Thursday, 19 December 2013

Noh Omar cabar Kerajaan Selangor beli saham majoriti

Kerajaan Selangor dicabar membeli saham majoriti dalam syarikat konsesi lebuh raya jika benar-benar mahu membantah kenaikan tol, kata Datuk Seri Noh Omar.
Pengerusi Umno Selangor itu berkata, kerajaan negeri memiliki saham antara 20 dan 30 peratus dalam syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu dan bagaimana mahu mempengaruhi keputusan pemegang saham majoriti.
Beliau berkata, kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membantah kenaikan itu hanya menangguk di air keruh kerana mereka sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa.

“Pengumuman kerajaan Selangor itu sekadar ‘preemptive’ dalam usaha mendapat sokongan rakyat menerusi publisiti perkara yang belum pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Abdul Khalid bahawa Selangor akur dengan pandangan penasihat umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya membantah kenaikan tol berkenaan.

Noh berkata, Umno Selangor berharap kerajaan pusat tidak menaikkan kadar tol kerana ia bakal menjejaskan semua pihak lebih-lebih hampir semua pintu masuk Selangor menggunakan jalan bertol.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Kerajaan Selangor arah PKNS bantah kenaikan tol

Kerajaan Selangor mengarahkan anak syarikatnya seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki pegangan minoriti saham di beberapa syarikat lebuh raya menentang kenaikan kadar tol tahun depan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun mengaku keputusan terakhir akan dibuat lembaga pengarah lebuh raya berkenaan dan bukan keputusan kerajaan negeri.
"Kami telah arahkan ahli lembaga pengarah yang mewakili PKNS dalam syarikat konsesi membuat beberapa cadangan kepada syarikat ini untuk meminta tidak dinaikkan tol tersebut demi menjaga kepentingan rakyat.

"Kita harap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga syarikat," kata Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.
Ketiga-tiga lebuh raya itu ialah Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint di mana PKNS memiliki tidak lebih 30 peratus saham di setiap satu syarikat.

Khalid berkata walaupun tidak mempunyai kuasa majoriti, kerajaan negeri Selangor bertanggungjawab dan wajib sedaya upaya menunaikan tanggungjawab ke atas warga Selangor.

"Saya pasti pemegang majoriti saham berkenaan akan lebih memikirkan soal aliran wang dan bukannya hal ini... tapi apapun, Kerajaan Negeri mempunyai tanggungjawab terhadap rakyat.

Menurut Khalid, PKNS telah mendapat pulangan pelaburan yang tinggi.

“Kita rasa pulangan pelaburan PKNS sudah cukup baik dan tak perlu dtingkatkan lagi menerusi kenaikan harga tol,” jelas beliau.

"Kita tidak perlu ambil kesempatan mengaut keuntungan melampau hanya kerana Kerajaan Pusat gagal memastikan aliran tunai yang baik," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata, beliau setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Semalam, 15 lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Selangor melalui Kumpulan Perangsang memiliki 20 peratus saham masing-masing di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint manakala PKNS menguasai 30 peratus saham di Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).
Sumber : Malaysiakini

Baca lagi >>

Malaysia tewas kepada Indonesia dalam penentuan Penalti

Tahniah diucapkan kepada kedua pasukan kerana menunjukkan semangat juang tinggi yang membawa perlawanan hingga ke penentuan Penalti.
Keudukan 1-1 dalam 90 minit perlawanan membaca kepada masa tambahan 30 minit dan penentuan penalti.

Dalam penentuan penalti Malaysia hanya berjaya jaringkan 3 gol manakala Indonesia 4 gol.

Akhirnya Malaysia terpaksa akur di tangan Indonesia dalam bola sepak Sukan SEA kali ini setelah menjuarai 2 kali berturut-turut sebelum ini.

Semoga tim Malaysia di bawah kelolaan Ong Kim Swee terus bersemangat untuk menghadapi perlawanan di masa hadapan.
Keputusan penuh:
► Malaysia 1 - 1 Indonesia
Penalti:
► Malaysia 3 - 4 Indonesia

Sepakan Pertama
► Thamil Arasu (Malaysia) ☞ Gagal
► Alfin (Indonesia) ☞ Gol
Sepakan Kedua
► Sharul (Malaysia) ☞ Gagal
► Diego (Indonesia) ☞ Gol
Sepakan ketiga
► Nazmi (Malaysia) ☞ Gol
► Mahalhadi (Indonesia) ☞ Gagal
Sepakan Keempat
► Fazli Shas (Malaysia) ☞ Gol
► Yandi (Indonesia ☞ Gol
Sepakan kelima
► Rozaimi (Malaysia) ☞ Gol
► Pahabol (Indoneia) ☞ Gol

Tamat perjuangan Malaysia untuk pingat emas.
Sumber : MFT

Baca lagi >>

Linda Onn bakal berkahwin dengan Kerabat Diraja

Penyampai radio Suria FM, Linda Onn mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember ini.

Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn, 36, bagaimanapun berkata, majlis pernikahan itu akan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.

"Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini.

"Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah," katanya ketika ditemui di stesen radio Suria FM di sini pada Rabu.
Linda diminta mengulas laporan sebuah akhbar pada Rabu mengenai khabar angin pernikahannya dengan seorang kerabat diraja pada 27 Disember depan yang akan diadakan di kampung halamannya di Johor Baharu.

Pasangan itu juga dilaporkan sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama Islam daerah itu.

Linda dikatakan akan mengadakan majlis bersejarah tersebut secara sederhana dan hanya menjemput sahabat handai dan ahli keluarga terdekat sahaja bagi menghadirinya manakala majlis resepsinya pula akan diadakan di Kuala Lumpur.

Dia juga enggan memberitahu dari negeri manakah kerabat tersebut berasal.

Dalam perkembangan sama, Linda berkata, dia akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan dalam masa terdekat ini.
Sumber : mStar

Baca lagi >>

Bapa rogol anak tiri kena tambah hukuman

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini menambah tempoh hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Sesyen ke atas bekas anggota polis berpangkat Sarjan yang didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tirinya dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim menambah hukuman kepada 18 tahun daripada 12 tahun yang dikenakan Mahkamah Sesyen pada Mei lalu terhadap Idrus Ayob, 56, setelah beliau membenarkan rayuan pihak pendakwa.

Beliau memerintahkan Idrus menjalani hukuman daripada tarikh jatuh hukum yang ditetapkan Mahkamah Sesyen pada 3 Mei lepas.
Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman penjara 12 tahun ke atas Idrus selepas dia didapati bersalah melakukan sumbang mahram terhadap anak tiri perempuannya di sebuah rumah di Jalan Air Itam pada 18 Nov 2011.
Gambar Hiasan
Idrus diwakili peguam bela Amirul Fairuzzeen Jamaluddin sementara Melissa Mohd Awal bertindak selaku peguam pemerhati kepada keluarga mangsa.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit. 
Sumber : Bernama

Baca lagi >>

Azam tahun baru untuk 'Tahun Naik Harga'

Saya boleh faham jika ramai malas mahu fikir tentang azam tahun baru, walaupun kita sudah hampir di ambang 2014.

Barangkali ada yang mahu mengisytiharkan tahun 2014 sebagai ‘Tahun Bersusah Hati”. Lebih tepat kalau disebut ‘Tahun Naik Harga’. Tentunya pembaca budiman tahu kenapa.

Kata orang, yang turun hanya hujan. Lain daripada itu semuanya naik. Ada yang sudah naik dan ada yang ‘berbaris’ untuk naik.
Tidak lama selepas PRU13, ramai terpinga-pinga apabila harga minyak RON95 naik 20 sen seliter, kemudian harga gula pula naik 34 sen sekilogram.

Tindakan pantulannya, pelbagai harga barang, makanan dan kos perkhidmatan turut naik.
Tambang bas, sewa bas sekolah, sewa teksi, sewa lori, harga ayam, roti canai, teh tarik dan macam-macam lagi harga barang dan upah perkhidmatan yang disedari atau tidak, naik atau mahu dinaikkan.

Tahun depan juga nampaknya boleh dilabel sebagai ‘Tahun Misali’ dari aspek kenaikan harga dan bayaran perkhidmatan.

Kadar tarif elektrik akan naik, tambang transit aliran ringan (LRT) akan naik, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dikuatkuasakan (pada 2015), perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam proses untuk ditandatangani dan berita terbaharu dan paling mencabar ialah kadar tol di 15 lebuh raya di seluruh negara juga akan naik.

Ada yang menyebut kenaikannya ialah antara 50 sen dan RM1.

Yang muktamad belum diketahui, tetapi Sinar Harian, akhbar cakna yang memilih tajuk muka depan ‘TOLONGLAH JANGAN NAIK’ kelmarin dan ‘TAK PERLU NAIK’ semalam, menyiarkan kadar kenaikan tol yang menjadi spekulasi.

