Saturday, 4 January 2014

Koleksi gambar wajah baru Perodua Alza tahun 2014

Perodua dengan strategi pemasaran mereka akan melancarkan Alza dengan wajah baharu. 10 Januari ini dikatakan tarikh keramat untuk pelancaran Alza baharu.

Koleksi gambar di bawah ini adalah untuk model Alza versi Advance:

Model berwajah baharu ini nampak lebih sporty daripada tahun lepas. Diharapkan Perodua dapat menyediakan juga beberapa warna baharu untuk model 2014 ini.

Baca lagi >>

'Harussani, sila tanggalkan jubah mufti'

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan melalui kenyataan Ketua Pemuda hari ini secara jelas memberikan isyarat tidak bersetuju dengan kenyataan Harussani berkaitan "Bughah" dan "halal darah" peserta demonstrasi aman 31/12 lalu.

Kesungguhan itu ditunjukkan dengan ajakan debat atas tajuk itu dan secara jujur Harussani harus memberikan respon atas ajakan.

Mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian, saya panjangkan kekesalan atas 'fatwa songsang' dan 'terburu-buru' Harussani itu.

Untuk itu saya berpandangan Harussani harus melepaskan jubah mufti yang dipakai. Kesangsian terhadap fatwa yang seringkali ditimbulkan oleh Harussani sepatutnya dihentikan dengan perletakan jawatan.

Institusi Mufti adalah institusi mulia yang dihormati. Seseorang yang menjatuhkan kemuliaan dan kehormatan jawatan semulia ini harus melepaskannya.

Untuk apa lagi Harussani memakai jubah semulia itu jika masih beraksi seolah-olah tidak pernah mengenal "amanah ilmu" dan menjiwai keramat para mufti.

Fatwa-fatwa isu yang dikeluarkan menyalahi prinsip ilmu dan bagaimana rakyat seperti kami anak muda yang menantikan fatwa benar mampu menunjukkan rasa hormat kepada seorang mufti seperti ini.

Jika Harussani seperti pak cik Sani yang bercakap di kedai kopi, saya tidaklah sekali-kali merasa janggal dan kesal, tetapi beliau adalah seorang mufti. Untuk itulah Jubah Mufti itu harus ditanggalkan.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD HAFIZ BIN MUSA
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan

Baca lagi >>

Pemilik taska gagal dihubungi selepas bayi disahkan meninggal

Putrajaya: Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati bayi mereka berusia empat bulan meninggal dunia ketika mengambilnya dari TASKA di Desa Pinggiran Putra, semalam.

Lebih menyayat hati kejadian itu langsung tidak disedari pengasuh yang menyangka bayi berkenaan sedang tidur nyenyak.

Rossmaine ditenangkan saudara ketika menanti bedah siasat Azeem (gambar kecil) di Hospital Putrajaya.
Ibu bayi itu, Rossmaine Sulaiman, 38, berkata dia dan suaminya mengambil anaknya, Azeem Rifhan kira-kira jam 2.15 petang selepas waktu bekerja. 

“Ketika mengambilnya dari tangan pengasuh, saya dapat rasakan tangan keras dan langsung tidak ada tindak balas, manakala tubuhnya sejuk.

“Melihat kejadian itu, saya dan suami bergegas ke Hospital Putrajaya dalam usaha menyelamatkan anak kami,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 

Dia berkata, sepanjang perjalanan, mereka cuba meletakkan tangan di atas dada Azeem namun tiada sebarang tindak balas, malah doktor cuba memberi bantuan pernafasan sebaik tiba di hospital tetapi gagal menyelamatkan bayi terbabit.

“Segalanya berlaku dengan pantas. Bayangkan, saya menghantar anak ke taska dalam keadaan sihat tapi akhirnya menerima tubuhnya yang kaku,” katanya. 

Rossmaine berkata, dia cuba menelefon pemilik taska berkali-kali namun taliannya dimatikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.
Sumber : Berita Harian

Baca lagi >>