Monday, 8 December 2014

Bas terbalik dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh

Bas persiaran yang membawa kira-kira 30 penumpang dari Ipoh, Perak terbalik selepas dipercayai terperosok ke dalam tebing jalan sedalam kira-kira satu meter berhampiran Restoran Jejantas, Sungai Buloh di Lebuhraya PLUS dari Rawang menuju ibu negara, 12 tengah malam tadi.

Harian Metro difahamkan, bagaimanapun dalam kejadian itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.

Pemandu bas berkenaan K Ramesh, 45, berkata, sebelum kejadian bas yang dipandunya itu berhenti seketika di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh sebelum menyambung kembali perjalanan ke Singapura.

"Keadaan jalan begitu gelap, saya tidak perasan jalan yang sedang dinaik taraf itu mempunyai tebing sedalam satu meter sebelum bas yang dipandu terperosok dan terbalik," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Beliau mendakwa faktor tiada papan tanda amaran dan kon keselamatan di kawasan jalan itu menjadi punca dia tidak menyedari laluan berkenaan mempunyai tebing yang tinggi.
Sumber: Harian Metro