Tuesday, 10 December 2013

Soalan SPM tidak bocor tidak perlu duduki semula kertas Matematik 2

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 tidak perlu menduduki semula kertas soalan Matematik 2.
Keputusan itu dibuat berikutan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapati tiada kebocoran soalan berlaku bagi kertas tersebut ketika peperiksaan berlangsung pada 18 Nov lalu, menurut kenyataan dua para lembaga itu.
Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam sidang media mengumumkan hasil siasatan itu.

Beliau berkata pihaknya telah menyiasat laporan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia pada 22 Nov lalu dan telah memanggil 56 saksi untuk memberi keterangan, termasuk pelajar yang menyertai seminar yang didakwa soalan kertas itu dibocorkan.

Siasatan mendapati seminar itu yang dianjur pada 17 Nov lepas, iaitu beberapa hari sebelum peperiksaan bermula hanya membincangkan tentang kertas soalan beberapa tahun lepas serta beberapa soalan ramalan, katanya.
Sumber : BERNAMA

Baca lagi >>

Video Dr Fathul Bari menyanyikan nasyid 'Dunia Baru Islam'

Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya Menyanyikan Lagu Nasyid "Dunia Baru Islam" Sewaktu Menyampaikan Ucapan Bahas Usul Di Perhimpunan Agung UMNO 2013 di PWTC baru-baru ini.
Fathul Bari merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sekretariat Ilmuan Malaysia (iLMU) atau juga dikenali dengan Ulama Muda UMNO.

Di bawah ini merupakan lagu asal Nasyid yang berjudul Dunia Baru Islam:

Baca lagi >>