Sunday, 23 March 2014

Kisah seorang wanita yang dipoligami

Syaikh Utsman Al-Khamis Hafidzahullah seorang ulama dari Kuwait bercerita:

“Saya pergi ke kampus dengan kereta lama saya, maklumlah kereta sejak mahasiswa lagi. Tapi walaupun model lama, larinya masih lagi laju.

Gambar hiasan - Syeikh Zulkifli Awang Kecik bersama isteri-isterinya
“Biasanya sambil memandu, saya akan mendengar Radio Idza’atul Quran atau ceramah dan pelajaran dari para ulama menggunakan pemain MP3. Waktu itu di Idza’atul Quran ada Syaikh Said bin Musfir Al-Qahtani Hafidzahullah seorang da’i terkenal di Saudi Arabia. Syaikh Said bercerita tentang seorang perempuan yang menelefon beliau sambil menangis.
"Apa gerangan yang terjadi?"

Rupa-rupanya dia telah dimadu. Bukan manisnya madu yang dirasa, tapi pahitnya hempedu, karana pahit tak tertahan lagi, air mata mengalir sendiri.

Syaikh bertanya kepadanya, ‘Apakah kamu lebih suka suamimu berzina dengan perempuan lain atau menikah dengannya?’

‘Menikah,’ jawabnya.

‘Bukankah kamu setiap hari sibuk mencuci, memasak, mengurus anak-anak dan mengatur rumah tangga?”

‘Iya.’

"Apakah merupakan sebuah kesalahan jika tugasmu itu dibahagi dengan saudari muslimahmu, sehingga engkau pada hari yang suamimu tidak berada bersamamu, kamu dapat berpuasa sunnah yang mungkin sudah lama kamu tinggalkan kerana mengurus suamimu, membaca Al-Quran yang banyak terhalang oleh pekerjaanmu, solat malam yang tak dapat kamu lakukan kerana bersama suamimu?”

Sebulan kemudian, telefon berbunyi.

Ternyata wanita itu menelefon lagi. ’Apakah Syaikh masih ingat saya? Saya adalah perempuan yang menelefon Syaikh, yang mengadukan suaminya yang telah menikah lagi…’

‘Apakah yang telah terjadi?’ tanya Syaikh.

Perempuan itu berkata, ‘Saya ada satu permintaan.’

‘Apakah itu?’

‘Engkau nasihati para isteri agar menyuruh suaminya menikah lagi!’.

“Saya akhirnya mengetahui bahawa ta’addud (poligami) itu adalah baik untuk isteri pertama, kedua dan masyarakat pada umumnya.”
Sumber : JH