Saturday, 28 December 2013

Tulisan Tan Sri Ali Hashim yang dikatakan ada unsur derhaka kepada Raja

Ketika artikel minggu lalu di bawah tajuk “Naungan khalifah, sultan dan imam” diterbitkan pada Isnin 25 November lalu,  saya dan isteri telah pun kehilangan Khaled bin Muhammad Ali, anak bongsu kami.

Beliau kembali ke rahmatullah sebelum subuh 23 November, pada umur 20 tahun. Innalillahi wainna ialaihi rajiuun.

Doa saya, ibunya, kakak dan abang-abangnya serta seluruh keluarga: Semoga kematian Khaled diampuni ALLAH Subhanahu Wa Taala. Semoga roh Khaled diletakkan dalam kalangan orang soleh, siddiqin dan syuhada, amiin ya Rabbul alamin.

Buat Khaled: Sebanyak mana sekali pun air mata mengalir, ia tidak akan selama-lamanya mengeringkan, malah tidak setitis pun mengurangkan lautan sedih dan pilu serta cinta rindu kasih sayang di lubuk kalbu ayah dan mama.

Juga, jelas terbukti, kasih sayang dan keprihatinan yang ayah dan mama berikan rupa-rupanya tidak dapat mengisi semua kekosongan dan tidak sampai kepada apa yang Khaled berhak mendapatkan.

Semoga ALLAH SWT mengampuni ayah dan mama atas segala kelemahan, kekurangan, kealpaan, ketidakpekaan dan ketidakprihatinan.

Tiada kata yang dapat saya lafazkan untuk menzahirkan rasa hati, bukan sahaja bagi pihak diri saya sebagai ayah, juga bagi pihak semua yang mengasihi dan mengenali beliau. Biarlah Khaled sendiri yang melahirkan rasa hatinya menerusi kolum Khalifah Bisnes kali ini.

Justeru, berikut saya paparkan sajak beliau tanpa disentuh atau diperbetul sekalipun terdapat kesilapan ejaan dan istilah. Sajak ini terletak paling atas daripada sepuluh sajak beliau tulis yang saya dapati daripada laptop beliau.

Beliau tidak berikan sebarang tajuk kepada sajak ke sepuluhnya ini, seolah-olah penulisannya belum lagi berakhir dan menanti diteruskan.

Jika saya diizinkan memilih tajuk untuknya, mungkin paling sesuai ialah petikan daripada salah satu ungkapan di dalamnya: “Menuntut hak dan menebus masa silam”

....this heart aches at your very thought,
it grows heavier as my memories taunt me,
I can hold back these tears no longer,
many years have passed and I am now a man,
yet I still yearn for you, and that old house on the hill.

rindu dalam hatiku seperti ombak yang memukul pantai,
tidak akan henti sehingga akhir zaman,
sehingga daku dapat kembali ke
tanah asal, jiwaku akan bergelora ingin
kembali, walaupun ke tujuh
lautan ku merantau, Tanjung Puteri
tetap akan di kalbu.

you are the eternal jewel of the south,
the cradle of our civilisation, the custodian of our people,
a sanctuary of hope, an abode of dignity,
they basked in the light of your imperial glory,
and trembled at the might of your warriors.

hari berganti hari tahun berganti tahun,
namun malamku masih menjadi medan air mata,
jangan berani kau persoal cintaku, takkan dapat kau bayang rinduku,
anggaplah pantun ini sebagai janji,
akan datang suatu masa yang akan ku kembali,
menuntut hak dan menebus masa silam.

their blood coarses through my veins, their prayers guide my heart,
this bloodline is an oath of duty, a life of service,
sultan yang adil adalah sultan yang wajar disembah,
sultan yang zalim adalah sultan yang wajib disanggah...

Tulisan :
Tan Sri Muhammad Ali Hashim
Presiden, Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
29 November. 2013.
Muhammad Ali kembalikan darjah kebesaran Johor

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri Johor.

