Thursday, 21 November 2013

Kena denda RM15,000 sebab hina Sultan Perak

KOTA KINABALU 20 Nov. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM15,000 atau penjara lapan bulan terhadap seorang jurujual telefon bimbit selepas didapati bersalah menghina Sultan Perak pada 2009.
Rutinin Suhaimin
Hakim Mahkamah Sesyen, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan Rutinin Suhaimin, 40, bersalah melakukan perbuatan itu di Blok A, Lot 4, Kedai Sedco, Kundasang, Ranau, pukul 6.33 petang, 13 Februari 2009.

Rutinin dituduh secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen jelik itu di laman web http://books.dreambooks.com/duliduli.html yang mempunyai pautan kepada laman web Sultan Perak http://www.sultanperak.gov.my.

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(9) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh membawa hukuman didenda sehingga RM50,000 atau dihukum penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin.

Rutinin yang diwakili peguam Muammar Julkarnain membayar denda itu. 

Sumber : BERNAMA, Utusan

Baca lagi >>

3 jenis nafkah zahir yang suami wajib beri pada isteri

Soalan: 
Apa hukum suami tidak beri nafkah zahir pada isteri?
Ustaz Azhar Idrus:
Suami wajib memberi NAFKAH ZAHIR pada isteri dalam 3 perkara iaitu makan-minum, pakaian dan tempat tinggal.

Termasuk juga dalam nafkah adalah barang-barang keperluan lain seperti alat berhias, bersuci dan ubat-ubatan.

Nafkah makan-minum yang wajib adalah 2 KALI SEHARI sehingga kenyang dan yang selebihnya adalah sunat sahaja. Tetapi jika isteri jenis makan banyak, misalnya sekali makan satu periuk nasi, maka wajib suami beri makan dua periuk sehari! Suami jangan berkira sangat sebab siapa suruh kamu kahwin dengan orang kuat makan?
Nafkah pakaian yang wajib diberi pada isteri adalah 2 pasang setahun "set lengkap" dan selebihnya adalah sunat. Dua pasang itu termasuk baju, kain, tudung, stoking, kasut, dan pakaian dalam. Yang lain-lain adalah sunat dan suami jangan berkira dalam soal ini sebab dia bukan orang lain, dia isteri yang banyak berjasa.

Nafkah tempat tinggal pula adalah rumah yang berpatutan dan bersesuaian dengan keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.

Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata "Abang tak payah beri nafkah" maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka haram dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.

Ingat! 
Jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak. 
Jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.

Baca lagi >>

Punca budak maut bukan sebab kuat main komputer

MELAKA - Sakit kepala yang dialami seorang kanak-kanak lelaki ketika leka bermain komputer di kafe siber pada Isnin lalu menjadi petanda dia diserang meningitis atau radang otak sebelum meninggal dunia di Hospital Alor Gajah, petang kelmarin.
Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Rosnani Puteh, 42, berkata, anaknya, Muhammad Azmin Abdullah, 12, mula mengadu sakit kepala ketika bermain komputer di kafe siber yang terletak di Masjid Tanah berhampiran rumahnya di Kampung Pinang di sini.
Menurutnya, sejak cuti sekolah bermula, setiap hari Azmin akan keluar rumah bersama abangnya, Muhammad Azanir, 13, seawal pukul 7.30 pagi untuk bermain komputer di kafe siber tersebut dan hanya pulang pada pukul 6.30 petang.

Sumber : Kosmo

Baca lagi >>

Akar umbi Pakatan Rakyat semakin reput?

GEORGETOWN - Pimpinan akar umbi PR ibarat akar yang semakin mereput, demikian dakwa Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Pas Bukit Bendera, Saiful Lizan Yusoff.
Saiful Lizan Yusoff
Menurutnya, tidak dinafikan PR di peringkat kebangsaan dilihat kukuh dan kuat namun sayangnya di peringkat bawahan masih lagi longgar.

“Seperti di Pulau Pinang, tiada perhubungan secara formal antara pimpinan Pas, DAP mahupun PKR. Tidak ada langsung mesyuarat jawatankuasa PR di peringkat parlimen mahupun Dun diwujudkan.

“Kita tidak mahu hubungan antara pemimpin PR hanya melalui perjumpaan sementara di kedai kopi ataupun melalui program, ceramah mahupun seminar, objektif sebenar dalam PR tidak akan sampai,” katanya.

Tegasnya, mesyuarat jawatankuasa PR diperlukan bagi semua peringkat parlimen dan Dun bagi membuat sebarang keputusan mahupun menyampaikan permasalahan antara parti dalam PR.

Sekiranya mesyuarat tersebut tidak ada, hanya parti yang berkuasa yang akan membuat sebarang keputusan dan ketetapan sehingga mengetepikan parti yang dikatakan lemah.

Saiful Lizan berkata, Pas tidak pernah mengetepikan DAP mahupun PKR ketika kedua-duanya masih ‘lemah’ satu masa dahulu terutamanya pada PRU-11.

