Saturday, 11 January 2014

Tempurung kepala tersembul, urat saraf putus tetapi umur masih panjang

Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki yang hilang separuh isi kulit dan daging kepalanya akibat diseret van sekolah sejauh hampir 100 meter kira-kira tiga tahun lalu, kini tersenyum girang apabila hasratnya menjejakkan kaki ke sekolah tercapai.

Haziq di samping ayah dan ibunya menatap keratan akhbar Harian Metro keluaran 21 Julai 2011.
Tragedi yang hampir meragut nyawanya itu dianggap sukar dipercayai apabila kecederaan parah dialami mengakibatkan tempurung kepala mangsa tersembul, selain urat saraf di bahagian itu putus.

Namun kecederaan yang boleh menyebabkan mangsa lumpuh, kini sudah sembuh apabila Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, 7, mampu berjalan dan bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Dia yang memulakan sesi persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Putra Bercham Khamis lalu, dilihat semakin sihat dan lincah seperti kanak-kanak seusianya.

Haziq berkata, penderitaan dialaminya akibat kemalangan itu memang sukar ditanggung hingga memakan masa hampir setahun.
Sumber : Harian Metro