Sunday, 18 May 2014

Jawapan As-Sisi dibandingkan dengan Mursi

Selepas temuramah pertama bekas ketua askar Mesir yang juga merupakan calon presiden, Abdel Fattah As-Sisi, pengguna media sosial Arab dengan meluaskan telah "share" di laman Facebook mengenai perbandingan antara jawapan Sisi dan Mursi yang telah dijatuhkan secara paksa oleh Sisi pada 3 Julai yang lalu.

Mursi dan As Sisi sebelum kudeta
Aktivis dan pengguna media sosial telah membandingkan jawapan Sisi kepada soalan tentang bagaimana ingin menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat Mesir dengan jawapan yang diberikan oleh Mursi ketika ditanyakan soalan yang sama semasa kempen pilihanraya yang lalu.

Dalam debat maya yang dibuat oleh aktivis untuk membandingkan kenyataan sebenar kedua-dua pemimpin tersebut, Sisi apabila ditanyakan soalan bagaimana ingin menyelesaikan masalah gangguan elektrik beliau memberikan jawapan dengan mudah bahawa rakyat harus membeli lampu jimat tenaga manakala Mursi mencadangkan agar digunakan tenaga alternatif termasuk tenaga nuklear.

Berhubung masalah roti pula, Sisi secara literal berkata dalam sesi temuramah bahawa beliau mencadangkan setiap rakyat agar berjimat dan memotong satu roti kepada 4 bahagian. Mursi pula mejawab bahawa visi beliau termasuk meningkatkan produksi gandum dan menyewa sebahagian kawasan di negara Sudan dan Etopia untuk menanam tanaman bagi menjimatkan penggunaan air. Kemudian mengasingkan proses penyebaran dan pembahagian bagi mengelakkan penyeludupan gandum.

Di samping itu, turut diajukan soalan bagaimana ingin mengatasi kejatuhan rizab asing. Sisi berkata bahawa beliau akan mengambil duit dollar daripada rakyat Mesir yang hidup di luar negara, manakala Mursi mengatakan bahawa beliau akan menaikkan cukai kepada kapal yang melalui terusan Suez.

Berhubung masalah pekerjaan, Sisi dengan mudah menjawab beliau akan membeli ribuan lori seadanya untuk anak muda di pasar borong Obour. Mursi pula mengatakan bahawa beliau akan menggalakkan syarikat-syarikat kecil serta membuat projek baru seperti projek Pembangunan Terusan Suez.

Berkaitan kedudukan mereka mengenai perjanjian damai dengan Isrel pula, Sisi mengatakan beliau menghormatinya dan akan bekerjasama dengan Israel bagi melindungi sempadan manakala Mursi berkata bahawa Mesir menghormati perjanjian tersebut namun perlu juga dihormati oleh sebelah pihak yang lain.
Sumber : Mesir Kini