Saturday, 23 November 2013

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man perlu menang untuk PAS seimbang

SHAH ALAM – Teka-teki siapa yang bakal menggalas jawatan ketiga tertinggi dalam Pas bakal terjawab esok. Ekoran masalah teknikal, keputusannya tidak dapat diumumkan hari ini dan kiraan semula terpaksa dijalankan.

Ada yang menebak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bakal menang esok bersama dua penyandangnya, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Manakala dua calon lain ialah Datuk Husam Musa (penyandang) dan Datuk Abu Bakar Chik mungkin gagal menempa tempat di kerusi tersebut.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat, andai kemenangan berpihak kepada Tuan Ibrahim, keseimbangan bakal berlaku.
“Kalau keputusan Naib Presiden itu berlaku perubahan... apabila Tuan Ibrahim menang, ada wakil daripada golongan ulama. Seimbanglah di situ.

Golongan profesional dominan berada dalam Pas dan boleh dikatakan, penyandang yang menang tapi kali ini mungkin ada perubahan sedikit,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai keseimbangan itu, beliau menyentuh soal kemenangan Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang mengekalkan kedudukannya dalam jawatan Timbalan Presiden Pas.

“Kemenangan Mat Sabu menunjukkan yang golongan profesional masih dominan dan mereka memilih beliau berbanding golongan ulama, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah,” katanya.

Hari ini, Mat Sabu diumumkan kekal sebagai Timbalan Presiden Pas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Nik Amar dengan majoriti 98 undi.

Mat Sabu meraih 588 undi manakala Nik Amar mendapat 490 undi.

Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Tiada lagi alasan tekanan masa untuk solat Jumaat di Johor

Waktu rehat tengah hari selama sejam 15 minit terutama pada hari jumaat kadang-kadang tidak mencukupi untuk umat Islam menunaikan solat jumaat dan makan tengah hari.

Keputusan Sultan Johor untuk jadikan Jumaat sebagai hari cuti telah melegakan ramai umat Islam.

Muar - Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengumumkan pertukaran cuti hujung minggu kepada Jumaat dan Sabtu.

Pengumuman itu dibuat ketika bertitah di majlis penganugerahan darjah dan pingat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, pagi ini.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah mengumumkan perubahan cuti hujung minggu Johor ditukar pada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 14 Januari 2014 pada Majlis Pengurniaan Darjah dan Pingat sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar Johor hari ini. - Foto Bernama

"Keputusan itu dibuat berikutan maklum balas daripada pelbagai pihak bagi membenarkan umat Islam melaksanakan solat Jumaat dengan lebih aman," titah baginda.

Pengumuman berkenaan disambut baik oleh rakyat Johor dan rata-rata mereka gembira dengan pengistiharan itu.

Jumaat dan Sabtu pernah menjadi cuti mingguan bagi Johor iaitu pada 1994.

Ketika ini, Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadikan Jumaat dan Sabtu sebagai cuti hujung minggu di negeri masing-masing.

Mengulas pengistiharan itu, Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Shamsudin berkata, perubahan berkenaan amat baik, terutama bagi umat Islam untuk mengimarahkan kemuliaan malam dan hari Jumaat.

Selain itu, ia dapat meninggikan lagi syiar Islam di negeri ini.

"Pengumuman berkenaan sangat ditunggu-tunggu kerana sudah disebutkan dalam kitab Al-Quran bahawa hari besar bagi penganut Islam ialah Jumaat.

"Bagi Yahudi pula jatuh pada Sabtu manakala umat Kristian pada Ahad," katanya.

Perwakilan PAS takbir sambut cuti Jumaat di Johor

Pas hari ini menyokong pertukaran cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu yang berkuat kuasa Januari 2014.

PAS Johor mengemukakan usul tergempar menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mengumumkan secara rasmi cuti hujung minggu di negeri itu pada hari Jumaat dan Sabtu bermula tahun depan.

