Friday, 3 January 2014

Model kereta terlaris 2013 adalah MyVi

Tahun 2014 sudah menjejakkan kaki selama 3 hari. Antara persoalan yang bermain di fikiran kita antaranya tentang kereta. Model kereta apa yang paling laris tahun lepas 2013?

Jawapan ini mungkin akan memberi gambaran kasar kepada mereka yang merancang untuk beli kereta baharu tahun ini.

Dalam tempoh 12 bulan lalu industri automotif berhasil mempertahankan tahun emasnya. Puluhan unit kenderaan dilancarkan tahun lalu ke dunia automotif negara.

MyVi terjual sebanyak 88700 unit.
Berdasarkan rekod dari MAI sehingga November lalu, model kompak Perodua Myvi merupakan model terlaris 2013 dengan rekod jualan sebanyak 88,700 unit. Ia diikuti Proton Saga (63,500 unit), Perodua Viva (45,900 unit), Perodua Alza (43,200 unit), Toyota Vios dan Proton Exora.

KERETA TERLARIS 2013 (DATA SEHINGGA NOV)

1)     PERODUA MYVI
2)     PROTON SAGA
3)     PERODUA VIVA
4)     PERODUA ALZA
5)     TOYOTA VIOS
6)     PROTON EXORA
7)     PROTON PREVE
8)     PROTON PERSONA
9)     HONDA CITY
10)    HONDA CIVIC
11)    HONDA CRV
Olahan daripada Sinar Harian