China mengharamkan pegawai kerajaannya merokok di tempat awam bagi memberi contoh kepada penduduk di seluruh negara, yang mempunyai bilang perokok paling ramai di dunia.
Monday, 30 December 2013
Malaysia boleh tiru China peraturan untuk perokok
Isteri cedera parah kena seterika suami
Alor Gajah: Seorang deejay karaoke dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan mencederakan isterinya menggunakan air panas dan seterika di sekitar daerah ini, dua minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Syafiq Ab Aziz, 22, dari Pontian, Johor, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan.
![]() |
MOHAMAD Syafiq dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen. |
Adab ceduk ilmu dan maklumat di Facebook - Ustaz Zaharuddin
Imam Ibn Sirin, Imam Malik dan lain-lain ulama silam berkata:
( هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذوا دينكم)
Ertinya: "Ilmu ini adalah pada martabat agama, justeru perhalusi dari siapa kamu ambil agama kamu".
Sebelum dan semasa mengambil ilmu dari Facebook atau blog mana-mana personaliti, tokoh, ilmuwan, selebriti dan agamawan. Sedarilah TANGGUNGJAWAB BESAR yang DIPIKUL atas bahu kalian, iaitu untuk kenal dan tahu latar belakang yang diikuti dan yang di 'like'.
Dari Genneva Switzerland ke Brickfields Malaysia
Ibu Pejabat Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) yang berpangkalan di Genneva, Switzerland akan berpindah ke Kuala Lumpur bermula tahun hadapan, kata Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.
Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil persetujuan sebulat suara 186 negara yang inginkan negara Asia Pasifik menjadi pangkalan WOSM.
Juara 7 kali F1 Michael Schumacher kritikal
GRENOBLE: Juara tujuh kali Formula Satu (F1), Michael Schumacher, menjalani pembedahan otak dan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terjatuh ketika bermain ski di pergunungan Alps Perancis, awal hari ini.
Ikan pertama ditangkap dijual pada harga RM154,545
Di China Sejumlah penduduk etnik Mongolia menangkap ikan dengan menggunakan teknik yang diamalkan 1,000 tahun lalu.
Mereka menebuk lapisan ais sebelum menggunakan jaring untuk menangkap pelbagai jenis ikan antaranya, ikan kap di Tasik Chagan di wilayah Jilin pada Sabtu lalu.
Lelaki reka dan jahit baju pengantin sendiri
Seorang pengantin lelaki di sini, mereka dan menjahit sendiri pakaian perkahwinannya bersama isteri.
Mohd Amzar Ismail, 28, dari Bukit Mertajam gembira kerana berjaya menghasilkan baju perkahwinannya sendiri tanpa mengharapkan butik pengantin mahupun kedai perkahwinan lain.
![]() |
Amzar dan Ramlah pada hari bahagia dengan pakaian yang direka sendiri. |