Pesuruhjaya PAS Johor Dr Mahfodz Mohamed yang membaca usul tersebut berkata pengumuman tersebut dibuat sempena dengan ulang tahun baginda ke-55 hari ini.

"Cuti Jumaat sejak zaman penjajah sehingga tahun 1994, namun cuti kepada Ahad ditukar kepada Ahad sewaktu Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi menteri besar.

"Sebagai tanda sokongan kepada cadangan ini, saya minta perwakilan berdiri," katanya sambil menyaksikan lebih 1,000 perwakilan berdiri dan melaungkan takbir sebanyak tiga kali sebagai sokongan dengan titah tuanku.

Baca lagi >>

Polis Mesir mungkin bertindak lebih kejam kepada pelajar Universiti

KAHERAH - MESIR. Kerajaan sementara Mesir, kelmarin memberi kuasa kepada polis untuk menyerbu kampus  tanpa perlu mendapatkan kebenaran pihak berkenaan.

Media tempatan melaporkan anggota keselamatan kini boleh bertindak segera jika keganasan tercetus di universiti.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat kuasa baru itu mungkin akan disalahguna pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan tindakan kekerasan ke atas pelajar.

Rekod polis Mesir yang korup sebelum ini mungkin akan memburukkan lagi keadaan.
Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan pelajar, kelmarin.
Difahamkan pada laporan AFP, keputusan tersebut dibuat selepas Universiti Al-Azhar dicemari protes ganas, kelmarin.

Dalam perkembangan lain, seramai 38 pelajar Al-Azhar dijatuhi hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah kerana terlibat dalam keganasan di kampus pada Oktober lalu.

Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Nik Amar tewas, Mat Sabu kekal Timbalan Presiden PAS

Mohamad Sabu berjaya mengekalkan jawatannya timbalan presiden PAS selepas menewaskan pencabarnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam pertembungan dua penjuru.
Keputusan tersebut diumumkan lewat petang ini di muktamar tahunan PAS ke-59 yang berlangsung di Shah Alam hari ini.

Mohamad mendapat 588 undi manakala Nik Amar pula memperolehi 490 undi.

Sumber : Malaysiakini


SHAH ALAM: Mohamad Sabu dipilih semula sebagai Timbalan Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-59.

Mohamad mendapat 588 undi sementara Datuk Mohd Amar mendapat 490 undi.
Manakala bagi jawatan Naib Presiden PAS sedang dikira semula.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi sebentar tadi.

Sumber : Harakah

Baca lagi >>

Dalang di sebalik soalan Matematik dan Matematik Tambahan SPM bocor

Seorang guru yang juga tenaga pengajar di sebuah pusat tuisyen di ibu kota didakwa bertanggungjawab ke atas kebocoran soalan bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan untuk Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013.

Soalan-soalan berkenaan didakwa ‘dibocorkan’ melalui beberapa siri seminar khas yang dijalankan di sebuah masjid, menjelang hari-hari akhir tarikh peperiksaan berlangsung.

Malah aktiviti berkenaan dikatakan berlaku sejak 2007 lagi dan telah ada laporan yang dibuat namun tiada sebarang tindakan ke atas individu berkenaan sehingga kini.

Perkara itu didedahkan Mohd Husaine Jaslee, 30, kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), selepas menerima maklumat daripada sekumpulan pelajar dan juga calon SPM, sebaik selesai kertas Matematik pada 18 November lalu.
Menurutnya, sekumpulan pelajar dari sekolah menengah di Zon Keramat itu memaklumkan mereka mendapat maklumat berhubung soalan bocor daripada rakan mereka yang menghadiri seminar berkenaan.

