Sunday, 18 May 2014

Murid tahun dua mati lemas ketika berkelah

KUANTAN - Seorang murid lelaki ditemui mati lemas ketika berkelah bersama anggota keluarganya sempena cuti hujung minggu di tapak perkelahan Pasir Kubur, dekat Kampung Kuala Kenau, Sungai Lembing, di sini hari ini.

Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat Mohd Adam Haris Abd Aziz, 8, ditemui anggota keluarganya pada 3.20 petang tadi.

"Sebelum itu, mangsa dikatakan hilang ketika mandi di kawasan berkenaan, anggota keluarganya bertindak mencari mangsa, sebelum menemuinya mati lemas," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat.

Sumber : Bernama