Monday, 29 December 2014

Cerita banjir Dr Afiq Rahim (Siri 2)

Diari Krismas 25/12/14
Catatan kedua.
==================

Jam 8 pagi kring, kring, kring......

Saya menerima panggilan kecemasan daripada MA Shakri. Klinik kami bagai ribut pabila sang manusia berpusu mendapatkan rawatan.

Jangkaan kami juga tepat. Air bah telah menenggelamkan hampir 70% daratan di Badang. Kini air bah dengan laju menuruni jalan memasuki klinik kesihatan badang dan kawasan keseluruhan kami bakal ditenggelami 90% pabila air laut pula pasang malam ini. Kota Bharu telah lumpuh sepenuhnya.

Keadaan sebuah rumah di Kg. Tikat Penambang
Pagi tadi sempat menghubungi ayah bonda bertanya khabar. Mudah-mudahan berkat doa ibubapa mampu menyelamatkan kami daripada musibah lebih besar. Kelmarin juga menghubungi isteri menceritakan detik cemas hendak ke klinik kami malam tadi. (Isteri telah selamat bersama anak-anak dipindahkan ke rumah mertua di Semerak minggu sebelum ini)

Isteri bertanya mengapa saya tidak menyelamatkan diri ketika peluang ada. Saya berkata tugas saya bukan hanya menyelamatkan diri tetapi yang lebih penting menyelamatkan orang lain kerna itulah cita-cita saya. Moto KKM - 'Kami sedia membantu' adalah aspirasi saya.

Pagi, kami ke pusat pemindahan banjir untuk lawatan kesihatan. Mangsa semakin meningkat seiring dengan paras air di sungai kelantan - 6.84M kini (Bahaya - 5m). Pusat pemindahan di SK Kedai Buloh pula telah dinaiki air paras lutut dan mangsa terpaksa dipindahkan ke tingkat 1 sekolah. Mangsa banjir di Badang telah mencecah hampir 1000 orang tetapi pasukan saya hanya enam orang terus setia memberi rawatan. Kami merawat mana yang mampu.

Ada mangsa yang baru berhijrah sambil membawa anak kecil dan menjinjing barang umpama pelarian perang namun hajat mereka tidak dapat dilunaskan kerana kepadatan pusat pemindahan sedia ada. Mereka terpaksa ditempatkan di kawasan lain yang lebih jauh.

Masalah utama di pusat pemindahan adalah keperluan bantal, selimut, tikar dan makanan yang kekurangan. Pihak MKN mengatakan keperluan mencukupi tetapi di mana barang-barang tersebut? Bagai jatuh ditimpa tangga, trak yang membawa muatan bantuan ubat-ubatan dan diesel pula terjatuh lubang di Kg Pauh Binjai. 

Kini bantuan hampir 5 jam masih belum kesampaian. Stok ubat-ubatan di klinik digunakan semaksimanya. Ada pesakit yang perlu menjalani dialisis tidak dapat dihantar kerana tiada pengangkuatan yang sesuai kerana arus semakin deras.

Seorang bayi berusia tujuh hari saya syaki mengalami severe jaundice pabila paras kuningnya telah sampai ke perut dan peha atas. Saya menghubungi pihak NICU HRPZ untuk konsultasi, mereka memohon maaf tidak dapat berbuat apa-apa melainkan meminta ibu meneruskan breastfeeding kerana mereka juga kekurangan fasiliti pabila wad mereka dipindahkan. Kami hanya mampu berserah kepada tuhan untuk pesakit kronik dan kritikal.

Keadaan dijangka parah menjelang malam nanti apabila hampir semua jalan darat digenangi air dan fenomena air pasang memburukkan keadaan lagi. Bekalan air bersih seperti telah terputus. Hanya bekalan elektrik masih ada di sini, itupun jika keadaan parah maka nasib kami akan seperti Kuala Krai - bergelap tanpa cahaya bulan.