“Soalan dan susunannya sama bagi Matematik kertas II tetapi urutan soalan diubah-ubah bagi kertas satu. Setiap ayat, nombor, diagram dan apa sahaja dalam kertas soalan memang sama dengan apa yang dibocorkan,” katanya.
Mohd Husaine (dua, kanan) menunjukkan laporan polis serta bukti berhubung dakwaan kebocoran maklumat soalan SPM bagi subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
Atas rasa tanggungjawab, Mohd Husaine kemudiannya mengumpulkan bukti dan melaporkan ke Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Katanya, disebabkan maklumat soalan bocor itu diperolehi selepas kertas Matematik, dia diminta mendapatkan bukti kertas Matematik Tambahan sebelum peperiksaan kertas itu dijalankan bagi memastikan perkara itu benar-benar terjadi (kebocoran soalan).

“Pada 20 November, seminar sama diadakan iaitu sehari sebelum kertas Matematik Tambahan dijalankan, namun tiada tindakan diambil dan saya dimaklumkan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia tidak mempunyai kuasa dan hanya menunggu laporan seterusnya.

“Lima minit sebelum kertas dua Matematik Tambahan dijalankan, saya menerima tiga keping gambar dipercayai soalan dan jawapan untuk kertas dua subjek itu dihantar seorang pelajar melalui ‘Whatsapp’.

“Saya terus ke Unit Keselamatan Lembaga Peperiksaan Malaysia dan mencetak gambar itu sebagai bukti,” katanya.

Tambahnya, setelah diteliti kembali soalan kertas dua Matematik Tambahan, dia mendapati soalan nombor dua bahagian A kertas tersebut adalah sama dengan maklumat bergambar yang diterima pada awalnya.

“Saya dipanggil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan dimaklumkan mereka akan menyiasat perkara itu dan saya akan dijadikan saksi,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju, kelmarin.
Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Sangat mustahil soalan Matematik Tambahan boleh bocor

KOTA KINABALU - Kementerian Pendidikan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan berlaku kebocoran soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membabitkan kertas Matematik dan Matematik Tambahan.
Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata walaupun pada dasarnya sukar untuk berlaku kebocoran, pihaknya tetap mengambil serius dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tersebut.
Ini kerana katanya kertas soalan SPM dicetak di Universiti Cambridge, United Kingdom dan prosedur penghantarannya dari universiti itu hingga ke pusat peperiksaan di negara ini adalah ketat termasuk pengawalan oleh pihak polis.
   
"Jadi, kalau hendak dikatakan masa pencetakan itu bocor (mustahil) dan perkara sebegini sudah lama tidak berlaku dengan paling terakhir adalah pada akhir tahun 90an dan apabila disiasat tiada kebocoran sebenarnya," katanya dalam sidang media, di sini hari.
   
Abdul Ghafar berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menafikan dakwaan PPIM dan akan menyiasat kes itu secara terperinci.

Beliau yang ditemui selepas sesi perjumpaan Program Jurulatih Peningkatan Sekolah (SISC) dan Program Rakan Pembimbing Sekolah (SiPartner), diminta mengulas mengenai laporan media semalam yang memetik PPIM sebagai mendakwa mereka menerima aduan daripada tiga individu berhubung perkara tersebut.

Individu berkenaan yang turut hadir dalam sidang media PPIM itu juga menyerahkan salinan yang dikatakan kertas soalan bocor kepada pemberita. 

Sumber : Bernama

Baca lagi >>

Tentera Laut US lancar kapal perang baru

NEWPORT NEWS, Amerika Syarikat - Tentera Laut Amerika Syarikat telah melancarkan kapal perang baru dalam kelas baru yang pertama seumpamanya iaitu kapal pengangkut pesawat Gerald R. Ford. Kapal itu dinamakan sempena Presiden Amerika Syarikat yang ke-38 Gerald R. Ford.
Sebuah majlis khas telah dianjurkan pada 9 November lalu sempena pelancaran itu di Huntington - Ingalls Industries Newport News Shipyard Virginia, di mana Susan Ford Bales, anak perempuan Presiden Gerald Ford dan juga penaja kapal telah merasmikan kapal dengan memecahkan botol champagne pada plat kimpalan badan kapal.
"Kapal ini hebat, Ini merupakan saat istimewa buat saya," kata Bales. 