Menurutnya, tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5 Disember lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.

"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya.

"Saya mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada 27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Darjah terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).

Menerusi surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel itu.

"Saya telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi apa-apa motif seperti yang digambarkan.

"Melalui kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri Johor membaca artikel di atas dan menilai sendiri sama ada penulisan itu mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.

Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah'.
Sumber : Sinar Harian 1, 2

Baca lagi >>

Gambar balut keranda dengan bendera PAS jadi isu hangat

Anggota keluarga kepada seorang penyokong PAS beragama Hindu memilih membalut keranda seorang saudara mereka dengan bendera parti Islam itu kerana perjuangan dan pengorbanannya mendiang.

3 gambar Ketua Wanita DHPP Cawangan Kota Raja meninggal dunia yang kerandanyanya di balut dgn Bendera PAS:

Malah, Letchumee Mutusamy meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk membuka akaun bank untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kawasannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua DHPP Kota Raja Rashmanan Subramaniam kepada Malaysiakini semalam.

Menurutnya, Letchumee, meninggal dunia apabila motosikal yang digunakannya berlanggar dengan sebuah lori treler ketika dalam perjalanan ke sebuah bank di bandar Klang.

Rashmanan berkata, Letchumee yang meninggal dalam usia 56 tahun itu bergiat aktif bersama PAS, terutamanya dalam isu membela nasib wanita dan keluarga, walaupun berlainan agama.

"Sebagai ketua DHPP Kota Raja, pemergiannya buat saya rasa kehilangan orang kanan, beliau seorang yang mempunyai personaliti kepimpinan, termasuk dalam pilihan raya umum ke-13.

"Sebab itu kita sepakat balut keranda dengan bendera PAS," kata Rashmanan.

Menurutnya lagi, mendiang selalu mengadakan program bersama Anggota Parlimen Kota Raja Mariah Mahmud dan terlibat sambutan kaum India dengan masyarakat setempat seperti pesta Ponggal.

Dr Mariah: Kami macam adik beradik 

Sementara itu, Dr Mariah (bawah) berkata, pemergian mendiang dirasakan suatu kehilangan memandangkan keakraban hubungan mereka.

Justeru, beliau yang hadir pada hari pengebumian memaklumkan kepada Malaysiakini, permintaan keluarga mendiang untuk menggunakan bendera PAS untuk membalut keranda dipersetujui sebagai tanda penghormatan terakhir.

"Pada hari pengebumian itu, keluarga mendiang memohon untuk menggunakan bendera PAS, takkan kita nak kata tak boleh, kita semua sepakat membenarkan.

"Bagi saya ini satu penghormatan buat beliau dan penghormatan bagi PAS. Lagipun dia penyokong kuat PAS, dia rasa dekat dengan parti. Kita dan macam adik beradik kemesraan itu dah lama wujud.

"Ia sama seperti penghormatan terakhir diterima tentera pada hari pengebumian," kata Dr Mariah.

Jawab sindiran di Internet

Bagaimanapun, terdapat persepsi negatif yang dilontarkan pembaca di alam maya berhubung perkara itu dan mengaitkannya dengan isu agama dan politik.

Ada sebahagiannya yang menyindir langkah itu, antaranya komen seorang pemilik Facebook:
"Kalau balut (guna) bendera PAS dapat syurga ke?

Dr Mariah bagaimanapun menjelaskan, langkah itu tidak menyentuh isu akidah sebaliknya sebagai tanda penghormatan terakhir untuk mendiang.

"Ia juga tiada kena mengena dengan akidah," kata pemimpin Muslimat PAS itu.

"Saya hargai perjuangan beliau dan keluarga selama ini walaupun dia tahu kita parti PAS perjuangkan Islam tapi atas kemahuan mereka nak menunjukkan rasa bangga menjadi sebahagian daripada PAS maka mereka letak (kedudukan) atas sekali bendera PAS."

