Lebih RM8 bilion cukai yang sepatutnya dijelaskan oleh peniaga, pembekal dan pengilang setiap tahun dapat dikutip dengan pelaksanaan sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) April tahun depan.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri turut yakin pelbagai taktik yang diguna untuk mengelak daripada membayar cukai selama ini tidak lagi berkesan dengan penguatkuasaan GST.
Wednesday, 28 May 2014
GST bantu kutip lebih RM8 bilion cukai yang tidak dibayar
Sunday, 25 May 2014
Misteri kain, tudung terapung
BAGAN SERAI - Misteri penemuan kain dan tudung terapung dalam sebuah parit di Kampung Parit Jawa,di sini, kelmarin, membawa penemuan mayat seorang wanita bersama sebuah motosikal dinaikinya kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.00 petang, mayat Siti Ashah Razali, 45, ditemui seorang penduduk setelah curiga melihat sebuah motosikal terbalik di atas jalan utama, manakala kain dan tudung dilihat berada dalam keadaan terapung di dalam parit berhampiran.
![]() |
Ibu mangsa (dua, kanan) meratapi kematian anaknya |
Si tua tidak sedar diri
Dua lelaki, termasuk seorang warga emas, ditahan di sebuah rumah pekerja di tapak binaan di Permyjaya, di sini, semalam, selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, Khamis lalu.
Kedua-dua lelaki berusia 30-an dan 78 tahun itu ditahan pada jam 4.30 petang oleh bapa mangsa bersama beberapa rakan sekerjanya selepas kanak-kanak itu memaklumkan kejadian kepada ibunya pada pagi hari sama.
Saturday, 24 May 2014
Minat menyanyi sejak dari kecil
"TANPA ku sedari kau tertinggal di hati, Tiada ku menduga rasa ini kan hadir, Maafkanlah aku bukannnya niatku untuk mencintaimu, Semua ini tiba-tiba, Biar, biar, biar aku menunggu, Sampai habis nanti semua hayatku, Biar, biar, biar aku tertunggu, Cinta tulus ikhlas dari hatimu..."
Friday, 23 May 2014
Kepala tertinggal di lokasi kemalangan
Kota Samarahan: Pasukan petugas Hospital Umum Sarawak (HUS) terkejut apabila mayat seorang wanita mangsa kemalangan dihantar ke situ tanpa kepala sebelum dimaklumkan ia tertinggal di lokasi kemalangan di Kampung Meranek, kelmarin.
![]() |
TEMAN lelaki mangsa menangis sambil memeluk mayat mangsa di lokasi kejadian. |
Wednesday, 21 May 2014
'Raja boleh dilucut takhta jika langgar hudud'
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari menegaskan bahawa hudud juga boleh dilaksana ke atas sultan dan raja-raja Melayu, malah golongan itu boleh dilucutkan takhta sekiranya tidak mematuhi undang-undang Islam atau melakukan dosa besar.
Siapa ‘king maker’ politik Terengganu?
10 hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.
Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.
Tuesday, 20 May 2014
Mahasiswi Malaysia diculik dan dirogol
Jakarta : Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.
Sunday, 18 May 2014
Kelantan kembali rebut mahkota Liga Super
KEJAYAAN 'The Red Warriors' menewaskan Perak 2-1 malam tadi dilihat meletakkan skuad pantai timur itu kembali ke landasan dalam perburuan mahkota Liga Super musim ini.
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa berkata, skuad bimbingan George Boateng itu juga membuktikan sekalipun tanpa aksi pemain import, mereka masih mampu mencatatkan kemenangan.
Murid tahun dua mati lemas ketika berkelah
KUANTAN - Seorang murid lelaki ditemui mati lemas ketika berkelah bersama anggota keluarganya sempena cuti hujung minggu di tapak perkelahan Pasir Kubur, dekat Kampung Kuala Kenau, Sungai Lembing, di sini hari ini.
![]() |
Gambar Hiasan |
Wanita solat dan baca Quran atas jejantas Lebuhraya
Kuala Lumpur: Wanita yang ditemui di atas jejantas berhampiran Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana menunaikan solat dan membaca al-Quran memberi alasan berbuat demikian selepas mendapat alamat melalui mimpi.
Jawapan As-Sisi dibandingkan dengan Mursi
Selepas temuramah pertama bekas ketua askar Mesir yang juga merupakan calon presiden, Abdel Fattah As-Sisi, pengguna media sosial Arab dengan meluaskan telah "share" di laman Facebook mengenai perbandingan antara jawapan Sisi dan Mursi yang telah dijatuhkan secara paksa oleh Sisi pada 3 Julai yang lalu.
