Friday, 5 December 2014

Hari tanpa beg plastik di Melaka; Jumaat, Sabtu & Ahad

Melaka merancang untuk melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik termasuk pada hari Ahad mulai 1 Januari tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Teknologi Hijau Melaka, Datuk Kamarudin Md Shah.

Beliau berkata, perkara itu telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Sebelum ini program seumpama itu dilaksanakan pada setiap Jumaat dan Sabtu bermula April lepas.

"Perancangan juga dibuat untuk melaksanakan Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari bermula tahun 2016," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan usaha kerajaan negeri meningkatkan kualiti alam sekitar dan ke arah negeri teknologi hijau menjelang 2020.

Sumber: Bernama