Saturday, 10 May 2014

Untung elok bahagi dua

“Saya cadangkan keuntungan dikongsi 50-50 dengan semua pasukan bertanding dalam Liga Malaysia dan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) usah kedekut sangat.”

Pandangan itu disuarakan pengkritik bola sepak, Serbegeth Singh (gambar) yang percaya FAM terlebih mampu untuk meningkatkan pemberian geran tahunan kepada kesemua pasukan bertanding dalam kancah Liga Malaysia musim depan.

Serbegeth yang lebih mesra disapa Shebbie berkata, FAM boleh mencontohi kaedah digunakan Persatuan Bolasepak England (FA) mengelola Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan mereka berkongsi keuntungan hak penyiaran sama rata di samping tajaan lain diterima.
“Berdasarkan pengalaman bersama Blackburn Rovers, semua kelab di sana akan diberikan geran £70juta (RM384 juta) hasil keuntungan berbilion pound yang diraih melalui hak siaran televisyen dan iklan.

“Saya percaya FAM juga boleh meningkatkan pemberian geran tahunan berdasarkan pembelian hak siaran oleh Astro. Bukan itu saja, FAM juga meraih pelbagai tajaan daripada syarikat swasta yang saya yakin keuntungannya banyak saban tahun.

Sumber : Harian Metro