Friday, 5 December 2014

Alkisah Pekerja Bangladesh & Indonesia

Sejak semalam saya teringat sesuatu. Iaitu berkenaan dengan pekerjaku..Cewah..

Anda perasan ke perasan bahawa saya tak kisah dan suka expose gambar pekerja saya? Walaupun pekerja saya Bangladeshi si hitam pekat?

Pernah tak saya terfikir untuk sorokkan mereka ni? Ye lah nanti Orang Malaysia nampak macamana?
Mungkin ada yang tak suka. Sebab saya tahu ramai yang tak suka dengan orang Bangladesh ni. Ada yang rasa jijik, saya tak pasti kenapa. Mungkin kerana kulitnya yang hitam legam, tak secantik dan seputih mereka.

Ada yang rasa marah pulak sebab seolah-olah mereka menutup peluang pekerjaan orang tempatan.
Saya tahu semua tu.

Tapi saya tetap expose. Saya tetap ambil gambar mereka dan upload di facebook. Saya buat perkara yang sama dengan pekerja Indonesia dan pekerja lokal saya. Saya tak akan sembunyikan sesiapa.

Tak pernah terdetik di hati saya, jangan tunjuk kami ada pekerja Bangladesh kepada rakyat Malaysia. Nanti rakyat Malaysia tak beli kek pulak. Hehe.. Ya lah ramai orang Malaysia kan tak suka Bangla.

Sejak 4 tahun dulu. Sejak kami bukak kedai. Siapa yang sanggup tolong kami? Siapa yang sanggup buat kerja sampai tengah malam? Siapa yang selalu kata kakak..abang..macamana ni, kek slow (masa kek slow)? Kalau laju bagus!..Mereka selalu mendoakan kami.

Siapa yang seronok bila permintaan kek tinggi masa raya bulan lepas? Kami tak sampai hati nak suruh mereka OT masa bulan puasa. Tapi kerana dorang sendiri tengok order banyak sangat. Dorang sendiri buat shift sesama dorang. Ada yang tak tidur sampai ke pagi.

Kata Razak dan Hero, tak apa abang..kakak...setahun 4 hari saja macam ni (hujung-hujung bulan puasa). Bukan selalu pun. Customer mintak, kita kena bagi. Sedangkan kami tak suruh..

Allahuakbar!..

Bagi saya, kenapa kita nak menidakkan mereka? Mereka juga manusia. Bukankah manusia perlukan kasih sayang? Adakah orang Bangladesh tak perlu semua tu? Mereka hanya layak untuk dikasari? Mereka hanya layak untuk di beri arahan semata-mata? Tak layakkah mereka mendapat kasih sayang?

Adakah kerana mereka dianggap bodoh, tidak berpelajaran maka mereka terdampar di bumi Malaysia? Tapi kita pulak langsung tidak menghargai mereka?

Anda tahu atau tidak, kalau kami pengusaha hanya menunggu pekerja lokal maka kami mungkin akan tutup kedai? Tahu atau tidak pekerja lokal kita tak mungkin akan bertahan lama jika mereka bekerja?

Bukan tak ada pekerja lokal yang bagus. Kami ada 7 orang pekerja lokal yang dah bekerja lebih setahun. Tapi yang dah resign? Lebih ramai lagi..Yang ofis lainlah, memang semua lokal. Sedangkan pekerja Bangladesh dan Indonesia berapa orang? Hampir 40 orang!..Berapa nisbahnya?

Nampak ke nampak?
Bagi pengusaha seperti kami, tak ada pilihan. Kami tak boleh memilih pekerja. Nak yang lokal sahaja? Ini KL. Ini Lembah Kelang. Kalau di kampung mungkin mudah sikit. Ada orang yang masih nak kerja potong buah seperti Jeruk Madu Pak Ali. Kalau di KL?

Maaf. Saya tak rasa salah kalau kami ambil pekerja Bangladesh dan Indonesia kalau hanya mereka ini yang nak bekerja.

Bagi saya apa salahnya? Mereka juga manusia. Tambahan pula mereka juga beragama Islam. Solat pun tak tinggal. Mungkin lebih baik dari orang kita. 

Takkan Allah kata kasih sayang hanya perlu bagi kepada orang Malaysia SAHAJA? Orang Indonesia, Bangladesh jangan bagi kasih sayang? Mereka tak perlu kasih sayang? Mereka tu siapa? Bukankah manusia sama macam kita juga disisi Allah?

Mereka juga datang jauh-jauh berkorban nyawa naik tongkang, kena bayar lagi..kena tipu lagi..Mereka datang sini cuma nak mencari rezeki. Rezeki Allah kan Maha luasnya?.Ada di mana-mana..

Bumi ini, bumi itu, bumi di mana-mana saja bukan bumi kita. Bukan hak kita. Semuanya hak Allah Ta'ala. Dialah Maha Pencipta. Kita cuma pinjam sementara. Kenapa kita nak kedekut? Kenapa kita rasa mereka tak layak mencari rezeki di bumi Allah ini?

Layanlah mereka..Berilah sedikit saja kasih sayang kita kepada mereka jika tak mampu beri banyak..Mereka tiada siapa-siapa di sini. Nereka jauh dari keluarga. Mereka hanya mengharap secubit kasih sayang yang datang dari senyuman kita. Yang hanya mengharap kata-kata yang lembut dari kita...

WALLAHU'ALAM...

Indahnya hati dengan beristighfar, berselawat, bersyukur dan bersedekah..

Dikisahkan oleh Anis Choc Moist Cake