Thursday, 2 January 2014

Impian The Red Devils RANAP untuk pertahan kejuaraan tahun lalu

MANCHESTER (United Kingdom): Tottenham Hotspurs (Spurs) mencatat kemenangan kedua berturut-turut apabila menumpaskan Manchester United (MU) di Old Trafford 2-1 hasil jaringan penyerang Emmanuel Adebayor dan pemain tengah Denmark, Christian Eriksen.

Kekalahan keenam MU dalam Liga Perdana Inggeris (BPL) hampir pasti meranapkan impian The Red Devils untuk mempertahankan kejuaraan tahun lalu.

Adebayor meletakkan Spurs di hadapan dengan tandukan cantik pada minit ke-34 sebelum Eriksen menambah jaringan pada minit ke-66.

Meskipun penyerang muda MU, Danny Welbeck merapatkan jurang seminit selepas itu, Spurs berjaya menyerap asakan bertalu-talu dan kini melebarkan rekod tanpa kalah di bawah kendalian pengurus baru Tim Sherwood kepada empat perlawanan.

MU kini berada di tangga ketujuh, sebelas mata di belakang pendahulu liga, Arsenal.
Sumber : Harian Metro

Baca lagi >>

Kepala tersepit di kerusi fenomena lucu hari pertama di sekolah

Hari ini merupakan hari pertama untuk sesi persekolahan bagi tahun 2014 bagi sesetengah negeri, pelbagai ragam dan keletah murid-murid yang menarik perhatian.

Ramai yang berkongsi gambar di laman sosial Facebook dan mendapati disebalik ‘keterujaan serta kegembiraan’ murid yang baru memasuki alam persekolahan ada terselit adegan ‘mencuit hati' dan juga yang mencemaskann.

Mana tidaknya tindakan segelintir murid yang dirakam kamera dari seluruh pelusuk negara melihatkan pelbagai ragam. Ada yang menangis, tertidur, gembira malah ada yang tersepit di kerusi.
Wajah murid-murid yang dirakam tersepit pada kerusi di hari pertama persekolahan yang tersebar di laman sosial Facebook.
Mungkin pihak sekolah perlu memilih kerusi yang kurang risiko kepala tersepit di masa hadapan. Fenomena ini perlu diambil berat agar perkara sebegini tidak berulang di lagi selepas ini.

Selamat memulakan sesi persekolahan baru!
Olahan daripada Sinar Harian

Baca lagi >>

Peserta demo dihalalkan darah mereka ikut hukum syarak

Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.
Sumber : Malaysiakini

Baca lagi >>