![]() |
Mursi dan As Sisi sebelum kudeta |
Friday, 16 May 2014
Pesawat MAS dilanggar kereta Viva
Negara dikejutkan dengan satu lagi insiden melibatkan pesawat MAS apabila penerbangan MH740 dilanggar oleh sebuah Perodua Viva di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
MB Selangor 'diserang' ahli PKR
PETALING JAYA – Pekarangan Ibu Pejabat PKR di sini kecoh apabila calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid ‘diserang’ oleh seorang ahli PKR Cabang Kuala Selangor, hari ini.
Tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi lindungi TNB daripada kerugian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan terpaksa menaikkan tarif elektrik bagi melindungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada berdepan kerugian, sekali gus menjejaskan masa depan 34,900 pekerjanya.
Thursday, 15 May 2014
Lisdawati sedia maafkan Sharnaaz
BEBERAPA bulan lalu, heboh memperkatakan tentang persengketaan Lisdawati bersama Sharnaaz Ahmad apabila perang mulut dua pelakon ini dikatakan agak serius sehingga bakal berdepan dengan tindakan mahkamah.
Mengapa Najib sampai hilang sabar dengan Ahmad Said
DENGAR cerita, ramai yang bersorak gembira termasuk rakan-rakan wartawan di Kuala Terengganu apabila Datuk Seri Ahmad Said diturunkan dari kerusi menteri besar kelmarin.
Ini kerana Ahmad difahamkan adalah ahli politik yang agak bengkeng atau kurang mesra dengan media.
Wednesday, 14 May 2014
Pernah terima upah menyanyi 80 sen
KEHADIRAN artis Seberang di negara ini bukanlah perkara baharu. Kini, giliran penyanyi bersuara serak basah, Cakra Khan, melancarkan album pertamanya setelah tiga tahun berada dalam industri hiburan Indonesia.
Indonesia haramkan Vimeo
Indonesia semalam mengenakan larangan ke atas laman perkongsian video terkenal Vimeo kerana didakwa mengandungi kandungan berunsur lucah, sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan pengguna media sosial.
Sewa 10 teksi untuk kempen PRK
Calon Bebas PRK Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan menyewa 10 teksi untuk membantu jentera kempennya bermula petang ini.
Abu Backer Sidek, 46, berkata, walaupun mempunyai kenderaan sendiri, beliau sering menggunakan perkhidmatan teksi untuk membantu golongan berkenaan meningkatkan pendapatan mereka.
Anwar dan isteri terlibat dalam kemalangan
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.
Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.
Umno perlu elak pilihan raya negeri
Pihak Umno harus mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut politik yang sedang melanda bagi mengelakkan berlakunya Pilihan Raya Negeri Terengganu yang nyata akan memberi cabaran hebat kepada BN.
Tuesday, 13 May 2014
Jalan Duta jadi sungai
Kuala Lumpur: Hujan lebat lebih satu jam di ibu negara bermula jam 2.30 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah serta jalan raya utama dinaiki air sedalam antara 0.5 meter hingga satu meter.
Antara jalan yang terbabit ialah Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin, Lebuhraya Mahameru dan pusat beli-belah Leisure Mall, Cheras.
![]() |
BANJIR kilat di Jalan Duta mengakibatkan ratusan kenderaan terkandas. |
![]() |
SEBUAH kereta cuba meredah banjir ketika melalui Jalan Maarof, Bangsar. |
![]() |
SEBUAH kereta dihempap pokok tumbang, semalam. |
Faktor peribadi punca mereka keluar parti
Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, tindakan dua lagi pemimpin yang mengumumkan keluar parti disebabkan faktor peribadi dan kesetiaan terhadap bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
![]() |
Mohd Jidin Shafee |
BN masih kekal memerintah Terengganu
KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya dari Umno mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas, kata penasihat undang-undang negeri, Datuk AzharAbdul Hamid.
Kerajaan Terengganu bakal bertukar tangan?
Persoalan sama ada BN mampu mengekalkan kuasa di Terengganu menimbulkan persoalan apabila memiliki 14 kerusi Dun berbanding 17 sebelum ini selepas tiga Adunnya mengumumkan keluar dari parti awal hari ini.
Pengumuman itu sekaligus, menjadikan kedudukan PR mendahului di negeri itu dengan 15 kerusi Dun.