Monday, 15 December 2014

Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia

SENIMAN filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini, jam 8.38 pagi tadi.


Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.

Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang.

Al-Fatihah

Sinar Harian