Wednesday, 18 December 2013

'Satu Malaysia tengok dada you' tegur kawan Nooraida

Nama isteri kepada seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan pelakon Adi Putra terus menjadi bualan hangat di laman sosial ekoran kemunculannya pada sidang akhbar minggu lalu dengan berpakaian seksi.

Nooraida Abdul Talib kemudiannya tampil menjelaskan, dia berpakaian sebegitu tanpa disengajakan.

"Saya bukan sengaja. Jaket yang saya patut pakai tercabut butang dan sudah lambat hendak ke sidang media. Sepatutnya saya tak turut serta dalam sidang media tapi berlaku saat akhir. Terima kasih ambil berat," tulisnya di laman mikro Twitter.
Amiruddin Othman iaitu suami kepada Nooraida Jumaat lalu mendakwa pihak polis tidak telus dalam menyiasat kes berkenaan.
Sehubungan itu Amiruddin telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil.

“Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Concorde di sini petang Jumaat.

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, pada malam Khamis telah membuat satu sidang media menyatakan kes berkenaan telah digugurkan oleh pihak polis dan tiada tindakan lanjut atau ‘no further action (NFA)’.

Sehubungan itu Adi mendakwa dengan gugurnya kes berkenaan, ia membuktikan dia tidak bersalah.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Salji turun di Mesir petanda kiamat?

Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat.
Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai".

“…sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.
“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu  hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Baru-baru ini, Mesir sebuah negara yang beriklim panas, dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Bomoh didakwa cabul gadis depan ayahnya

Di Sabak Bernam, Mahkamah Majistret Sungai Besar menetapkan 21 Januari depan bagi sebutan semula kes seorang bomoh bergelar ‘ustaz’ yang didakwa atas kesalahan mencabul seorang pelajar tingkatan tiga di rumahnya awal bulan ini.

Keputusan itu diputuskan Majistret, Shah Wira Abdul Halim selepas tertuduh, Fadzil Hasan, 53, memohon satu tarikh lain untuk melantik peguam dalam membantunya membela diri dalam perbicaraan kes tersebut.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa mencabul kehormatan seorang pelajar perempuan di rumah lelaki itu di No 48 Jalan Melor Taman Pertama Sabak Bernam pada jam kira-kira 11.40 malam 6 Disember lalu.

Tertuduh didakwa dengan sengaja memegang bahagian sulit di tubuh mangsa ketika gadis itu menemani bapanya menjalani rawatan kesihatan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 10 tahun penjara atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada pertuduhan asal.
Kes itu dikendalikan, Timbalan Pendakwa Raya, Izza Munirah Mansor.

Sinar Harian 8 Disember lalu melaporkan, seorang gadis dicabul seorang bomoh.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku sewaktu bapa mangsa berusia 46, ingin mendapatkan rawatan tradisional selepas mengadu sakit perut.

Katanya, sebaik bapa mangsa tiba di rumah ustaz itu, lelaki yang turut membawa anak perempuannya berusia 15 tahun itu diarahkan suspek baring dengan keseluruhan badannya ditutup dengan kain dan menutup lampu rumah berkenaan.

“Suspek kemudiannya memberitahu kepada bapa mangsa hantu di dalam badannya itu telah berpindah ke badan anaknya (mangsa) dan menyuruh gadis itu baring di ruang tamu rumah dengan ditutupi kain.

“Suspek kemudiannya mengarahkan bapa mangsa bangun dan duduk di atas kerusi sambil suspek meneruskan rawatan ke atas mangsa kononnya ingin membuang hantu dalam badan gadis berkenaan,” katanya.

Noor Mushar berkata, sebaik saja bapa mangsa duduk di kerusi itu, dia yang kepenatan terlelap kira-kira 20 minit dan apabila tersedar dari tidur, dia terkejut apabila mendapati bomoh terbabit sedang leka meraba badan anaknya.

Berang dengan perlakuan jijik suspek, katanya, bapa mangsa terus mengajak anaknya itu pulang ke rumah.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Remaja dibunuh sebab curi tabung masjid

KUALA LUMPUR: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri tabung masjid, dua minggu lepas.    

Pengurus Keselamatan Mohamad Yusof Mohamad, 39, dan tiga lagi pengawal keselamatan Mohd Aswenry Majon, 26, Iweldo Putra, 19, dan Pondri Neriko, 20, didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 5 pagi, 3 Dis lepas.
Gambar Hiasan
Tiada pengakuan dicatatkan daripada kesemua tertuduh yang berdepan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 17 Feb depan untuk sebutan, sementara menunggu laporan bedah siasat.

Sementara itu, Iweldo dan Pondri dari Indonesia turut dijatuhi hukuman penjara selama setahun dan dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke Malaysia.    
    
Ayuni mmerintahkan Iweldo dan Pondri menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 3 Dis lepas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Pandan Indah 4/8, Pandan Indah, Ampang Jaya dekat sini pada 2.30 petang, 3 Dis lepas di bawah Akta Imigresen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene dan kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. 
Sumber : Bernama

Baca lagi >>

Gambar kunjung hormat dan sembah tahniah MB Kelantan kepada Sultan Brunei sebab laksana hudud

Kunjung hormat dan sembah tahniah YAB Ustaz Dato' Hj Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Hj Hasanal Bolkiah Muizaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diatas pengisytiharan perintah kanun hukuman jenayah syariah yang merangkumi pelaksanaan hukum hudud pada bulan oktober 2013 lepas. 

Turut hadir EXCO Kerajaan Negeri, YB Dato' Hj Mohd Nassuruddin Hj Daud, YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Dato' Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Mufti, Ketua Hakim Syarie, Pengarah JAHEIK di Istana Nurul Iman pada petang semalam.
Laporan khas secara video juga boleh dilihat di sini:
Sumber : FB MB Kelantan

Baca lagi >>

Primadona Azean Irdawaty meninggal dunia

Primadona  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor semalam.
Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Pengurus Benjy, Faizal Mustaffa berkata Allahyarham Azean yang menghidap kanser sejak lapan tahun lepas meninggal dunia pada 7.29 malam.

Ini disahkan oleh Pengarang hiburan Berita Harian, Hanizam Abdullah atau dikenali sebagai Kak Cham menerusi Twitternya sebentar tadi.

"Kita pasti merindui dia. Alfatihah seniwati Azean Irdawati yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Al-Fatihah," katanya.

Pemergian Azean turut mendapat reaksi daripada beberapa rakan artis yang mengucapkan takziah antaranya adalah Umie Aida.

Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Sepanjang perjalanan hidupnya sebagai anak seni, Allahyarham meraih pelbagai anugerah, bermula dengan Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Seri Angkasa pada 1975 menerusi drama 'Kelahiran', disusuli dengan Pelakon Wanita Terbaik untuk televisyen Anugerah Seri Angkasa pada 1980, 1990 dan 1996.

Allahyarham meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Sementara itu Bernama difahamkan jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke rumahnya di No. 92, Jalan BU 11/7 Bandar Utama, Sri Petaling.

Jenazah akan dikebumikan Hari ini.

Terdahulu turut kelihatan di pekarangan rumah mayat PPUM bersama-sama keluarga Allahyarham ialah pengarah filem Datuk Shuhaimi Baba dan pelakon Rusdi Ramli serta Nanu Baharuddin.
Sumber : Sinar Harian, Bernama

Baca lagi >>