"Saya mengharapkan ayah dan bukan saya yang berada di sini untuk memecahkan botol atau mungkin dia melihat saya pecahkan botol."

Senator Carl Levin, pengerusi Jawatankuasa Angkatan Bersenjata Senat, memberikan ucapan utama pada majlis itu sambil menekankan bahawa kapal pengangkut pesawat merupakan simbol kuasa Amerika Syarikat.

"Ia menggambarkan kekuatan ketenteraan kita," kata Levin.

Kapal pengangkut pesawat baru ini dianugerahkan nombor siri CVN 78. Kapal ini adalah anak sulung daripada kelas Gerald R.Ford

Ia adalah kapal yang pertama dengan reka bentuk baru selama lebih daripada 40 tahun dan akhirnya akan menggantikan semua kelas kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz. 

Kapal pengangkut pesawat kelas Gerald R. Ford  direka untuk meningkatkan keupayaan perang dengan kos selenggara yang kurang berbanding sebelumnya dengan kapasiti krew kurang seramai 700 orang. 

"Ia satu kapal yang hebat," kata Kapten John Meier, pegawai pemerintah untuk kapal pengangkut pesawat yang baru dilancarkan.

"Teknologi yang direka untuk kapal ini adalah benar-benar satu seni. Ia kapal dengan teknologi paling maju di dunia."

Kapal pengangkut pesawat Gerald Ford mempunyai pelbagai ciri dan reka bentuk baru, seperti sebuah jana kuasa nuklear yang baru, sistem pelancaran pesawat elektromagnetik, penangkap gear yang berteknologi tinggi, radar dual band, dan semua alat bantuan elektrik. Ia direka untuk jangka hayat 50 tahun dengan satu waktu di pertengahan umur kapal untuk mengisi bahan bakar dan baik pulih menyeluruh.
Rolf Bartschi, naib presiden bagi pembinaan kapal Gerald R. Ford memberitahu bahawa sebagai kapal pengangkut pesawat kelas baharu, Gerald Ford telah direka untuk menjimatkan kos selenggara yang agak banyak bagi tentera laut US sepanjang hayat operasinya. Jadi ia direka untuk beroperasi dengan lebih sedikit kelasi dengan ciri-ciri penuh untuk melancarkan operasi perang.

Anggaran penjimatan sebanyak 4 Billion hingga 5 Billion US Dollar untuk operasi sepanjang 50 tahun.

Kapal pengangkut pesawat Gerald Ford akan menggantikan Kapal pengangkut pesawat USS Enterprise, yang ditamatkan operasinya tahun lepas. Dengan penambahan kapal baru ini, Tentera Laut Amerika Syarikat mengekalkan satu kumpulan 11 buah Kapal pengangkut pesawat super.

