Saturday, 18 January 2014

'Kerana mulut pemimpin DAP,13 Mei 1969 terjadi...Mahu lagi kaa?'

Flash mob kangkung oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon telah menimbulkan kemarahan ahli Umno dan sekutu mereka, yang mengadakan perhimpunan di Seberang Jaya membantah perbuatan Lee yang didakwa biadap terhadap pemimpin tertinggi negara.

Sekitar 600 orang, termasuk pemimpin Umno negeri, menghadiri perhimpunan tersebut, yang diadakan di hadapan Sunway Carnival Mall.

Terdahulu, kumpulan itu berarak dari gelanggang futsal yang berhampiran, yang terletak 1km dari pusat membeli-belah, sambil melaungkan  "Allahu Akbar " dan "Hidup Melayu".
Mereka juga membawa beberapa sepanduk yang menyifatkan perbuatan menghina PM macam menghina Melayu, ABCD - Asal Bukan Cina DAP dan DAP musuh Islam.

Sepanduk yang paling menarik berbunyi 'Kerana mulut pemimpin DAP, 13 Mei 1969 terjadi... Mahu lagi kaa?'

Kumpulan itu mendengar beberapa ucapan berapi-api selepas tiba di pintu masuk utama Sunway Carnival Mall.

Pemimpin yang menyampaikan ucapan termasuk MP Kepala Batas, Datuk Reezal Merican; Setiausaha Umno negeri yang juga ketua Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir;  Ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Rahim dan bekas Ketua Pemuda negeri, Sheikh Hussein Mydin.

Bekas ketua KITA Kedah, Zamil Ibrahim dan Ketua Wira PERKASA negeri, Ridzuan Azudin turut hadir tetapi tidak berucap.
Sumber : Malaysiakini