Saturday, 7 December 2013

Gelombang kedua banjir di Pahang dijangka tengah malam ini

Gelombang kedua banjir di Pahang dijangka berlaku pada tengah malam ini.

Orang ramai yang tinggal di kawasan terjejas akibat banjir diminta mengambil langkah berjaga jaga.
Manakala mangsa banjir yang sudah pulang ke rumah masing masing digesa kembali ke pusat pemindahan sebelum jam 12 tengah malam ini.

Menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang, Azlan Che Adnan berkata, pihak bomba telah mula berjaga-jaga di kawasan yang dijangka bakal dinaiki air.

"Kami jangka akan berlaku gelombang kedua antara jam 12 ke 1.15 tengah malam ini. Pihak bomba sudah bersiap sedia di tiga kawasan utama dengan bot untuk aktiviti menyelamat jika apa-apa berlaku.
"Ini disebabkan hujan yang tidak berhenti sejak dua hari lalu serta paras air yang semakin meningkat di Sungai Lembing. Kami sudah maklumkam kepada penduduk sebagai langkah berjaga-jaga," kata Azlan.

Kawasan yang dijangka terjejas di Kuantan adalah Sungai Isap, Taman Sepakat, Bukit Rangin, Tanah Putih, Taman Guru dan Kampung Belukar.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir Pahang memaklumkan jumlah mangsa banjir negeri Pahang kini mencatatkan seramai 39,991 orang dan daerah yang terlibat juga bertambah iaitu di Raub.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa sidang media di Pangkalan Udara Pahang mengingatkan penduduk sekitar Kuantan agar berjaga-jaga dengan gelombang kedua banjir yang diramalkan bakal berlaku.

Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa peningkatan air di Kuantan dijangka berlaku secara mendadak mulai tengah malam ini ekoran pertembungan air pasang besar dengan peningkatan air di hulu daerahnya berikutan hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata peningkatan air dijangka berlaku sehingga 2 pagi.

"Air pasang besar diramal berlaku pada 1.15 pagi dan pada masa yang sama air Sungai Lembing iaitu di Hulu Kuantan dijangka turut meningkat ekoran hujan lebat,” beliau dipetik berkata.

"Apabila terdapat pertembungan air hujan di hulu dengan air pasang besar di pedalaman, ia akan meningkatan air secara mendadak," katanya.

Beliau berharap penduduk khasnya di Bukit Rangin, Permatang Badak, Taman Cenderawasih dan Kampung Belukar agar bersiap sedia untuk berpindah semula ke pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 39,991 orang berbanding 38,235 yang direkodkan tengah hari tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 9 malam tadi, 10,995 keluarga, telah ditempatkan di 131 pusat pemindahan dengan melibatkan 141 kampung yang terjejas akibat banjir dan termasuk daerah Bera menjadikannya sembilan daerah di negeri ini.

Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,635 yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan banjir.

Katanya, di Pekan, seramai 2,887 mangsa banjir ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 607 (11 pusat), Maran 764 (16 pusat), Bera 106 (8 pusat), Rompin 53 (3 pusat), Lipis 53 (4 pusat) dan terbaru Raub 39 (3 pusat).

Beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau.
Sumber : Astro Awani

Baca lagi >>

Zaman sekarang lembu pun kena rompak

Di Rembau, Negeri Sembilan seorang penternak lembu, Kamarulzaman Budin, 54 kerugian RM60,000 apabila empat penyamun bersenjatakan parang memecah masuk ladang ternakannya sebelum melarikan 19 ekor lembu di Kampung Pedas, di sini jam 1 pagi tadi.
Gambar hiasan.
Selain haiwan ternakan, keempat empat penyamun itu turut melarikan barang kemas bernilai RM3,000, wang tunai RM750 dan empat telefon bimbit milik penjaga kandang terbabit dikenali sebagai Robe Iskandar yang juga warga Indonesia.
Dalam kejadian itu, Robe bersama isterinya Evi Mansor, 25, sedang tidur di sebuah rumah di ladang itu sebelum didatangi penjenayah yang bertindak mengikatnya serta isteri.

Sumber : Harian Metro

Baca lagi >>

Misteri bau busuk di lif sebuah flat terungkai

Misteri bau busuk yang membelenggu penduduk flat Seri Selangor di Jalan San Peng, Kuala Lumpur terungkai akhirnya.

Bau busuk itu sebenarnya mayat yang mereput.

Mayat ditemui setelah bomba dan penyelamat dipanggil bagi menyiasat punca bau busuk itu.

Panggilan dibuat malam semalam.

Setelah memeriksa lif berkenaan, anggota bomba menemui mayat di bahagian atas kotak lif.
Mayat dipercayai sudah lima hari terbiar di situ.
Berdasarkan maklumat awam, mangsa berusia lingkungan 20-an.

Mangsa bukan penduduk flat berkenaan, tetapi sering dilihat ke rumah teman lelakinya yang tinggal di situ.

Kali terakhir mangsa dilihat seminggu lalu bersama teman lelakinya.

Keluarga mangsa turut dipanggil ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa merupakan ahli keluarga mereka.
Sumber : Berita TV9

Baca lagi >>

Dipenjara 15 bulan sebab hina bendera Indonesia

Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Daerah Dumai semalam selepas dia didapati bersalah menghina bendera Indonesia.

Panel hakim mendapati Broderick ’Achin’ Chin Teck Fui didapati bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia.
Achin, pengurus operasi PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia, juga didapati bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan, lapor akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Post Jumaat lalu.
Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos lepas apabila kakitangan syarikat itu menyediakan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan kemudian Achin bertanya kepada orang bawahannya sama ada mereka mempunyai bendera baharu.

"Jika kamu tidak mempunyai bendera baharu, gunakan sahaja seluar dalam putih saya. Untuk merah, kamu boleh minta daripada isteri saya,” Achin dilaporkan memberitahu pekerjanya.

Kata-katanya itu yang bermaksud sebagai jenaka, dilaporkan kepada Majlis Kota Dumai dan didedahkan media.

Polis menahan Achin beberapa hari kemudian selepas mendapat tekanan awam dan didakwa di mahkamah, lapor akhbar itu. 
Sumber : Bernama

Baca lagi >>