Sumber : xinhuanet.com

Baca lagi >>

Songlap duit derma satu dakwaan palsu kepada warga Palestin

Berita daripada Akhbar Harian Metro yang bertajuk ‘Tolong jangan bantu dia’ dan 'Pelesit Palestin' berkenaan seorang warga Palestin lelaki yang berkahwain dengan wanita tempatan telah salah guna wang derma adalah satu dakwaan palsu.
Laporan penuh Harian Metro (Klik untuk gambar lebih besar).
Segala tuduhan adalah tidak benar sama sekali dan perkara ini dinafikan sendiri oleh isteri warga Palestin itu. Laporan polis juga telah dibuat memandangkan kes ini mungkin berpunca daripada dengki dan khianat daripada pihak tertentu.
Di bawah ini adalah laporan polis yang telah dibuat (Klik untuk gambar lebih besar):
Sedikit latar belakang pasangan ini, Isteri bernama Shahrina Ahmad Sharkawi telah berkahwin dengan lelaki warga Palestin bernama Hassan di Gaza pada 5 Mac 2013.
Di Malaysia mereka memulakan perniagaan katering Nasi Maqlubah sambil mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin di semenanjung Gaza.
Antara catatan menarik tentang 'Jihad Tidak Mudah, Penuh Ranjau dan Fitnah' daripada Puan Shahrina untuk dikongsikan bersama:
"Sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintah-Nya) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita..."(Surah Al-Baqarah 2:112)
Ini adalah jawapan kepada pertuduhan mengatakan Hasan melakukan kekerasan terhadap ibunya sendiri seperti yang dipaparkan dalam Harian Metro. Hasan juga bebas dari sebarang pertuduhan oleh pihak polis. Saya mohon, jangan salah tafsir masalah yang berlaku antara Hasan dan ibunya kerana ia adalah masalah dalaman, yang masih boleh dipulihkan. Saya kenal mama Hasan sejak di gaza, dia sedang dalam tekanan perasaan sejak 10 tahun lamanya iaitu sejak anak sulungnya dalam penjara. ditambah, kelmarin, genap setahun anak keduanya, mahmud syahid... Al-Fatihah.
Mama dalam stress, orang tengah dan wartawan ambik kesempatan gunakan mama burukkan Hasan... Entah apa la diterjemahkan dari apa kata-kata mama... Saya cabar Harian metro bagi saya dengar rakaman perbualan, saya sendiri akan terjemahkan sekali lagi... saya akan bacakan kat mama (jika kami dapat jumpa semula, apa yang ditulis dalam media.. mama pasti terkejut kerana dia bukan jenis pembohong, dia pasti terkejut bila baca catatan, selama 5 bulan kami balik Malaysia, tak pernah bagi apa-apa sumbangan... Dia sendiri tunjuk kat kami gambar dia serahkan dana kepada mangsa perang yang cacat annggota setelah terima duit yang kami kirim melalui Nadir Al-Nuri... kami tak pernah salahkan mama kerana saya kenal bagaimana dia, penyayang sangat orangnya..
Jadi, kita mungkin tak biasa dengan keadaan kehidupan orang Gaza yang membesar dalam suasana yang bukan macam kita. Lazim, orang sedia maklum orang Arab kasar tapi mereka juga lembut hatinya... Mama perlu bantuan dan sokongan untuk pulihkan tekanan emosinya, jadi, sepatutnya, beri dia peluang dan ruang untuk sejukkan hati dan berbaik dengan anaknya kembali... bukan sorok mereka dan bawa lari... rumah kami sentiasa terbuka untuk mereka, malah, berhabis Hasan belanja belikan pendingin hawa dan sediakan dua bilik khas sorang satu untuk mama dan adiknya.
Malah, punca salah faham pun kecik sangat. Saya kesal dengan tindakan orang yang bawa ke media dan wartawan yang sekarang, menghalang usaha saya untuk merawat mama, usahakan adik hasan masuk universiti, dan bantu Hasan jana dana dengan berniaga. Kami tak pernah minta sedekah dan derma, kami perah tenaga buat Maqlubah berniaga sini sana... tak nak beli tak apa... rugi la sebab orang kata, sedap sekali masakan chef Hasan Al Zahar dengan pelbagai menu Gaza...
Dan kami tak rugi apa-apa jika orang tak nak terus bersama kami bantu Gaza, tapi, bagaimana dengan penderitaan dan harapan mereka melalui kami? Saya tak kisah orang caci dan maki, Allah Maha Mengetahui...
