Monday, 23 December 2013

Najib dan Rosmah tunai umrah

MAKKAH - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razadan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram di sini pada Ahad malam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tiga kanan) ketika melakukan tawaf mengelilingi Kaabah di Mekah, malam tadi.
Najib memulakan tuntutan ibadah itu dengan bertawaf mengelilingi Baitullah, sebanyak tujuh kali bersama Rosmah.

Selesai bertawaf, perdana menteri dan isteri mengerjakan solat sunat tawaf sebelum melakukan ibadah Sai'e dan bertahallul.
   
Dalam kesibukannya sebagai perdana menteri, Najib telah ke tanah suci menunaikan ibadah haji bersama Rosmah pada 2011.
   
Dan    semalam, Najib diberi layanan berstatus tetamu negara di Madinah untuk lawatan kerja empat harinya di Arab Saudi.
    
Pada pagi Isnin, perdana menteri bertemu rakyat Malaysia di Restoran D'Saji dalam suasana santai sambil bersarapan. 
Sumber : Bernama

Baca lagi >>

Video ngeri letupan di Selatan Thailand

Danok (Thailand): Kerajaan Thailand mengesahkan tiada rakyat Malaysia mengalami kecederaan mahupun terbunuh dalam kejadian letupan bom, di sini, semalam.

Datuk Bandar Sumnukham, Kecha Benjakern berkata, seramai 27 mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Sadao, manakala dua lagi yang mengalami kecederaan serius sudah dihantar ke Hospital Hatyai untuk rawatan susulan.
Menurutnya, kawasan sekitar insiden letupan bom akan ditutup selama seminggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan selain urusan pampasan insurans.

"Kerajaan Thailand akan memberi pampasan kepada semua mangsa yang cedera dan kejadian ini sememangnya di luar jangkaan.

"Kami berharap pelancong terutamanya rakyat Malaysia tidak perlu takut dengan keadaan itu memandangkan pihak kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pekan Danok antara tiga tempat digegarkan dengan letupan bom di selatan Thailand, semalam.

Sebelum itu, dua letupan berlaku di Balai Polis Padang Besar, Thailand dan di pekarangan Balai Polis Sadao, di Songkhla tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku melainkan kerosakan beberapa kenderaan.

Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand jam 11.30 pagi, disusuli letupan sama di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer dari lokasi pertama.

Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.

Letupan ketiga berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok apabila bahan letupan dipasang pada kereta yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan jam 1.45 tengah hari.
Sumber : Harian Metro

Baca lagi >>

Punca banjir di Gaza adalah kerja jahat Israel

Jawatankuasa Bertindak Bencana Kerajaan Gaza mengumumkan bahawa pihak berkuasa Israel telah membuka empangan hanya di timur Semenanjung Gaza, banjir banyak mengenai kawasan perumahan di kampung-kampung yang berdekatan dengan persisir pantai.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Gaza, Yasser Shanti antara sebab utama limpahan air yang banyak dan menyebabkan banjir teruk di beberapa kawasan di Dier-Balah dan Tengah Gaza kerana pihak Israel telah melepaskan air empangan mereka ke arah Gaza.
Pihak Jawatankuasa Bencana Alam Gaza hanya ada masa beberapa jam untuk memberi amaran kepada penduduk sekitar dan persiapan untuk proses pemindahan.

Keadaan banjir dan musim sejuk ditambah pula dengan sekatan oleh kerajaan Mesir amat menyukarkan mereka mendapatkan bekalan makanan dan persediaan musim sejuk.

Kekurangan bahan api telah menyebabkan kehidupan harian di Semenanjung Gaza semakin tersepit. Mesin pengisar perlahan-lahan terpaksa dihentikan sejak awal November lagi. Loji jana kuasa dan pam air juga terpaksa ditutup dan perkara ini telah menafikan keperluan asas untuk penduduk Gaza.

Kekurangan bahan api diesel adalah hasil daripada sekatan tujuh tahun yang ketat dan panjang dikenakan ke atas wilayah Gaza oleh Israel dengan sokongan Mesir.

Semenanjung Gaza telah berada di bawah sekatan ekonomi yang teruk yang dikenakan oleh negara Israel sejak 2006.
Sumber : Mesir Kini

Baca lagi >>