Friday, 19 December 2014

Sayu! Seorang bayi perempuan dihanyutkan arus deras selepas terjatuh daripada dukungan ibunya

Seorang pemuda penghidap penyakit sawan menjadi korban pertama banjir di Kelantan.

Manakala seorang bayi perempuan berusia setahun lapan bulan dikhuatiri mati lemas dalam dua kejadian berasingan di Kampung Pertang, Kuala Krai dan Kampung Lepa Limbat di Kota Bharu.

Mangsa, Baharum Mohamad, seorang pekerja kedai santan dipercayai lemas selepas diserang penyakit sawan.

Mayatnya ditemui di kawasan yang digenangi air akibat hujan lebat, berhampiran Sekolah Kebangsaan Long Ghafar, Kubang Kerian kira-kira pukul 11 pagi.

Sementara itu, dalam kes kedua, seorang bayi perempuan, Nor Adriana Adila Asrol Afendi dihanyutkan arus deras banjir selepas terjatuh daripada dukungan ibunya.

Mangsa dikatakan terlepas daripada dukungan ibunya yang ketika itu turut membawa tiga lagi anaknya mengharungi banjir ke pusat pemindahan berhampiran.

Astroawani