Apa yang kalian inginkan? mama balik semula ke Gaza yang sedang diserang? akhbar anda laku keras atas fitnah dan berita yang sensasi? Tahniah... dan terima kasih kerana dengan fitnah ini, kami lebih banyak terima doa dari kawan-kawan... 
Itu yang lebih berharga daripada wang ringgit dan glamer... tak apa... Allah ada...
Lagi catatan menarik daripada beliau di Facebook:
Salam... kepada rakan-rakan yang tertanya-tanya apa hal dengan laporan Harian Metro, nanti saya buat karangan dan cerpennya ya.. tajuk, JIHAD TIDAK MUDAH.. terima kasih kepada rakan-rakan yang SMS, Call malah ada yang terserempak dengan saya dan Hasan Al Zahar di balai polis setelah Hasan disahkan bebas dari sebarang pertuduhan. Terima kasih Alwani Mohd Kasim, Min Saad kerana sanggup datang ke IPD kajang semata-mata untuk dapatkan kepastian. Sementara saya menulis hal yang sebenarnya, saya kongsi status kak Emy Aminah Norzifah Ismail... 
"KITA SAMA-SAMA TUNGGU PENERANGAN DARI CIK PUAN Shahrina Ahmad Sharkawi sendiri berkaitan lapuran di dalam Harian Metro...
Saya berbual telefon dengan beliau jam 6 petang tadi... INI di antara perisian perbualan kami yang boleh saya kongsikan.
Family dispute? Fitnah, dengki khianat dari pihak yang tidak bertanggung jawab yang memanipulasikan fakta... Logik kah Ibu Zahra, Mak Hasan kenal pejabat Harian Metro dan Balai Polis kalau tidak ada orang tempatan yang membawa beliau dan anaknya ke sana? Di mana Ibu Zahra tinggal sejak mereka balik dari Alor Setar? Siapa yang kenal mereka dua beranak? Siapa yang mendalangi temubual dengan Harian Metro... silalah kontak Tuan Amir Abd Hamid dan Tuan/Cik Puan Yusmizal Dolah Aling ... yang melaporkan berita ini.
INI adalah isu memburukkan usaha Shahrina berjihad untuk Palestine... sebelum berumah tangga dengan Hasan, Shahrina sudah ditemubual di dalam TV Al-Hijrah berkaitan "sumbangan limbs" untuk penduduk Palestine yang tercedera di sana. Misi sebagai Socio Photographer ke Gaza untuk apa? Adakah beliau buat semua ini semata-mata menunggu episode fitnah yang tersebar luas ke seluruh negara sebegini berlaku?
Kehadhiran ibu mertuanya yang tersedia traumatic, depressive, emotionally unstable, facing cultural shock, conflicting mode etc... telah memberi peluang keemasan kepada Cik Puan Shahrina untuk memberi kaunseling kepada beliau sepanjang mereka bersama. Berkaitan kaunseling, pernah sahabat se Universitinya (YM DrTengku Naufal Tengku Mansor memberi perakuan "Shahrina, the best councillor in USM"... only a few months back this message was relayed to me face to face by YM Tg. at one of the Seminars On Domestic Violence.
Regarding doubts beyond reasonable doubts that shook and trembled our vary minds and souls which was utterly shocking!!! The moneys contributed were sent to Gaza and she keeps all the transactions recorded. There was an occasion and it was at night, we helped to bank in some money into her account which was going to be transferred to Gaza the following day. That was the proceeds from Maqlubah that were delivered to Masjid Sh.Alam that night... 
I was personally trembled by the reports in the Harian Metro when one of her close friends sent the link to me... I was in PPAS the whole day today...
I am amazed at some people's high self esteem and capabilities in slandering and putting down people with good intentions. May Allah show these people some lights, shine upon them Nur Illahi, show them roads to Hidayah dan Taufik so that their deeds and professions earned them not only REDHA from Allah but also a place in Jannah. May Allah enlightens the burdens of Shahrina and her entire family. Award her with bountiful "gifts" so that she operates her business in The Land of Ambiya' particularly Gaza, soon. Aameen Ya Rabbil'alamiin...
Semoga dengan pencerahan ini segala fitnah dan tuduhan tidak lagi dilemparkan kepada beliau sekeluarga.

Baca lagi >>