Thursday, 18 December 2014

Senarai perkhidmatan tren KTM Intercity yang terjejas ekoran banjir di Pantai Timur

Beberapa perkhidmatan tren KTM Intercity di laluan Pantai Timur terjejas hari ini ekoran banjir.

Keretapi Tanah Melayu (KTM) Bhd dalam kenyataan hari ini berkata perkhidmatan tren No.72 Shuttle Gua Musang-Tumpat juga dibatalkan akibat bencana alam itu.

Justeru itu, para penumpang boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan ataupun menukar semula tarikh perjalanan.

Landasan terbabit dengan gangguan itu ialah di KM490 hingga KM493 iaitu antara Tanah Merah ke Pasir Mas, Kelantan yang dinaiki air pada 4 pagi tadi.

Perkhidmatan tren yang terjejas ialah: 
  • Tren No 70 Shuttle Gua Musang-Tumpat, 
  • Tren No 71 Shuttle Tumpat-Gua Musang, 
  • Tren No 73 Shuttle Tumpat-Gua Musang,  
  • Tren No 26 Ekspres Senandung Timuran (Woodlands-Tumpat), 
  • Tren No 27 Ekspres Senandung Timuran (Tumpat-Woodlands), 
  • Tren No 28 Ekspres Wau (Kuala Lumpur Sentral-Tumpat) dan 
  • Tren No 29 Ekspres Wau (Tumpat-Kuala Lumpur Sentral).

Kesemua tren terlibat akan berhenti di stesen berhampiran yang tidak terlibat dengan banjir.

Orang ramai boleh mendapatkan keterangan lanjut daripada bahagian khidmat pelanggan KTM Bhd di talian 1-300-88-5862. 

Bernama