Saya merayu anda untuk teruskan menyumbang ke mana-mana tabung banjir pantai timur. Juga titipkan doa agar kami selamat dan tabah mengharungi musibah yang Maha Esa.

Oh ya, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada perdana menteri kita di Hawaii sementara cuti kami semua telah dibekukan dan berkorban nyawa demi rakyat tercinta.

Ikhlas,
Dr Afiq Rahim - DAR
Pegawai perubatan Badang yang hampir 'Burnout'.

Baca lagi >>

Cerita banjir Dr Afiq Rahim (Siri 1)

Kawasan klinik saya di Badang dan PCB telah putus hubungan darat. Air melimpah dengan deras di segenap penjuru sungai kelantan dan anak-anak kecilnya ke setiap inci permukaan bumi di sini.

Tadi kami sempat menghantar pesakit recurrent pleural effusion ke HRPZ dengan mengharungi banjir dan sungai deras menggunakan Land Rover usang. Mujur ada trak ni. Jika dengan ambulans klinik mungkin kami dh hanyut atau terkandas di tengah banjir.

Pantai PCB dan Pantai Mek Mah (Foto FB Dr Afiq)
Bekalan elektrik telah terputus di beberapa kawasan terutama di Kuala Besar. Yang menakutkan air dah merentasi jalan tinggi ke kawasan sebelah di kuala besar. 

Rumah penduduk yang tinggi seakan-akan berada di tanah akibat air naik mendadak malahan ada yang dah mencecah bumbung. Runsing jika ada penduduk yang lena dibuai mimpi sedangkan rumahnya hampir dihanyut banjir.

Paras sungai kelantan dah capai 6.6m (Bahaya: 5m) manakala khabarnya benteng terakhir kota bharu iaitu kunci air Sungai Budur telah dibuka akibat paras sungai yang terlalu tinggi memburukkan lagi situasi kami.

Saya berdoa agar tiada kes antenatal yang in labour atau kes kecemasan lain.

Saya juga merayu semua pihak untuk prihatin terhadap mangsa banjir dengan menderma dan terus berdoa agar kami terselamat daripada musibah yang lebih besar.

Kerjasama dan keprihatinan anda, kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Laporan lain akan menyusul esok.

Yang Benar,
Dr Afiq Rahim, DAR
Pegawai Perubatan KK Badang

Baca lagi >>

Friday, 26 December 2014

22 gambar sekitar banjir kilat di Kuala Lumpur dan Shah Alam

Hujan lebat hampir dua jam mengakibatkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di ibu negara malam tadi.

Menurut sumber Unit Bencana dan Operasi Jabatan Pertahanan Awam Wilayah Persekutuan, lokasi yang dinaiki air adalah Jalan Rahmat, Jalan Sentul Manis dan Ipoh (bawah jejambat Jalan Tun Razak).

Setakat 12 tengah malam tadi, air mulai surut namun berlaku kesesakan di Jalan Pahang akibat sebahagian jalan itu ditenggelami air.

Sementara itu, hujan lewat petang tadi turut mengakibatkan kawasan di Kampung Padang Balang dinaiki air kira-kira 9 malam.

Difahamkan, banjir kilat berkenaan berlaku akibat penghadang sampah yang dipasang pada Sungai Gombak di kampung berkenaan tersumbat namun keadaan kembali pulih sejam kemudian. -Hmetro

Lagi foto:







Berdekatan dynasty hotel jalan ipoh

Guthrie Highway 
Guthrie Highway 

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam

Shah Alam
Foto FB

Baca lagi >>

Thursday, 25 December 2014

Jambatan yang menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat ditutup kepada semua kenderaan

KOTA BHARU: Jambatan Sultan Yahya Petra ditutup kepada kesemua kenderaan berikutan paras air Sungai Kelantan yang melimpahi jambatan itu.


Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Shahimi Sharif, berkata jambatan itu ditutup kepada semua kenderaan bermula jam lima petang tadi.

Katanya, jambatan itu akan dibuka kembali kepada lalu lintas setelah paras air sungai surut dan tiada sampah sarap yang menghalang laluan di jambatan terbabit.

