Sunday, 7 December 2014

Kena Tipu dan Kena Kencing

Dalam perkara berkaitan penipuan atas nama pelbagai skim perniagaan dan pelaburan baik kononnya yang Islamik atau tidak, kita kena terima hakikat bahwa bukan semua orang dilahirkan cerdik dan bodoh itu merupakan satu penyakit yang belum dijumpai ubatnya.
.

Manakala sesetengah golongan ini memang patut merasai ditipu dan dibohongi sebagai satu pengalaman dan pengajaran yang tidak bernilai ertinya buat mereka. 

Perkara pertama yang patut dilakukan apabila diketahui ditipu adalah "sujud syukur" kerana bertuah diuji Allah bukan semua dapat rasa nikmat tersebut.

Pesan guru saya , semua tawaran perniagaan dan pelaburan yang datang itu sesungguhnya adalah penipuan dan pembohongan semata-mata sehinggalah dibuktikan sebaliknya. 

Dalam isu wang , ianya adalah "guilty until proven innocent".

Bukan kerja saya nak yakin dan buktikan sesuatu skim dan program itu "scam" dan menipu , adalah menjadi tugas golongan terlibat untuk membuktikan sebaliknya. 

Oleh itu setiap kali ditanya tentang skim itu dan ini, saya tidak perlu buat kajian , jawapan saya akan sentiasa "ianya adalah penipuan sehingga dibuktikan sebaliknya".

Maka berlapang dadalah apabila masuk atau menceburi sesuatu bidang perniagaan dan pelaburan yang ditawarkan kerana bakal ditipu dan dibohongi itu pasti dan yang benar dan untung itu belum tentu lagi. Ini bagi mengurangkan rasa kecewa dan meroyan nanti.

Waallahualam.
Sumber: Zaidi Ismail