Baca lagi >>

Gambar Tuan Guru Nik Aziz hadiri Majlis Fizo Omar dan Mawar

YB Tuan Guru semasa menghadiri undangan majlis kesyukuran perkahwinan Fizo Omar dan Mawar di kediamannya di Selising, Pasir Puteh tengahari tadi.

Sumber : FB Tuan Guru Nik Aziz

Baca lagi >>

Amirulhadi Zainal sah milik JDT tetapi didenda RM25 ribu

Pemain tengah Mohd Amirulhadi Zainal terlepas daripada hukuman penggantungan sebaliknya hanya didenda RM25,000 oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas Jawatankuasa Status Pemain badan induk itu memutuskan dia menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT) kerana kontraknya bersama Pahang tidak sah.

Keputusan yang dibuat hasil perbicaraan jawatankuasa itu semalam sekali gus menamatkan isu perebutan pemain antara Pahang dan JDT selepas pihak pengurusan skuad Tok Gajah mendakwa Amirulhadi, 27, sudah menandatangani kontrak dengan mereka sebelum mencetuskan kontroversi hadir pada majlis pengenalan pemain JDT minggu lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain Datuk Takiyuddin Hassan, selepas memanggil wakil persatuan negeri terbabit selain Amirulhadi untuk memberi keterangan semalam, mereka mendapati terdapat keraguan dalam kontrak baru pemain itu bersama pasukan asal, Pahang.

“Selepas meneliti kontrak dan mendengar penjelasan daripada pihak terbabit dalam kes ini, kami mendapati kontrak Amirulhadi dengan Pahang meragukan jadi kami menganggap kontrak itu tidak sah. Pemain ini bagaimanapun didapati bersalah kerana tidak mendedahkan keadaan sebenar kontrak terdahulu kepada pasukan baru (JDT) dan dia juga tidak membuat pengesahan dengan Pahang sebelum pergi ke pasukan yang baru.

“Kerana melanggar Peraturan Status dan Perpindahan Pemain FAM, pemain ini didenda RM25,000 berdasarkan Artikel 2, Perenggan 5 (C) (i) dalam Lampiran 3A. Jadi kontrak Amirulhadi dengan PBNJ (Persatuan Bolasepak Negeri Johor) adalah sah. Dalam hal ini PBNJ perlu memohon sijil perpindahan antara pasukan dengan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP).
Sumber : Harian Metro

Baca lagi >>

Penjara 20 tahun untuk peserta himpunan 31 Disember

Pihak polis hari ini memberi amaran supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan 'haram' pada 31 Disember ini atau bersedia menghadapi tindakan undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh (gambar) berkata, mereka tidak akan teragak-agak bertindak bawah Seksyen 124(B) dan Seksyen 124(C) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu berkaitan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun.
Amar (kiri) bagaimanapun berkata, polis tidak bercadang melakukan tangkapan awal tetapi pihaknya akan sentiasa memantau pergerakan pihak terbabit pada hari itu.

Mengulas kenyataan pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) Azan Safar yang menegaskan kumpulannya tidak bercadang menggulingkan kerajaan, Amar menegaskan bahawa himpunan itu tetap salah di sisi undang-undang.

"Sebarang penganjur yang hendak anjur sebarang aktiviti hendaklah bagi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan," katanya.

TURUN merupakan penganjur utama perhimpunan membantah kenaikan harga barangan dan kos sara hidup, yang dianggap polis bertujuan menggulingkan kerajaan.

Bagaimanapun kata Amar, polis memberi jaminan yang orang ramai tidak perlu risau dengan kumpulan berkenaan dan sambutan ambang tahun baru akan berjalan tanpa masalah.

"Pada malam 31 (Disember) memang selamat untuk orang awam buat apa mereka mahu (untuk sambut tahun baru)," katanya.
Sumber : malaysiakini

Baca lagi >>

Ini nasihat Prof Muhaya yang telah dikritik pembaca

Isu peningkatan kos hidup sering dikaitkan dengan bebanan kehidupan terutama buat golongan kurang mampu.

