Sunday, 19 January 2014

Liverpool terselamat daripada tercicir Liga Perdana Inggeris

LONDON: Ketua pasukan England, Steven Gerrard menyumbat gol penyamaan dan jaringan penting menerusi sepakan penalti untuk menyelamatkan Liverpool daripada tercicir dalam persaingan Liga Perdana Inggeris apabila seri 2-2, dengan Aston Villa, di Anfield, awal pagi tadi.

Gerrard nyata tidak langsung membuat kesilapan apabila memperoleh gol berkenaan hasil kekasaran penjaga gol Villa, Brad Guzan yang menjatuhkan Luis Suarez dalam kawasan penalti.
Keadaan sebenarnya bertukar bagi kelab Merseyside itu apabila penyerang England, Daniel Sturridge membuka jaringan di minit akhir babak pertama perlawanan hasil kuisan cantik Henderson, sekali gus merapatkan jarak jaringan kepada 1-2.

Sturridge kembali dalam kesebelasan utama selepas pulih daripada kecederaan buku lali dan terus memberi kesan ke atas lawan apabila merembat melepasi palang lawan pada awal perlawanan.

LIVERPOOL 2 (Sturridge, m45, Steven Gerrard, m53)

ASTON VILLA 2 (Andreas Weimann m25, C Benteke m36) 

Keputusan EPL

Keputusan penuh Liga Perdana Inggeris

Sunderland 2 - 2 Southampton
Arsenal 2 - 0 Fulham
Crystal Palace 1 - 0 Stoke City
Manchester City 4 - 2 Cardiff City
Norwich City 1 - 0 Hull City
West Ham 1 - 2 Newcastle
Sumber : Harian Metro