Thursday, 25 December 2014

Jambatan yang menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat ditutup kepada semua kenderaan

KOTA BHARU: Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup kepada kesemua kenderaan berikutan paras air Sungai Kelantan yang melimpahi jambatan itu.


Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Shahimi Sharif, berkata jambatan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula jam lima petang tadi.

Katanya, jambatan itu akan dibuka kembali kepada lalu lintas setelah paras air sungai surut dan tiada sampah sarap yang menghalang laluan di jambatan terbabit.