Baca lagi >>

Pusat pemindahan SMK Keroh catu bekalan makanan

KUALA KRAI - Memandangkan risiko terputusnya bekalan makanan mungkin terjadi kerana jalan-jalan utama dinaiki air, pihak pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Keroh mengambil keputusan untuk mencatu bekalan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung Keroh Mat Taib Mohamad, 72, berkata walaupun bekalan makanan buat masa kini masih mencukupi, keputusan itu terpaksa diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana jumlah mangsa dijangka bertambah.

Orang ramai tidak dapat meneruskan perjalanan akibat limpahan air Sungai Nal di Jalan Gua Musang-Kota Baharu di Kampung Keroh dekat Kuala Krai hari ini.
"Makanan itu ada, tapi untuk jangka masa panjang, kita terpaksa berjaga-jaga. Sebab setakat ini bekalan kami biasanya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jajahan Kuala Krai, tapi sekarang jalan ke sana pun dah putus.

"Dan setakat ini, jumlah mangsa pun dah makin bertambah sebab ada kawasan-kawasan yang sebelum ini tak pernah dinaiki air, kali ini jadi pula. Banjir kali ini memang luar biasa," katanya kepada Bernama.

Mengulas lanjut, Mat Taib berkata pihak jawatankuasa akan memberi kupon kepada keluarga terbabit mengikut data mangsa banjir yang telah direkodkan.   

Mat Taib berkata pada kupon itu akan dicatatkan jumlah anggota keluarga mangsa supaya bekalan makanan seperti nasi bungkus dapat diedarkan mengikut bilangan yang ditetapkan.

Seorang suri rumah yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Wan, 30, memberitahu bahawa kumpulan wanita menjalankan tugas memasak dan mengedar makanan dibahagi kepada tiga iaitu untuk sesi pagi, tengah hari dan petang.

"Kami ikut tiga syif, supaya dapat jimat masa dan tenaga. Sebab kerja memasak untuk lebih 100 keluarga ini memang letih. Tapi kami anggap ini tugas yang tuhan dah amanahkan.

"Buat masa ini, kami hanya masak nasi dalam empat atau lima periuk dan menu pagi ialah nasi goreng, tengah hari nasi putih serta ayam goreng dan malam baru kami masak sardin dan telur. Ini bergantung kepada bekalan yang ada," katanya.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, jumlah mangsa banjir di Jajahan Kuala Krai hari ini mencecah 4,864 orang yang kini sedang mendapatkan perlindungan di 39 PPS.   

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai Zulbahri Ibrahim berkata pihaknya mengalami kesukaran untuk mengedar bekalan di beberapa PPS yang terputus hubungan akibat jalan dinaiki air. 

Walaupun banjir kali ini sangat mencabar, beliau berkata pihaknya cuba sedaya-upaya menggunakan segala logistik yang ada.
   
"Sejak semalam saya dan pegawai lain cuba mencari jalan alternatif untuk sampaikan bekalan tapi memang sukar. Sudahlah bilangan bot kami terhad, arus pula deras semacam dan memang ada risiko tinggi untuk kami redah.

"Apa yang kami boleh harapkan ialah pihak atasan dapat membantu menyampaikan bantuan melalui helikopter. Itu sahaja yang boleh dilakukan buat masa kini," katanya lagi. 

Pembantu perubatan klinik swasta dari Bagan Serai, Perak Razali Manaf, 45, berkata beliau serta isteri dan anak pulang ke sini untuk melihat keadaan rumah ibu mentua beliau. 

"Sebenarnya kampung emak mentua saya memang dah lama tak naik air. Tapi memang betul-betul tak sangka kali ini jadi pulak. Sudahnya saya dan keluarga dah tiga hari berlindung di sini (PPS SMK Keroh)," katanya. - Bernama

Sinar Harian

Baca lagi >>

Bomba nekad hantar bantuan malam ini

Operasi bantuan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke atas penduduk yang terperangkap di Manek Urai, Kelantan akan dihantar malam ini.

