Mangsa banjir di Terengganu yang dipindahkan meningkat kepada 4,581 orang petang ini daripada 4,023 tengah hari tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, statistik menunjukkan jumlah perpindahan di setiap daerah terbabit meningkat terutamanya di kawasan pedalaman Terengganu.
Mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu adalah yang paling ramai, iaitu 1,746 orang yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan mengatasi daerah-daerah lain.
Di Besut 1,123 mangsa kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan, sementara 10 pusat pemindahan dibuka di Dungun menempatkan 478 mangsa.
Di Kemaman 957 mangsa ditempatkan di 20 pusat pemindahan, sementara di Setiu pula 277 mangsa ditempatkan di lapan pusat pemindahan.
Banjir di daerah Kuala Terengganu dan Marang telah pulih sepenuhnya dan semua pusat pemindahan di daerah berkenaan telah ditutup.
Sementara itu Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hashim Abd. Jalil berkata lebih 200 pegawai dan anggota polis telah digerakkan untuk membantu mangsa terjejas banjir di enam daerah di negeri itu.
Katanya enam daerah itu ialah Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Dungun dan Kuala Terengganu.
"Kita mempunyai pasukan sokongan dalam menghadapi banjir sekiranya ia bertambah buruk kelak," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - Bernama
Lagi gambar banjir yang tersebar di aplikasi Whatsapp dan FB Info Banjir Terengganu (kredit kepada pemilik foto)
 |
Pihak bomba membantu memindahkan warga emas |
 |
Kg Kua Ajil |
 |
Kg Tasik |
 |
Bandar Jerteh |
 |
B tu 24 Kuala Berang |
 |
Depan Bank Rakyat Kerteh |
 |
Sek. Keb. Pasir Akar |
 |
Kg Kuala Ping |
 |
Kg Pengkalan Ajal Ajil |
 |
Kuaters Guru Sekolah Durian Mas 1 |
 |
Masjid Terapung Hadhari, Jerteh. |