Malah ada yang menuding jari ke arah sesetengah pihak ekoran harga barang semakin mahal dan kesempitan hidup mencengkam kehidupan.

Namun, berbeza pula dengan penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad yang melihat perkara itu dari sudut positif.

Menurutnya, umum menanggap peningkatan kos hidup sebagai satu perkara negatif sehingga hasilnya kekal negatif tanpa ada sebarang perubahan.

Video ucapan Prof Muhaya:

“Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku.

“Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur dengan respons kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif, respons kita negatif,  hasilnya mesti negatif. Jadi, kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut mengenai formula tersebut, beliau menyarankan agar orang ramai menggunakan kemahiran yang ada dengan lebih bermanfaat.

Jangan kata kita tak mampu beli barang itu, kita tanya bagaimana untuk saya lebih mampu? Nilai berapa jam masa digunakan untuk benda yang produktif?

“Contoh sebelum ini kita tonton TV lima jam, apa yang kita dapat? Kalau wanita yang ada bakat, tingkatkan pendapatan melalui online, berniaga sambal tumis dan sebagainya. Orang lelaki mungkin boleh bekerja lebih,” katanya.

Jelasnya, corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan.

“Saya rasa kita kena mengatur cara kita berbelanja. Bagi orang yang merokok, merokok itu memang membakar wang. Kenapa harus merokok juga?

“Bagi orang yang berbelanja pula, audit balik perbelanjaan kita. Air gas, ais krim semua itu tidak membina nutrisi kita, jadi, kalau tak boleh tingkatkan pendapatan, kita kurangkan perbelanjaan yang tidak penting,” katanya.

Katanya, keberkatan daripada wang yang diperoleh juga penting diberi penekanan.

“Ada dua jenis manusia. Satu, merungut dan mengeluh. Sibuk hidup dari luar ke dalam. Macam-macam alasan. Dia sibuk mencari faktor di luar daripada faktor dirinya sendiri.

“Manusia diberi duit berdasarkan nilai yang diberi kepada dunia. Kita gaji RM1,000 tetapi kerja macam RM800, tak berkat duit. Tapi kalau gaji RM1,000 kerja macam RM2,000, ALLAH akan beri keberkatan RM2,000 itu kepada kita. Ini undang-undang sunnatullah,” katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menyampaikan pesanan buat orang ramai.

“Ingat ya, ALLAH sudah tetapkan rezeki, kita jangan sibuk dengan benda yang ALLAH dah jamin hingga terlupa tanggungjawab kita. Saya perhatikan, banyak orang yang cuai dengan tanggungjawab dan ketika itulah duit tak cukup, kereta rosak dan sebagainya.

“Jaga ALLAH, ALLAH urusan dunia kita. Kita kejar akhirat, dunia kejar kita. Itu konsep nak hilangkan tekanan. Kalau kita tak bersyukur, kita akan mengeluh, merungut. Kalau bersyukur, aura positif magnet kepada benda yang positif. Ini yang membuatkan kita tertekan,” katanya.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Faham betul-betul kenapa Prof Muhaya nasihat begitu

Gara-gara mengeluarkan kenyataan pada artikel Prof Muhaya : Solusi Keluar Dari Bebanan Hidup yang disiarkan Sinar Harian Online, Selasa lalu, penceramah terkenal, Prof Dr Muhaya Mohamad dikritik pembaca kerana disifatkan tidak prihatin nasib rakyat.

Melalui sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Youtube, Prof Muhaya menjelaskan mengenai perkara tersebut.
“Saya bukan ustazah, bukan ahli politik dan bukan ahli ekonomi. Saya cuma pencetus inspirasi yang semua orang sudah tahu, gaya saya bercakap...Kita mesti faham bahawa ada benda yang kita boleh kawal dan tidak boleh kawal.

