Thursday, 12 December 2013

Jangan risau elektrik naik hanya libatkan 30 peratus pengguna sahaja

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan kenaikan tarif elektrik negara ini dengan alasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memerlukan wang untuk pelaburan.

Najib menegaskan kenaikan itu bagaimanapun tidak memberi kesan keterlaluan kerana majoriti tidak terjejas.
"(Seramai) 71 peratus pengguna tak dikenakan kenaikan. Jadi kenaikan cuma 30 peratus (kepada) domestik, industri dan komersial. Kita perlu laksanakan tindakan tarif itu, sebab sebagai sebuah badan, TNB perlukan RM 6 bilion setahun untuk pelaburan," kata beliau dalam sidang media selepas Perhimpunan Agung Umno.
Bagi penggunaan bawah 300 kWh sebulan kerajaan akan terus memberi subsidi dan ini melibatkan 70% pengguna.

Kenaikan tarif dibantah perwakilan Umno sempena PAU ini dengan beberapa perwakilan mendakwa tindakan tersebut tidak tepat dan tidak adil pada masa sekarang.

"Kalau tak lakukan peningkatan tarif, akan jejaskan kemampuan kewangan TNB, tetapi kita nak pastikan rakyat tak terjejas."

Najib turut menjawab rakyat perlu terus bersabar dan berkorban untuk keutuhan kewangan negara.

"Penting untuk ada keutuhan kewangan bila kewangan utuh, kita boleh buat lebih banyak untuk rakyat. Mereka (rakyat) perlu faham proses ini. Ini kesakitan jangka pendek tapi tak sakit teruk, sakit ringan sahaja tapi dalam jangka masa panjang baik untuk rakyat," kata beliau.

Najib berkata kerajaan akan terus menambah bantuan dan menawarkan jaringan keselamatan sosial.

Beliau turut mengulas jawatankuasa menyiasat laporan ketua audit negara telah pun memulakan tugas dan akan mengambil tindakan terhadap kakitangan awam yang terlibat.

"Ya, KSN (ketua setiausaha negara) telah buat pengumuman, beberapa tindakan telah diambil terhadap mereka yang mengingkari arahan khususnya dalam penggunaan dana.
Sumber : Malaysiakini

Baca lagi >>

Kerajaan Selangor optimis boleh ambil alih 4 syarikat air dalam masa terdekat

Kerajaan Selangor berpandangan positif terhadap pengstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata perbincangan kini adalah tertumpu untuk menyelesaikan isu yang dibangkitkan Puncak Niaga dan pemilik saham Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) berhubung pengambilalihan itu.
“Kita rasa optmistik tentang penyelesaiannya apabila penyusunan semula diterima oleh kedua-dua pihak,” kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak baru-baru ini.
Kerajaan Selangor sebelum ini mengambil keputusan untuk membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) membuat tawaran bernilai RM9.65 billion bagi memulakan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi air.

Surat tawaran kepada Syabas, Puncak Niaga, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) sudah dikeluarkan secara rasmi KDEB.

Pengambilalihan ini adalah di antara usaha untuk mengembalikan hak air kepada rakyat Selangor.

Hasil daripada pengambilalihan ini akan memberi kesan penting terhadap kehidupan rakyat dimana rakyat akan terus menerima kemudahan air percuma 20 meter padu dan tidak akan terperangkap dengan kadar tarif air yang tidak adil serta membebankan.
Sumber : Selangor Kini

Baca lagi >>

Gambar kereta rasmi PM Proton Perdana versi baharu - W11N

Semalam berlaku penyerahan kereta Proton Perdana versi baharu untuk kegunaan rasmi jabatan kerajaan mengantikan kereta Perdana yang sudah lama digunakan.

Dalam penyerahan ini termasuk juga kereta Proton Perdana untuk kegunaan rasmi Perdana Menteri Malaysia dengan nombor pendaftaran W11N.

