Friday, 13 December 2013

Lori roti Gardenia ditahan MB Terengganu, pihak syarikat anggap itu sumbangan

Dek kerana tindakannya menahan dua buah lori Gardenia dan meminta pemandu lori mengagihkan roti tersebut kepada mangsa banjir yang tersekat dalam kesesakan lalu lintas, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menerima pujian ramai.
Namun hari ini, Ahmad pula merasa terharu apabila pihak Gardenia enggan menerima bayaran harga roti yang seperti yang dijanjikannya sewaktu kejadian itu.

Sebaliknya pihak pengurusan syarikat terbabit menganggap roti itu sebagai sumbangan mereka kepada mangsa banjir di negeri itu.

“Terima kasih kepada pengurusan Gardenia yang pada hari itu saya membuka lori untuk diagihkan (roti). Asalnya kita berbincang dengan driver, pada awalnya tidak berani tetapi saya cakap dengan pegawai pengurusan dia, saya bersetuju untuk membayar harga roti tersebut.

"Apabila kita tulis surat untuk mendapatkan invois, pengurus dia kata ini sumbangan mereka untuk mangsa banjir yang terkandas. Jadi saya ucapkan terima kasih kepada pihak Gardenia,” kata Ahmad.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman meminta dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada orang ramai.

Lori terbabit yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya enggan membenarkan lori mereka dibuka.

Ahmad kemudiannya berbincang dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur dan bersetuju untuk membayar harga kesemua roti yang diagihkan itu kepada mangsa yang terperangkap itu.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Salah guna kuasa, ugut kemudian rogol

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan selepas disyaki merogol seorang wanita warga Indonesia di sebuah hotel bajet di sekitar Kajang, malam Selasa lalu.

Menurut sumber, sebelum penahanan tersebut dibuat kelmarin, anggota polis itu bersama seorang lagi rakannya dikatakan membuat pemeriksaan di rumah mangsa di Bandar Baru Bangi, di sini.

Ketika premis diserbu, selain mangsa terdapat tiga lagi rakannya, masing-masing seorang lelaki dan dua wanita yang turut tinggal di premis tersebut.

Menurutnya, ketika pemeriksaan, difahamkan hanya rakan lelaki mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, manakala mangsa dan dua rakan wanitanya gagal mengemukakan dokumen yang diminta.

"Disebabkan itu, anggota terbabit menahan mangsa dan dua rakannya, sebelum membawa mereka ke balai polis berdekatan.
"Anggota polis berusia 27 tahun itu kemudiannya membawa mangsa ke sebuah hotel bajet dan mengugut mangsa untuk mengadakan hubungan seks dengannya jika mahu dibebaskan," katanya.

Sumber berkenaan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu menolak beberapa kali, namun setelah dipaksa dan diugut akan dipenjarakan, dia terpaksa menuruti kemahuan suspek.
Gambar hiasan
Beliau berkata, selepas kejadian, anggota terbabit menghantar mangsa pulang ke rumah, sebelum mangsa membuat laporan di Ampang kelmarin.

"Anggota itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata, kemudiannya ditahan sebaik polis menerima laporan pada hari yang sama.Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan sudah berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2006.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi semalam, enggan mengulas lanjut.

"Semuanya dalam siasatan," katanya.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Pelaburan Tabung Haji ada yang tidak patuh Shariah?

1. Tabung Haji memegang deposit kira-kira RM 40 bilion.

2. Barangkali ramai masih ingat, TH pada Julai 2008 telah memiliki 29.6% bersamaan 92.9 juta saham Silverbird seterusnya menjadi pemegang saham terbesar.

3. Ketika itu, saham Silverbird berharga sekitar RM 0.80. Hari ini, berdasarkan maklumat di Bursa Malaysia TH telah mengurangkan pegangan dalam syarikat ini ketika harga saham cuma sekitar RM 0.10.

4. Pada 18 Jun 2012, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengumumkan kaedah Shariah screening baru yang berkuatkuasa pada November 2013. Ada sebahagian Islamic fund manager telah mengambil langkah proaktif dengan mengingatkan syarikat-syarikat yang berpotensi menjadi tidak patuh Shariah pada November 2013. Malah, hal ini juga pernah keluar di muka hadapan akhbar-akhbar kewangan utama Malaysia.

5. Malangnya TH dari September – November 2013 telah mula membeli saham-saham Parkson Holdings Bhd, yang mana syarikat ini telah bertukar status menjadi TIDAK SHARIAH COMPLIANT pada 29 November 2013. Notis terakhir kepada Bursa Malaysia menyebut pembelian terakhir sebanyak 500,000 unit saham dibuat pada 28 November 2013.
6. Pembelian ini menyebabkan TH mempunyai 76,497,500 unit saham bersamaan 7.11% seterusnya menjadi pemegang saham ke-4 terbesar dalam Parkson Holdings. Seandainya harga purata pembelian TH adalah RM 3.50 ini bermaksud nilai pelaburan adalah melebihi RM 250 juta.
7. Bagaimana TH boleh membeli saham yang berpotensi bertukar status Shariahnya pada saat ada Islamic Fund Manager lain telah mula memberikan surat peringatan kepada syarikat-syarikat tertentu agar segera bertindak?

8. Di manakah Shariah Governance Lembaga Tabung Haji ? Siapakah pegawai / panel Shariah yang patut memberi amaran kepada pihak pelaburan TH dalam hal ini? Atau adakah amaran telah diberi namun masih buat tidak tahu?

9. Adakah ini menunjukkan tahap Shariah culture awareness dalam pelaburan TH lebih rendah dari sebahagian private Islamic fund manager yang lain sedangkan mereka memegang hampir RM 40b deposit, yang majoritinya adalah kepunyaan umat Islam?

10. Ini yang kita dapat tahu, sebab diumumkan di Bursa Malaysia, bagaimana pula dengan pelaburan lain yang tidak diumumkan dan tidak dilaporkan? Siapa yang menentukan ia patuh Shariah?

p.s. Lembaga TH juga ada mempunyai pegangan sebanyak 146,070,473 saham Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) yang juga kini berstatus tidak patuh Shariah, membeli 639,100 unit saham pada 28 November 2013.
Sumber : Pakdi Suzardi M

Baca lagi >>