Tuesday, 3 December 2013

Bermula di Pahang banjir kini merebak ke Terengganu dan Johor

Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini dengan kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak semalam.

Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata seorang kanak-kanak (masih belum diketahui jantinanya) pula dikhuatiri hilang di Kijal akibat limpahan air pasang besar.
Di KUANTAN 

Sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang.

Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter.
Hari ini Jalan Kuantan-Pekan berdekatan Kampung Gudang Rasau dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) ditenggelami air berikutan limpahan air dari Sungai Belat akibat hujan berpanjangan sejak Ahad lepas.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Rompin mencatatkan jumlah pemindahan banjir paling ramai iaitu 2,595 orang dari 23 kampung dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan di daerah itu.

Di Pekan, 341 mangsa dari enam kampung dipindahkan ke enam pusat pemindahan manakala di Kuantan 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 801 mangsa banjir dari sembilan kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Beliau berkata keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga kini.    

"Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter," kata jurucakap itu.

Beberapa jalan lain juga kini ditutup kepada kenderaan ringan berikutan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter termasuk Batu 3 Jalan Kuantan–Gambang, Km16 Jalan Pekan–Nenasi, Km9 Jalan Pekan–Nenasi dan Km64 Jalan Maran–Jerantut.

Di KUALA TERENGGANU

Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.    
Ahmad Fazley Abdullah, 37, (empat, kiri) dibantu saudara dan jiran menyelamatkan barangan sebelum berpindah ke pusat pemindahan banjir setelah kampungnya dinaiki air. 
Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.

Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.

Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.

Di JOHOR BAHARU

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.

Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.
Dua penduduk Kampung Bukit Rangin meredah banjir yang menenggelamkan kampung itu.
Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang.

Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini. 
Sumber : Bernama

Baca lagi >>

Tidak sampai sejam air naik mendadak

“Ketika saya mahu ke tempat kerja kira-kira jam 7.30 pagi, paras air sungai masih belum melimpah ke tengah jalan raya dan selamat untuk dilalui, namun sebaik sampai di tempat kerja, anak menelefon mengatakan kawasan Sungai Lembing sudah terputus hubungan berikutan jambatan Sungai Charu sudah ditenggelami air,” kata penduduk Kampung Sungai Charu, dekat sini, Wan Kamaruzzaman Wan Ahmad, 54.
Penduduk-penduduk sekitar Sungai Lembing melihat jambatan Sungai Charu ditenggelami air sedalam kira-kira setengah meter.
Wan Kamaruzzaman yang bekerja sebagai kakitangan awam di bandar ini berkata, ketika melalui jambatan itu pagi semalam, air sungai sudah melepasi paras bahaya, namun masih belum melimpahi jalan.

Namun, dia terkejut selepas dimaklumkan jambatan Sungai Charu sudah ditenggelami air dan terus bergegas pulang ke rumah, namun gagal kerana jalan utama ke rumahnya itu sudah ditutup dan menyebabkan kira-kira 2,000 penduduk di kawasan berkenaan terputus hubungan.
“Keadaan ini menyebabkan saya buntu memikirkan nasib keluarga saya dan bagaimana untuk memindahkan keluarga sekiranya paras air terus naik memandangkan hujan tidak berhenti.
Anggota bomba mengawasi orang ramai yang ingin menyeberang jambatan Sungai Charu yang ditenggelami air.
Penduduk mengharungi jambatan Sungai Charu untuk ke bandar.
“Pada masa sama, saya juga tidak sempat melakukan sebarang persiapan seperti memindahkan kereta dan perkakas elektrik ke rumah saudara-mara seperti mana yang dilakukan sebelum ini,” katanya, ketika ditemui, di sini, semalam.

Banjir di Pahang kini dilaporkan semakin buruk apabila lebih 9,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sehingga 8 malam ini.
Kenderaan meredah banjir di Jalan Tun Ismail 1, Kuantan, semalam.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga kini 9,030 mangsa yang melibatkan 2,095 keluarga dipindahkan di lima daerah.

"Sebanyak 69 pusat pemindahan beroperasi di daerah Maran, Pekan, Rompin, Kuantan dan Jerantut.

"Kuantan mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,672 orang membabitkan 916 keluarga di 33 pusat pemindahan.

"Di Rompin pula 859 keluarga dengan 3,249 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Di Pekan, 932 mangsa dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Maran, 1,124 mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan.

"Jerantut pula merupakan daerah terbaharu yang mengalami banjir yang mana satu pusat pemindahan dibuka membabitkan 62 mangsa daripada 12 keluarga," kata jurucakap itu.

Katanya laluan yang ditutup bagi kenderaan ringan, Km28 Kuantan-Sungai Lembing, Km36 Jalan Gambang-Kuantan, Km16 Jalan Nenasi-Pekan, Km145 Jalan Jerangau-Jabor, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km10 Jalan Kuantan-Pekan.

Katanya, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir.

Di JERANTUT, Ketua Polis daerah itu Suptrtendan Azid Ismail berkata lebih 10,000 penduduk di kawasan rendah sepanjang Sungai Tembeling dan Sungai Pahang dinasihati supaya bersedia untuk berpindah berikutan paras air di kedua-dua sungai semakin naik.

Azid berkata hujan yang tidak berhenti-henti sejak tiga hari lepas memang dijangka menyebabkan banjir di kawasan rendah terutama di Hulu Tembeling dan kawasan tebing sungai.  

