Sunday, 22 December 2013

Pecah rumah kemudian tinggal tahi di ruang tamu

Ipoh: Polis bandar raya ini berusaha menjejaki kumpulan penjenayah biadab yang didakwa mempunyai hobi aneh gemar membuang air besar di rumah mangsa selain meninggalkan najis di ruang tamu kediaman diceroboh masuk.
Keadaan ruang tamu rumah mangsa yang digeledah suspek.
Kumpulan penjenayah terbabit yang mendapat jolokan geng tahi dipercayai mengamalkan ilmu hitam berdasarkan perbuatan itu yang pernah dilakukan penjenayah warga asing bagi tujuan memukau penghuni kediaman.

Sumber polis berkata, penjenayah dikesan gemar memecah masuk kediaman melalui pintu belakang sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari barang berharga terutama wang, barang kemas, komputer dan telefon bimbit.

Menurutnya, dalam kes terbaru, kumpulan penjenayah terbabit dikesan memecah masuk rumah di Taman Aked, Menglembu, di sini, ketika penghuninya keluar atas urusan perniagaan.

“Kejadian pecah masuk rumah itu hanya disedari pemilik rumah apabila pulang ke kediamannya pada jam 2 petang, kelmarin.
Sumber : Harian Metro

Baca lagi >>

Api menyambar 3 pekerja restoren

Kuala Lumpur: Empat pekerja restoran di sebuah pasar raya di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini melecur akibat disambar api selepas ketuhar di dapur mereka bekerja tiba-tiba meletup, semalam.
Keadaan dapur sebuah restoran yang meletup.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20-an sedang memasak, manakala seorang lagi bertugas di kaunter.

Seorang mangsa yang enggan dikenali namanya memberitahu, ketika kejadian dia berada di kaunter menguruskan pelanggan dan terkejut mendengar bunyi letupan kuat dari arah dapur.

“Saya terus berlari ke arah dapur dan melihat dua rakan sekerja serta penyelia sedang memadam api pada ketuhar.

“Selepas api berjaya dipadam, penyelia membuka pintu ketuhar untuk memeriksa keadaan di dalam, namun sebaik pintu dibuka ketuhar itu meletup sambil api menyambar ke arah mereka bertiga.
Sumber : Harian Metro

Baca lagi >>

Capai sasaran emas ke-40 hadiah berharga untuk negara

Tiada hadiah lebih berharga buat ketua kontinjen negara ke Sukan Sea Myanmar, Datuk Amiruddin Embi yang menyambut hari lahir ke-67 hari ini, selain kejayaan Malaysia mencapai sasaran 40 pingat emas.
Pasangan Penerjun negara, Muhammad Nazreen dan Ooi Tze Liang ceria selepas menerima pingat emas ke-40 negara dalam acara Terjun Platform 10m Seirama Lelaki sempena Sukan Sea Myanmar Ke-27.
Amiruddin berkata kejayaan atlet negara menepati sasaran itu cukup bermakna kepadanya dan menaikkan lagi semangat untuk memastikan sukan negara berada di tahap lebih tinggi.
    
"Ini hadiah ulang tahun kelahiran yang sentimental. Saya percaya kita mampu menambah beberapa pingat emas lagi," katanya kepada pemberita di Pusat Akuatik Wunna Theikdi di sini hari ini.
Malaysia berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas apabila gandingan Ooi Tze Liang/Muhammad Nazreen Abdullah mengungguli acara 10m platform lelaki.
    
Lebih manis lagi, sambutan ulang tahun kelahiran Amiruddin yang juga Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia, diraikan di pusat akuatik berkenaan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Presiden Kesatuan Renang Amatur Malaysia.
    
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Seri Zolkples Embong.
    
Acara ragbi bagaimanapun tidak dipertandingkan dalam temasya di Myanmar ini. 
Sumber : Bernama

Baca lagi >>

Berita cubaan bunuh General Sisi tersebar meresahkan tentera Mesir

Kaherah – Pihak tentera Mesir mulai resah dan bimbang setelah berita tentang cubaan membunuh As-Sisi tersebar luas di medan sosial seperti Facebook. 
As-Sisi diberitakan terbunuh pada 17 Oktober lalu di dalam sebuah perjumpaan tentera di Alexandria. Bahkan individu yang melakukan cubaan membunuh ke atas As-Sisi tersebut mendakwa menggunakan peluru yang mampu menembusi baju kalis peluru kerana As-Sisi selalu memakai baju kalis peluru. 

As-Sisi diberitakan cedera di bahagian paru-paru dan kakinya. Individu yang melakukan cubaan bunuh tersebut dikatakan terus dibunuh untuk menutup berita tersebut.
Namun pihak tentera menafikan berita tersebut melalui pelbagai media kerajaan. Ini dilakukan supaya anggota tentera yang ada tidak merasa lemah semangat atas berita tersebut. Ini kerana semangat tentera As-Sisi makin mengendur setiap hari semenjak berlakunya rampasan kuasa.

Di antara pihak media yang menafikan berita tersebut ialah surat khabar Al-Watan yang menyatakan bahawa berita tersebut tidak benar dan mendakwa As-Sisi dalam keadaan yang sihat dan sedang menjalankan tugasnya sebagai menteri pertahanan.

Surat khabar Ahram, laman Mishrawi dan juga Yaum Sabi’ melaporkan berita tentang perjumpaan yang dihadiri oleh As-Sisi. Hairannya, gambar-gambar yang dimuatkan kelihatan berbeza-beza. Ada gambar yang menunjukkan As-Sisi memakai pakaian musim sejuk dan ada gambar yang menunjukkan As-Sisi memakai pakaian musim panas.

Laman Egyptwindow melaporkan bahawa As-Sisi sedang dirawat di sebuah hospital di Arab Saudi. Dilaporkan As-Sisi perlu memotong kakinya tetapi ditolak kerana tidak mahu terkeluar dari tentera. As-Sisi memilih untuk membiarkan kakinya tidak dipotong walaupun akan menghadapi cacat kekal.
Sumber : Mesir Kini

Baca lagi >>