanya mengenai siapa yang menandatangani surat pengiktirafan tersebut, Raja Nor Jan berkata, beliau tidak mahu tahu siapa yang berbuat demikian, sebaliknya meminta pihak media menghubungi ICJ sendiri bagi mendapatkan kepastian.

“Sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan ICJ itu boleh kemukakan bantahan kepada pihak di sana. Apa yang penting, sekarang beta ingin menjelaskan bahawa semua pihak perlu menerima pengiktirafan ICJ ini dan beta ingin menuntut hak sebagai Sultan Melaka yang sah,” ujarnya.

Tambah beliau, sekiranya kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf surat itu dan ingin mengambil tindakan perkara itu dialu-alukan.

“Tetapi kerajaan juga perlu menjelaskan kenapa tuntutan itu tidak betul kerana surat ICJ itu berdasarkan akta dan fakta,” jelasnya.

Pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang di dalam negara ini kerana berpegang teguh dengan keputusan ICJ yang merupakan mahkamah dunia.

“Beta hanya mahukan hak beta untuk pulang ke Melaka dan mewarisi takta, bukan ingin menuntut keistimewaan lain dan beta tidak memerlukan bantuan mana-mana pihak kerana beta adalah Sultan Melaka Darul Islam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron meragui kesahihan tandatangan surat yang kononnya dari ICJ tersebut.

Menurutnya, perlembagaan negara sudah menyatakan Melaka adalah salah sebuah negeri bukan bersekutu iaitu negeri selat.

“Ini menjadikan Melaka ditadbir wakil persekutuan yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri,”ujarnya.

Tambahnya, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa.

Kes mengaku raja dan sultan ini makin kerap kedengaran akhir-akhir ini, ada yang mengaku Sultan Langkasuka, Sultan Sulu dan tidak kurang juga Sultan Perak.

Sehingga kini pihak berkuasa masih belum mengeluarkan kenyataan terhadap kes-kes melibatkan individu mengaku raja atau sultan ini.
Sumber : MyNewsHub

Baca lagi >>

Tempurung kepala tersembul, urat saraf putus tetapi umur masih panjang

Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang separuh isi kulit dan daging kepalanya akibat diseret van sekolah sejauh hampir 100 meter kira-kira tiga tahun lalu, kini tersenyum girang apabila hasratnya menjejakkan kaki ke sekolah tercapai.

Haziq di samping ayah dan ibunya menatap keratan akhbar Harian Metro keluaran 21 Julai 2011.
Tragedi yang hampir meragut nyawanya itu dianggap sukar dipercayai apabila kecederaan parah dialami mengakibatkan tempurung kepala mangsa tersembul, selain urat saraf di bahagian itu putus.

Namun kecederaan yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh, kini sudah sembuh apabila Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, 7, mampu berjalan dan bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Dia yang memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Putra Bercham Khamis lalu, dilihat semakin sihat dan lincah seperti kanak-kanak seusianya.

Haziq berkata, penderitaan dialaminya akibat kemalangan itu memang sukar ditanggung hingga memakan masa hampir setahun.
Sumber : Harian Metro

Baca lagi >>