Wednesday, 27 November 2013

Pekerja Kafe Siber kena penjara 12 tahun

Padah merogol. Seorang pekerja kafe siber dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan.

Keputusan dari Mahkamah Sesyen Johor Baharu, tertuduh didapati bersalah merogol seorang gadis bawah umur.
Hakim Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas pendakwaan berjaya menimbulkan kes di luar keraguan terhadap tertuduh.

Tertuduh, Ahmad Noorhafizul Razman Semsuddin, 19 tahun, didapati bersalah merogol seorang gadis berusia 15 tahun.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan peruntukan penjara hingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 pagi hingga enam pagi, 14 julai lalu.

Kesalahan dilakukan di bilik bahagian penyelenggaraan bangunan Jabatan Kerja Raya, Jalan Kebun Teh, Johor Baharu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Mahadi Jumaat.

Sumber : Berita TV9

Baca lagi >>

6 Juta orang penduduk Malaysia gemuk

Enam juta penduduk dewasa  negara ini didapati mempunyai masalah berat badan. 

Dan masing-masing hampir sejuta remaja dan kanak-kanak mengalami masalah sama. 
Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia -  Profesor Dr Mohd Ismail Noor berkata keadaan mereka dikhuatiri akan lebih buruk jika menjadi pengunjung setia restoran 24 jam yang berlambak di negara ini. 

Bagi kanak-kanak dan remaja beliau menyarankan masalah obesiti ditekankan dalam kurikulum sekolah.  
Kebanyakkan ibu bapa juga katanya memberatkan soal akademik anak tetapi mengenepikan aspek riadah untuk kesihatan anak mereka. 

Menurut beliau, kegemukan satu ancaman kepada negara kerana boleh mengundang penyakit.  

Ini  mewujudkan persekitaran kerja tidak produktif seterusnya membantutkan proses kemajuan sesebuah negara. 

Timbalan Pengarah Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit Kementerian Kesihatan - Dr Zainal Ariffin Omar  mengingatkan masyarakat mengenai pelbagai komplikasi yang bermula daripada kegemukan.

Sumber : Berita TV9

Baca lagi >>

RM30,000 seorang untuk skuad Pahang

KUANTAN - Kerajaan Pahang mengumumkan pemberian ganjaran wang tunai RM30,000 seorang kepada pegawai dan pemain skuad bola sepak Pahang yang menjuarai Piala Malaysia 2013.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pemberian itu sebagai menghargai usaha dan perjuangan skuad Tok Gajah selama 21 tahun sehingga berjaya merangkul piala berprestij itu.

"Kami berharap pemain dapat memanfaatkan pemberian daripada kerajaan negeri ini.
"Jika pasukan Tok Gajah berjaya mempertahankan kejuaraan tahun depan, InsyaAllah kita mungkin akan menggandakan ganjaran dua atau tiga kali ganda daripada yang diberi hari ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada jamuan malam dan ramah mesra bersama pasukan itu di sini hari ini.

Turut hadir Tengku Muda Pahang yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, Setiausaha kerajaan negeri Datuk Seri Muhammmad Safian Ismail dan pemain-pemain pasukan Pahang.

Dalam pada itu, Adnan turut memuji semangat juang dan disiplin tinggi pasukan itu sehingga berjaya merangkul kejuaraan itu.

Tengku Abdul Rahman pula yakin pasukan Pahang akan mempamerkan mutu permainan lebih baik pada musim akan datang.

Sumber : Bernama

Baca lagi >>