“Apabila ditanya bagaimana nak tangani beban orang yang tengah serabut...memang banyak pihak yang nak saya buat kenyataan memarahi pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Tapi, pada saya, itu semua banyak dah orang yang cakap.

"Jadi, peranan saya sebagai seorang yang berusia 50-an, ada pengalaman, saya memang sangat yakin bahawa cara kita melihat sesuatu akan mengubah tindakan, persepsi atau interpretasi kita terhadap perkara itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan soal 80 peratus dalam kehidupan adalah untuk mencari solusi sementara bakinya untuk melihat masalah.

“Katakanlah, minyak atau susu tumpah. Adakah kita nak lap susu itu atau nak bergaduh siapa yang tumpahkan susu itu?

“Saya nak katakan di sini bahawa kita mesti melihat kehidupan dengan 80 peratus mencari solusi dan 20 peratus untuk melihat masalah,” katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyebut kenyataannya dalam artikel tersebut menunjukkan bahawa dirinya tidak prihatin terhadap kesusahan rakyat.

“Saya bukan ahli politik dan prinsip saya adalah tidak membuat kenyataan berbaur politik. Untuk situasi ini, bukan tidak prihatin. Siapa yang tidak prihatin...memang kasihan.

“Tetapi kalau kita kasihan, ramai orang yang susah, takkanlah kita nak ambil duit beri kepada semua orang susah itu? Kalau kita beri pun, ia dipanggil langkah sekejap.

“Tetapi bagaimana kita nak ‘empower’ seseorang? Ataupun beri kuasa atau membuat seseorang itu melakukan apa yang boleh pada situasi terdesak ini untuk menghadapi suasana tersebut?,” katanya.

Tambahnya, “saya seru kepada yang membuat dasar, kalau boleh kita prihatin dan janganlah kita melakukan sesuatu yang membebankan orang. Kerana kalau kita melepaskan beban orang, insya-ALLAH, ALLAH akan melepaskan beban kita,” katanya.

Jelasnya, “saya nak jelaskan, saya buat video ini pun bukan untuk justifikasi...takut orang tak suka, takut orang marah. Sebenarnya, saya dah maafkan semua orang yang mengata tak elok tentang saya. Saya tak rasa marah langsung. Saya faham dan rasa kasihan.”
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Perodua bermurah hati bantu periksa kereta mangsa banjir

Pembuat kereta nasional kedua, Perodua, menawarkan bantuan kepada mangsa banjir kilat di Rawang, Selangor melalui rebat untuk khidmat menunda kenderaan, diskaun untuk gantian bahagian tertentu dan dan pemeriksaan percuma menilai kerosakan kenderaan Perodua yang terbabit.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata bantuan itu untuk meringankan beban mereka yang terlibat dalam bencana itu dan pelanggan boleh menghubungi talian pengguna Perodua 1800-88-6600 bagi mendapatkan makumat atau talian 1800-88-5555 untuk bantuan tunda Perodua Smart Assist.

Mengenai bantuan menunda, Aminar berkata pelanggan boleh menuntut sehingga RM100 daripada Perodua (mengikut syarat yang ditetapkan).

Perodua juga menawarkan diskaun 20 peratus untuk bahagian tertentu yang diganti seperti bahan elektronik, karpet, tempat duduk, perapi pintu dan baik pulih gasket enjin.

"Selain mangsa banjir di Rawang, kami juga telah menghantar bantuan ke pantai timur yang dilanda banjir teruk baru-baru ini termasuk sumbangan setakat ini sejumlah RM150,000 tunai dan barang kepada mangsa di Kuantan dan Kemaman serta menggerakkan sukarelawan Perodua untuk membantu pihak berkuasa di beberapa kawasan yang terjejas banjir," kata Aminar.

Beliau berkata mangsa banjir itu turut melibatkan kakitangan Perodua dan syarikat itu memberikan bantuan khas bagi menolong mereka.
Sumber : Bernama

Baca lagi >>