Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak memerlukan jet mewah dan besar sewaktu mentadbir negara selama 22 tahun.
Bagaimanapun, kerajan sekarang mungkin mempunyai lebih banyak dana dan mampu untuk memperoleh pengangkutan mewah seperti itu, katanya dalam satu program bual bicara disiarkan stesen RTM2 untuk memperingati 11 tahun persaraannya.
Friday, 10 January 2014
Selama 22 tahun jadi PM, tidak perlu jet besar dan mewah
Astro perlu ada pesaing untuk mutu yang lebih baik
Semalam lagi badan saya tidak sihat. Berkebetulan hari ini hari minggu, maka saya bercadang untuk menonton satu dua program Astro. Malang sekali, siarannya tergendala disebabkan oleh gangguan cuaca.
Saya lalu memikirkan tentang caj Astro. Saya tahu Astro telah menaikkan caj yurannya pada 24 November 2013, iaitu RM2 untuk pakej Family dan RM6 untuk Pakej Sports.
Semasa mengumumkan kenaikan itu dahulu, pihak Astro menyatakan komitmennya untuk terus memberikan nilai yang terbaik kepada semua pelanggannya.
Yang Astro buat ialah memperkenalkan pakej baru yang melibatkan tambahan yuran dan menggantikan Astro dengan Astro Beyond yang juga melibatkan tambahan yuran kepada pelanggannya.
Saya sendiri tidak pasti apakah tindakan Astro menaikkan yurannya pada November lalu adalah dengan kelulusan menteri atau sebaliknya.
SKMM pula perlu menyiasat kewajaran permintaan Astro tersebut. Selepas itu, Menteri dengan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Seksyen 199 Akta Komunikasi dan Multimedia boleh menentukan harga setiap perkhidmatan yang ditawarkan demi kepentingan orang ramai.
Yang saya tahu ialah Astro menyatakan kenaikan pada bulan November lepas adalah buat pertama kali dalam tempoh dua tahun dan menyifatkannya sebagai ‘peningkatan sederhana’.
Salah satu syarikat TV berbayar di India menawarkan 155 saluran TV dengan harga serendah RM9.17, jauh lebih murah dengan caj bayaran di negara kita.
Ini kerana Astro boleh menampung kenaikan kosnya dengan bayaran iklan yang diperolehinya. Tontonlah program popular Astro, penuh dengan iklan yang cukup lama. Jika Astro hendak menaikkan bayarannya, maka kurangklah durasi iklan tersebut. Astro juga perlu berlaku adil kepada pelanggannya.
- Hapuskan monopoli Astro.
- Nilai semula caj yang dikenakan oleh Astro supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos bayaran bil yang semakin tinggi.
- Menyediakan saluran tv sukan untuk anak-anak muda menonton sukan yang dibiayai oleh kerajaan. Ini supaya Astro tidak lagi memonopoli siaran sukan dan tidak lagi sewenang-wenangnya menaikkan caj langganan kepada pelanggannya.
Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama ialah Muhammad Hafiz
Peserta dari Selangor, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa diumumkan sebagai juara program Mimbar Pencetus Ummah musim pertama selepas berentap selama tujuh minggu pada acara yang diadakan di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), di sini, malam Khamis.
Hafiz, 32, memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.
![]() |
Hafiz Juara Mimbar Pencetus Ummah Musim Pertama |
Untuk menonton video Mimbar Pencetus Ummah Klik Sini!
Mitsubishi ASX dipasang dalam negara tahap kualiti sama di Jepun
Mitsubishi Motors Malaysia hari ini mengumumkan Mitsubishi ASX, kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz sederhana, kini dibuka untuk tempahan menjelang majlis pelancaran rasmi kenderaan itu lewat bulan ini.