Sunday, 19 January 2014

Pemuda mati ditikam semasa lihat perarakan berhala

Sungai Petani: Seorang pemuda berusia 35 tahun mati akibat ditikam pada perut dan dada selepas diserang sekumpulan lelaki ketika melihat perarakan berhala bersama keluarga di Jalan Pasar di sini, awal pagi tadi.

ANGGOTA forensik memeriksa mayat Sivakumar di Jalan Pasar, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 12.05 tengah malam, mangsa S Sivakumar disahkan mati sebaik tiba di sebuah hospital swasta manakala empat lagi lelaki cedera termasuk seorang kritikal.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama adik dan ahli keluarganya sedang melihat perarakan patung berhala yang melalui Jalan Pasar berhampiran sebuah hotel di sini.
AHLI keluarga menangis ketika mayat Sivakumar dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Ong Aik Chang berkata, mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditikam dengan objek tajam di kiri perut dan dada kanan sebelum meninggal dunia di sebuah hospital swasta.

Katanya, berikutan itu polis menahan enam lelaki berusia 25 hingga 35 bagi membantu kes pergaduhan terbabit.

Sementara itu, Pengerusi MIC Kedah Datuk S Ganesan menjelaskan Sivakumaran bukanlah Ketua Pemuda MIC cawangan Sungai Tukang seperti yang dilaporkan media pagi tadi.

Sebaliknya lelaki itu hanyalah penyokong kuat Pemuda MIC cawangan itu.
Sumber : Harian Metro