"Penduduk dinasihatkan supaya tidak turun ke Sungai Tembeling atau Sungai Pahang ketika air naik sebaliknya berpindah segera jika berlaku banjir bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya.  

Pengusaha bot penambang dan 50 pengusaha bot pelancong di Taman Negara juga dinasihatkan supaya menghentikan sementara perkhidmatan mereka.

"Pengusaha bot perlu mengutamakan keselamatan penumpang," katanya. 
Sumber : Bernama, Harian Metro

Baca lagi >>

Suami kejam toreh isteri

Seremban: "Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara. 
Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani. 

“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.

Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.
Sumber : Harian Metro

Baca lagi >>

Pemaju buta sejarah tidak tahu roboh Candi purba Lembah Bujang

Kerja membersihkan tanah sedang dijalankan di kawasan candi bersejarah di Lembah Bujang.Kerja membersihkan tanah sedang dijalankan di kawasan candi bersejarah di Lembah Bujang.Syarikat pemaju Saujana Sdn Bhd yang merobohkan candi bersejarah di Lembah Bujang berusia 1,200 tahun itu berkata, mereka tidak mengetahui bahawa ia merupakan satu tinggalan sejarah.
Pengurus Projek, Saw Guan Keat, berkata mereka melakukan semakan tanah di Pejabat Tanah Kedah pada 14 Januari tahun ini sebelum membeli lapan lot tanah dari pemilik lama, satu lagi syarikat pemaju.

“Semakan dengan jelas mengatakan tanah tersebut tidak terikat dengan apa-apa. Syarikat meneruskan pembelian pada Febuari. Apabila kami melakukan semakan semula di Pejabat Tanah pada 30 Julai, sekali lagi kami mendapati ia tidak terikat dengan apa-apa,” katanya dipetik daripada akhbar The Star.

Saw berkata, pelan pembangunan projek daripada syarikat pemaju sebelum ini diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) dan Exco Negeri di antara 1994 dan 1995.

“Kami melakukan lawatan tapak bermula pada September. Kami terlihat candi itu. Kami tidak tahu apa benda itu,” katanya.
Gambar candi nombor 11 pada 1996 yang kini tiada lagi selepas dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembangunan. Gambar oleh Muzium Arkeologi Lembah Bujang.
Katanya, syarikat berkenaan hanya mengetahui mereka merobohkan candi selepas membaca akhbar.

“Kalau kami tahu struktur batu itu merupakan peninggalan sejarah, kami tidak akan robohkannya,” katanya.

Sebilangan candi di Lembah Bujang yang masih belum digazetkan sudah mula dimusnahkan sejak beberapa tahun lalu, kata ahli arkeologi selepas kemusnahan candi nombor 11 mendapat bantahan penduduk.

Pengerusi kumpulan kajian di kawasan itu, Datuk V Nadarajan, berkata candi Lembah Bujang dikatakan mula dibina sejak kurun ke-10 dan sesetengahnya sudah dirobohkan sejak beberapa tahun lalu tanpa pengetahuan umum.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memberi jumlah sebenar candi yang sudah dirobohkan dan masih banyak yang belum digazetkan sebagai kawasan sejarah. 

Baca lagi >>

Beratkah awan yang nampak ringan terapung di langit?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Beratkah awan?

Wahai anakku,
Tahukah kamu manusia dahulukala memikirkan awan di atas langit itu ringan kerana ia boleh terapung di atas langit.

Masakan ada benda berat boleh terapung di atas langit melainkan ia ringan seperti kertas? Bahkah kertas pun tidak boleh terapung di atas udara.

Masakan ada benda berat yang boleh dibawa angin melainkan ia ringan seperti debu?

Tapi silap, wahai anak kesayanganku. Awan yang terapung di atas langit itu amat berat jisimnya. Awan yang membawa ribut kilat boleh menampung 300,000 tan air.
Kalau tidak masakan ada tempat yang boleh banjir? Bagaimana 300,000 tan air boleh terapung di atas langit bagaikan kertas dan debu? Hanya Allah saja melakukannya.
Sebelum manusia mengetahui bahawa awan itu sebenarnya berat, Allah sudahpun memaklumkannya di dalam Quran.

Ar-R'ad : 12
Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air). 

Al-A’raaf: 57
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya). 

Masihkah kamu ingin mengingkari arahan dari Tuhanmu, wahai anak kesayanganku?

Senyum!

Baca lagi >>

Tarikh terima gaji bagi kakitangan awam tahun 2014

Berikut adalah jadual tarikh penerimaan gaji bagi kakitangan awam tahun 2014.

BULAN
TARIKH
HARI
Januari
23 Jan 2014
Khamis
Februari
25 Feb 2014
Selasa
Mac
25 Mac 2014
Selasa
April
24 Apr 2014
Khamis
Mei
22 Mei 2014
Khamis
Jun
25 Jun 2014
Rabu
Julai
22 Jul 2014
Selasa
Ogos
25 Ogos 2014
Isnin
September
25 Sep 2014
Khamis
Oktober
16 Okt 2014
Khamis
November
25 Nov 2014
Selasa
Disember
18 Dis 2014
Khamis

Diharapkan agar tarikh ini mampu untuk anda merancang lebih awal tentang bajet bulanan untuk tahun hadapan. 
Sumber : Hasrul Hassan

Baca lagi >>