Thursday, 11 December 2014

Aku pun nak dapat banyak!

Dua hari lepas ketika hendak membawa anak yatim dan ibu mereka membeli uniform sekolah, saya terpaksa meminta pertolongan seorang kawan, dia guru sekolah dalam penjara.

Dia membawa kereta ke rumah saya, tempat berkumpul. Ketika nak bertolak, saya minta dia membawa kereta Exora saya, tetapi dia menolak.

Katanya,"Jika aku bawa kereta hang, aku dapat sikit atas tenaga aku sahaja, tapi kalau aku guna kereta aku untuk bawa anak yatim ini, tentu aku dapat lebih banyak dari Allah."

Allahuakbar!! Berkira sungguh dia dengan ganjaran Allah.

Diceritakan untuk suntikan minda kepada anda semua, ketika orang lain mungkin berkira untung rugi dunia, mereka berkira banyak sedikitnya ganjaran Tuhan.

Nukilan: Cikgu Abd Ghani Haron