Sebanyak 18 kawasan sekitar Petaling dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air Selasa ini, kerana kerja-kerja penggantian injap.
Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) di sini hari ini, lapan kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi hingga 7 malam kerana kerja penggantian injap kekupu di Kolam Menara Tasik Prima Puchong.
Kawasan terlibat ialah:
- Tasik Prima 1 hingga 4;
- Puchong Utama 7;
- Prima Biz Hub;
- Lake Belva dan
- Pangsapuri Seri Pelangi.
Kawasan terlibat ialah:
- Hospital Pantai, Cheras;
- Masjid Pandan Indah;
- Taman Cheras Utama;
- Pandan Perdana;
- Pandan Komersial;
- Pandan Indah;
- Cheras Indah;
- Jalan Pandan Utama;
- Taman Maju Jaya dan
- Pandan Mewah.
Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (Puspel) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar kepada 39222.
Maklumat lanjut juga boleh didapati pada laman web Syabas di www.syabas.com.my, www.twitter.com/puspel dan Facebook dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas' atau muat turun aplikasi mySyabas di telefon pintar.
Bernama
No comments:
Post a comment