Sunday, 11 May 2014

Mohamed Nabi bukan ahli PAS

PAS menafikan bahawa Mohamed Nabi Bux (gambar), yang mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor, merupakan anggota parti Islam itu.

Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan disiarkan lidah parti tersebut menyebut, siasatan menunujukkan Mohamed Najib merupakan anggota Umno.
"Dakwa sebagai ahli PAS adalah pembohongan semata-mata dan melalui carian yang dilakukan, kita mendapati beliau merupakan ahli Umno.

"Kita akan mendapat nasihat dari peguam untuk tindakan undang-undang berhubung pengakuan palsu yang menjejaskan imej PAS," katanya seperti dipetik dalam laporan Harakahdaily.

Sumber : Malaysiakini