Jabatan Meteorologi Pahang hari ini memberi amaran kemungkinan berlakunya gelombang kedua banjir di Pahang bermula 30 Disember.
Menurut Pengarah Jabatan Meteorologi Pahang Azemi Daud, taburan hujan lebat diramalkan berlaku bermula 30 Disember hingga 6 Januari tahun depan terutama di tiga daerah - Kuantan, Pekan dan Rompin.
Sunday, 29 December 2013
Amaran gelombang kedua banjir di Pahang 30 Disember
Penjawat awam mangsa banjir boleh tuntut Insurans
Penjawat awam yang mempunyai akaun pinjaman perumahan Perbendaharaan dan merupakan mangsa banjir baru-baru ini, boleh membuat tuntutan insurans, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Asam garam sepanjang 2013 perceraian selebriti
‘KU sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari..’. Perumpamaan ini barangkali sesuai untuk menggambarkan perkahwinan beberapa selebriti tanah air yang berakhir dengan penceraian.
Biarpun tiada siapa yang mengharapkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta akan terlerai akhirnya, namun siapalah kita untuk melawan suratan.
Rafizi akan anjur pertandingan karang emel palsu dengan hadiah RM1K
MP Pandan Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.
Penyelia kurang ajar tumbuk pekerja enggan cuci sisa tak halal
Kuala Lumpur: Akibat enggan akur kepada arahan supaya mencuci sisa kumbahan daripada saluran makanan tidak halal, seorang juruteknik sebuah pasar raya di Subang Jaya, di sini, cedera di kepala dan sikunya akibat dipukul penyelianya dalam kejadian 19 Disember lalu.
Tetap kahwin di pusat pemindahan walaupun banjir
Di Chenor seorang gadis mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sekara sejak seminggu lalu selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di surau sekolah itu, pagi semalam.
![]() |
Majlis pernikahan Mohd Izwan dan pasangannya, Nor Azrina, 25, selamat berlangsung di surau SK Sekara. |
Jangan beli! Produk kosmetik ini ada racun
Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik Sensual Meiji Skin Renewer Cream yang dikesan mempunyai racun berjadual asid azelaik.
Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datuk Eisah A. Rahman berkata produk yang dikilangkan di Taiwan itu diuji serta dikesan mengandungi racun yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
![]() |
Gambar hiasan |