Wednesday, 10 December 2014

10 masalah mental di media sosial

Ada sedikit masalah dengan sesetengah manusia, ini sharing based on pemerhatian saya, maaf ini tidak ada kena mengena dengan anda atau sesiapa, ia adalah General observations di FB & social media:-

  • Kebanyakan manusia akan tetap berpegang dengan apa yang dia fikir dan tahu adalah BETUL walaupun secara zahirnya jelas ia kepercayaan yang salah atau merugikan dia. Contoh: Saya tak nak kaya nanti lupa diri, tetapi eventually ramai yang lupa diri walaupun belum kaya. Belum kaya dah tak ada masa sujud.
  • Suka tonjolkan kebaikan diri (Itu tak pelik) tapi bila orang lain tonjolkan atau sharing, dikatanya riya' & sombong seolah-olah dia boleh tilik hati manusia lain. Kasyaf namanya.....
  • Berhati-hati cover aib dan kelemahan diri (Itu pun tak pelik) tetapi bila tang aib dan kelemahan orang lain, bukan main di KANTA PEMBESAR kannya.
  • Bila dia datang "FB" komen tegur orang lain dengan kurang ajar, tidak beradab dan dengan fakta yang salah, dia adalah paling betul, tetapi bila orang jawab dan komen membetulkan fakta, maka orang itu kurang ajar dan biadap.
  • Semua orang adalah jahat. Kutuk tahap gaban seperti dia dah capai tahap maksum dan malaikat.
  • Syok sendiri. Ala-ala pakar dan komen tentang benda yang dia pun tak pernah buat. Contoh, bisnes pun tak ada tapi nak komen tentang bisnes orang lain. Baca tentang ekonomi dari buku atau artikel orang lain then ala-ala dah jadi penasihat pakar ekonomi. Saham Bursa Malaysia pun tak pernah beli.
  • Kay Poh Chi- suka nak ambil tahu hal orang yang tidak ada kena dengan hidup dia. Suka judge orang lain.
  • Rasa tidak berdosa dan tidak pernah bersalah- Kutuk, fitnah dan tulis apa sahaja yang disukai tentang sesiapa sahaja tanpa sedar diri tu siapa, dari mana dan bakal mati untuk di pertanggungjawabkan segala perkara.
  • Menuding jari menyalahkan orang lain adalah kepakaran ramai orang.
  • Suka heboh dan kecoh tentang perkara yang dia sendiri tidak tahu atau tidak faham. Suka tambah lauk bukan kerana untuk nak faham tapi nak mengeruhkan lagi keadaan.
Semua yang ditulis atas ini mungkin tidak berlaku dan anggap tidak wujud. Mana baik, ambil sebagai ingatan.

Jika tidak, lupakan.

Saya sendiri tidak perfect dan tulisan ini adalah ingatan agar saya serta anak didik saya janganlah bersikap begini.

Jika kita tidak tahu dan tidak faham tentang sesuatu, kita boleh pilih untuk tanya. Dan jika tidak ada kena mengena dengan kita, kita boleh pilih untuk diam.

Hidup ini sementara dan akhirat jua tempat yang kekal selamanya.

Mari kita berusaha untuk perbaiki diri kita.

Dr Azizan Osman