Berikut adalah gambar kereta PM yang baharu:

Sumber : paultan.org

Baca lagi >>

Artis wanita umur 60 tahun akan berkahwin lagi

Mencecah usia 60 tahun, selepas sekian lama hidup menjanda, pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz bakal bernikah lagi.
Pelakon yang terkenal dengan watak-watak sedih dalam drama itu sendiri mengesahkan bahawa dirinya akan kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Johor, berusia tujuh tahun lebih muda daripada beliau.

“Kami mula berkenalan kira-kira dua bulan lalu sebelum bersetuju untuk berkahwin tidak berapa lama selepas perkenalan itu. Saya tidak pernah menjangka akan kembali bergelar isteri apatah lagi pada usia seperti ini, namun kita tidak dapat melawan ketentuan takdir ALLAH," katanya dipetik dari sebuah portal.

"“Dalam waktu yang sama, saya turut bersyukur dan terharu kerana masih ada individu yang bersedia menjadi tempat berlindung dan menumpang kasih dan sayang," tambahnya lagi.
Wan Maimunah bakal bernikah pada 13 Disember ini di sebuah hotel di Johor Bahru, selepas Maghrib.

Sementara majlis resepsi ringkas akan diadakan di Pasir Gudang pada keesokan harinya.

Menurut Wan Maimunah, semenjak berita dia bakal berkahwin diketahui umum, tidak kurang ramai pihak yang menghubunginya dan melemparkan kata-kata negatif berhubung perancangannya itu.

“"Sesungguhnya saya amat sedih apabila ada suara-suara yang melemparkan kata-kata kurang manis seperti saya sudah tua namun masih gatal dan sebagainya.

“"Sejujurnya saya bersetuju dengan perkahwinan ini bukan disebabkan hawa nafsu atau harta dunia. Tetapi saya mencari teman hidup, sekurang-kurangnya saya mempunyai peneman hidup yang dapat berkongsi waktu susah dan senang. Walau apa tohmahan masyarakat sekeliling, saya berharap mereka di luar sana dan peminat akan mendoakan kebahagiaan saya," ujarnya.

Wan Maimunah pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Puaka Tebing Biru, Anak Mami The Movie, Jimi Asmara dan Wanita Bertudung Hitam.

Pelakon berasal dari Johor Bharu ini merupakan pemenang Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk 5 tahun berturut-turut pada edisi 1992 - 1996/1997.

Dia menceburi bidang lakonan sejak 1972 dan merupakan pelakon serba boleh yang mampu membawakan apa sahaja watak yang ditawarkan padanya. Selain watak komedi, Wan Maimunah juga lebih terkenal dengan watak air mata yang paling melekat di mata peminatnya.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Disebabkan elektrik naik tambang LRT, Monorel terpaksa naik tahun depan

Tambang bagi pengangkutan awam jenis LRT dan monorel dijangka naik pada tahun depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar menyatakan sedang mengkaji semula struktur tambang pengangkutan awam itu.
Beliau juga berkata, peningkatan itu bergantung kepada peningkatan tarif elektrik yang akan bermula Januari depan.

"Sudah 10 tahun tambang tak pernah dinaikkan, jadi kadar tambang LRT dijadualkan akan naik tahun depan," katanya dipetik The Malay Mail.
Dalam pada itu, Syed Hamid berkata, kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh dan mengambil kira beberapa faktor untuk memastikan kenaikan itu tidak membebankan rakyat.

"Ia akan menjadi satu keadaan menang-menang antara kemampuan orang ramai dan kemampanan industri kereta api.

"Kita sedar kenaikan bahan api dan kos tenaga boleh menyebabkan kesan negatif dengan bilangan penumpang yang rendah dan mengurangkan  pasaran saham pengangkutan awam," katanya.

Selain itu, Syed Hamid berkata, sebarang keputusan yang dibuat akan memastikan jangka panjang industri rel mampan dan kurang bergantung kepada sokongan kewangan kerajaan.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>