Antaranya Lebuhraya Smart (naik RM1), Sungai Besi Besraya (naik RM0.70) dan Kuala Lumpur-Putrajaya (naik RM1). Semuanya belum sah, namun ia tetap membimbangkan pengguna biasa.

Menurut menteri, yang juga bekas ahli korporat, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, pengguna jalan raya yang anggap kenaikan tol itu terlalu tinggi boleh guna jalan alternatif.

Tidak diragui beliau berniat baik, tetapi malangnya, dalam ‘cuaca panas’ seperti ini, nasihatnya itu jadi bumerang.

Ada pengguna yang cabar beliau tunjukkan jalan alternatif yang tidak perlu bayar tol untuk ke Kuala Lumpur dan Petaling Jaya kepada mereka yang tinggal di kawasan Kajang, umpamanya.

Selain kawasan itu dan di Lembah Klang, tentu ada banyak lagi kawasan di mana pengguna jalan raya tidak boleh elak lebuh raya bertol.

Maaf cakap, bila membaca nasihat Abdul Wahid, teringat pula kenyataan seorang menteri yang pernah menasihatkan pengguna supaya jangan makan ayam jika harga ayam naik.

Teringat juga riuh-rendah berlaku berikutan isu menetapkan jangka hayat kenderaan di jalan raya, baru-baru ini.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon berkata, kenderaan yang berusia terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

“Kebanyakan kereta direka bentuk untuk jangka hayat antara lima dan 12 tahun,” katanya.

Kenyataannya mengundang pelbagai reaksi. Banyak pihak - ahli politik, NGO dan individu - tidak setuju sekiranya kenderaan lebih 12 tahun diharamkan di jalan raya.

Mereka menentangnya atas alasan jika ia dikuatkuasakan, rakyat biasa akan menanggung hutang hingga selepas mati.

Bagi yang kaya dan mampu, barangkali ia bukan suatu masalah, tapi bagaimana dengan orang biasa yang tidak banyak wang, tapi perlu membayar hutang, bil dan sebagainya yang makin meningkat?

Ada kah statistik menunjukkan kenderaan lama menyebabkan banyak kemalangan?

Setahu kita, kereta lama lebih digunakan pada jarak dekat. Yang banyak terlibat dalam kemalangan ngeri ialah kenderaan baru.

Maknanya kemalangan berlaku bukanlah kerana usia kenderaan, tetapi akibat cuai dan kelajuan.

Apa pun agak selesa sekejap apabila Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi memberitahu Dewan Negara baru-baru ini kerajaan tidak bercadang melaksanakan polisi jangka hayat kenderaan.

Katanya, sebarang cadangan berhubung perkara itu perlu diperhalusi dari aspek sosioekonomi kepada rakyat.

Dalam kes ini, pemilik kereta lama, buat sementara, boleh berasa lega dan tidur lena, tetapi ini tentunya bukan penamat bagi segala masalah berkaitan kenaikan harga dan kos hidup.

Lepas ini entah apa pula barang yang akan naik harga.

Tongkat dagu dan tunggu.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Arjun Rampal punca Hrithik Roshan bercerai?

Berita penceraian Hrithik Roshan dan isterinya, Sussane yang mula dilaporkan sejak Sabtu lalu sememangnya mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat aktor tersebut.
Hrithik Roshan bersama isterinya Sussane.
Apatah lagi, berita tersebut bukanlah khabar angin kerana ia disampaikan sendiri oleh Hrithik kepada media.

"Setelah 17 tahun bersama, Sussane meminta cerai. Ini adalah masa yang sangat getir buat keluarga kami dan saya berharap semua pihak dapat memberikan ruang privasi buat saya.

"Berita ini bukan sahaja mengecewakan peminat, bahkan keluarga saya. Namun saya sudah mencuba semaksimal mungkin untuk menyelamatkan perkahwinan kami," ujarnya.
Bagaimanapun, terbaru, nama Arjun Rampal disebut-sebut sebagai punca penceraian pasangan ini. Semuanya bermula setelah Hrithik kurang sihat baru-baru ini dan Arjun yang juga sahabat baik Hrithik dikatakan mula mendekati Sussane.
Arjun Rampal bersama Hritihik Roshan.
Namun belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Hrithik mahu pun Arjun mengenai perkara ini.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>