Naib Presiden Pas, Husam Musa berkata, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, operasi tersebut akan ditangguhkan ke esok pagi.

Pasukan penyelamat tiba di SMK Manek Urai untuk beri bantuan makanan
“Saya baru selesai melawat bilik gerakan banjir di bandar negeri Kelantan. Paras air di sungai utama di seluruh Kelantan menunjukkan peningkatan ketara. Ini menunjukkan peningkatan tahap kritikal di beberapa jajahan seperti Kuala Krai yang sudah sedia teruk. Namun begitu hujan pada waktu ini telah berhenti di seluruh negeri.

“Pihak bomba cuba menghantar bantuan pada malam ini juga dan pihak tentera akan menghantar bantuan pada esok pagi kepada penduduk yang terperangkap di atas sebuah bukit di Manek Urai," katanya.

Difahamkan, operasi bantuan tersebut merupakan percubaan kali ketiga oleh pihak tentera dalam menghulur dan menyampaikan bantuan terhadap mangsa di kawasan itu.
“Pihak Majlis Keselamatan Negara harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kritikal, kemudahan perhubungan utama antara kelantan dan negeri lain telah terputus,” katanya lagi menerusi satu kenyataan hari ini.

Seramai 500 mangsa banjir dikatakan berpindah ke bukit berdekatan ekoran paras air yang meningkat secara mendadak hingga ke paras bahaya.

Sebelum itu, rata-rata mangsa banjir itu dikatakan mendapatkan perlindungan di sebuah pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai.

Namun situasi dilaporkan bertambah kritikal apabila paras air meningkat sehingga menenggelamkan tiga tingkat dari empat tingkat bangunan sekolah.

Husam dalam pada itu turut menghubungi rakan PR bagi menghulur bantuan terhadap mangsa-mangsa banjir.

“Saya telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya dapat mengirimkan sumbangan tanda solidariti. Alhamdulillah kerajaan Selangor bersetuju dan jumlah bantuan mungkin diumumkan sehari dua ini.

“Saya juga cuba menghubungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi tujuan yang sama tetapi beliau masih berada di luar negara,” jelasnya lagi.

Sinar Harian

Baca lagi >>

Wednesday, 24 December 2014

Mari sama-sama kita bersolat hajat mohon Allah redakan banjir yang melanda

Semua masjid di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan solat hajat dan munajat bagi memohon kepada ALLAH SWT supaya meredakan musibah banjir yang sedang melanda.

Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha berkata ,beliau berharap ia mendapat penglibatan para alim ulama, pemimpin masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia.

Keadaan banjir di salah sebuah sekolah di Kuala Krai
Beliau berkata semoga dengan usaha dan doa itu, ia akan diterima ALLAH SWT sekali gus meredakan musibah yang melanda.

"Ia juga bagi mendoakan keselamatan diri dan harta benda, kesihatan yang baik, keteguhan iman dan diberikan kekuatan kepada mereka yang terlibat termasuk mangsa, petugas keselamatan dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di kawasan berkenaan (dilanda banjir)," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya Jakim melalui masjid utama di bawahnya iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya serta seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan akan bersama-sama mengadakan solat hajat dan munajat secara berterusan bermula hari ini.
Selain itu, Kutipan Derma Khas Masjid juga akan dilancarkan Jumaat ini yang akan disalurkan oleh Unit Bantuan Musibah dan Bencana, Bahagian Dakwah Jakim kepada mereka yang berkenaan, katanya.

Othman juga berharap semua Jabatan Agama Islam Negeri turut mengambil inisiatif yang sama agar masjid dan surau di bawah pentadbiran negeri masing-masing turut menunaikan solat hajat dan munajat.

Bernama

Baca lagi >>

Gua Musang dan Kuala Krai hampir lumpuh (20 gambar)

Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah terutama di Gua Musang dan Kuala Krai, hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 rumah hanyut di Gua Musang, manakala berpuluh lagi kediaman rosak dalam kejadian banjir paling buruk melanda seluruh Hulu Kelantan yang berlarutan sejak pagi kelmarin.

Kampung terjejas teruk ialah Kampung Baru Hulu, Kampung Tiong, Kampung Kolam Mas, Serian dan Limau Kasturi, malah ramai mangsa banjir terperangkap berikutan kenaikan paras air yang mendadak di beberapa sungai utama.

Dalam kejadian banjir besar yang melumpuhkan Bandar Lama Gua Musang itu turut menyaksikan detik cemas bot bantuan mangsa banjir dinaiki lapan orang terdiri daripada pasukan penyelamat dan orang awam terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.

Sementara itu, kira-kira 100 mangsa banjir dilaporkan terperangkap dan terputus bekalan makanan di asrama Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Gua Musang berikutan paras air naik mendadak menenggelamkan pusat pemindahan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan penduduk di Kota Bharu dan beberapa daerah lain dalam keadaan berjaga-jaga apabila air Sungai Kelantan dari hulu dijangka melimpah.

Ia ditambah dengan hampir semua lokasi catatan paras air di Dabong, Tualang, Tangga Krai, Tambatan Diraja, Rantau Panjang dan Pasir Puteh melepasi paras bahaya.

Mengikut e-portal banjir Kelantan, sehingga jam 6 petang semalam, seramai 6,673 keluarga melibatkan 21,600 mangsa banjir ditempatkan di 96 pusat pemindahan seluruh negeri ini.

Daerah Pasir Mas masih lagi mengekalkan angka tertinggi mangsa pemindahan dengan 8,753 orang melibatkan 31 pusat pemindahan, diikuti jajahan Gua musang seramai 4,459 mangsa.

Ia diikuti daerah Kuala Krai dengan 3,663 mangsa, diikuti Tumpat, (3,820), Tanah Merah (307),  Kota Bharu (86), Machang (68).

Jalan Kuala Krai-Kota Bharu-Kuala Krai di Sungai Durian antara 20 jalan yang masih ditutup kepada kenderaan. Begitu juga Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang, Jalan Banggul Kulim tidak boleh dilalui semua kenderaan.

Sinar Harian

Kuala Krai









Gua Musang













Baca lagi >>

Tuesday, 23 December 2014

7 gambar sekitar bandar Terengganu ditenggelami air

Beberapa kawasan rendah di sekitar Bandaraya Terengganu ditenggelami air setinggi setengah meter sekitar jam 10 malam tadi berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat.

Antara kawasan terjejas ialah Bazar Warisan, Pasar Payang, Waterfornt, Pulau Warisan, Pulau Kambing dan Batu Buruk.
Masjid Terapung (foto FB)
Seorang peniaga di Pasar Payang, Abu Bakar Abdul Hamid, 55, berkata, air mula naik jam 9 malam dan dia sempat memindahkan barang niaganya ke tempat tinggi.
Pasar Payang (foto FB)
"Ini kali kedua Pasar Payang dinaiki air sejak 20 tahun saya berniaga di sini dan air naik secara mendadak," katanya kepada Bernama.

Seorang lagi peniaga Noraini Abdullah, 52, berkata, dia juga sempat menyelamatkan beberapa barang niaganya setelah menyedari air semakin melimpah naik ke jalan sekitar pasar itu.

"Sudah lama kawasan ini tidak banjir dan malam ini tidak dijangka air akan naik setinggi ini," katanya.

Turut terjejas banjir ialah kawasan perumahan sekitar Seberang Takir dan beberapa kampung di Pulau Duyong.

Orang ramai turut memindahkan kenderaan mereka di sepanjang Jambatan Sultan Mahamud di sini.

Bernama


Batu Buruk (foto FB)

Jalan Ajil - Kuala Berang (foto FB)

Bawah Jambatan Kuala Ibai (foto FB)

Pulau Kambing (foto FB)

Waterfront (foto FB)

Baca lagi >>