Menurutnya, pada  masa itu hanya DAP yang tidak bersama Pas sementara Pas masih memimpin PKR yang baru hendak menapak.

“Sehinggalah kemudiannya Pas menyertai PR atas desakan rakyat, seharusnya kesemua ini perlu diingati kembali, kami menyertai PR kerana mahukan pengukuhan, jadi selayaknya DAP dan PKR turut berfikiran yang sama sehingga ke hari ini,” katanya.

Dalam masa sama Saiful turut menegaskan beberapa perkara yang tidak sepatutnya berlaku kepada Pas telah pun terjadi di negeri ini.

Antaranya ialah hanya dua ahli politik Pas dibenarkan memegang jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sedangkan bagi PKR dan DAP jumlahnya jauh lebih ramai.

“Namun yang paling tidak wajar apabila terdapat empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pula yang layak memegang jawatan Ahli Majlis MPPP, sedangkan yang paling dekat dengan masyarakat ialah ahli politik.

“Sementara itu, NGO-NGO ini hanyalah mewakili satu-satu komuniti yang kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sinar Harian mengenai Pas Pulau Pinang yang mengancam untuk menarik diri dan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat campur tangan tertentu dalam hal ehwal Islam di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pihaknya menuntut supaya Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Mainpp), Datuk Salleh Man diberikan kuasa penuh dalam bidang tugas beliau.

Sumber : Sinar Harian

Baca lagi >>

Cepat Download sebelum Winamp ditutup pada 20 Disember 2013

Berakhirnya sebuah era di sini. AOL mengumumkan bahawa perkhidmatan muzik Winamp akan ditutup pada 20 Disember, 2013. Penutupan ini akan melibatkan juga laman web Winamp.com, perkhidmatan web yang berkaitan, dan juga pemain Winamp Media.
Sekian lama Winamp menjadi perisian utama untuk memainkan musik akhirnya terpaksa mengalah dengan kemajuan teknologi yang sangat cepat berkembang.

Ini adalah pengumuman yang dibuat daripada laman web mereka:
Winamp.com dan perkhidmatan web yang berkaitan tidak akan meneruskan operasi selepas 20 Disember 2013. Selain itu, pemain Winamp Media tidak lagi boleh didapati untuk dimuat turun. Sila muat turun versi terkini sebelum tarikh itu. Terima kasih kerana menyokong komuniti Winamp selama lebih 15 tahun.
Antara fakta yang menarik ialah Winamp telah wujud selama 15 tahun.

Dilancarkan pada tahun 1997 sebagai pemain media oleh dua orang pelajar kolej, Winamp mendapat populariti dengan trend yang semakin meningkat iaitu perkongsian fail MP3.

Tetapi persaingan daripada pemain baru seperti muzik dalam talian telah membuatkan perminataan semakin menurun dariapda pengguna. Syarikat induknya, Nullsoft, telah dibeli oleh AOL pada tahun 1999.

Sumber : TNW

Baca lagi >>

Calon SPM maut digilis lori

Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Baharu, Tumpat maut setelah digilis sebuah lori muatan pasir dalam kemalangan di Kampung Teliar, Bunut Susu di Pasir Mas hari ini.
Gambar hiasan
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Haliludin Rahim berkata dalam kemalangan kira-kira 12.30 tengah hari itu, Mohd Safuan Mohd Yusoff, 17, yang menunggang motosikal, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

"Siasatan awal mendapati mangsa tidak sempat mengelak motosikal rakannya yang berhenti mengejut menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan lalu digilis sebuah lori," katanya ketika dihubungi hari ini.
   
Beliau berkata mangsa bersama rakan-rakannya menunggang dua motosikal dalam perjalanan dari Bunut Susu ke Wakaf Baru.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

Sumber : Bernama

Baca lagi >>

Raksasa aneh lagi besar ditemui di Vietnam

Sejak beberapa tahun lalu, kita telah melihat banyak video dan laporan mengenai raksasa yang aneh lagi menyeramkan dilihat melakukan perkara-perkara pelik. 

Contohnya seperti seekor naga yang telah dilihat terbang di England. Atau makhluk seperti ikan duyung yang dilihat di Sepanyol. Atau makhluk 18 kaki yang telah ditemui di luar pantai California.

Tetapi tiada satu pun cerita di atas akan lebih mengejutkan anda melainkan video penemuan raksasa hasil galian di Vietnam baru-baru ini. Sila lihat video di bawah:

Sebuah laman web Jepun baru-baru menyiarkan video yang memperlihatkan seperti bangkai raksasa yang telah digali keluar dari tanah di Vietnam.

Klip dua minit ini menunjukkan binatang saiz gergasi, makhluk yang seperti lintah dengan kepala yang menggerunkan sedang dinaikkan ke treler sambil diperhatikan orang ramai yang teruja ingin tengok.
Sudah tentu, persoalan utama di sini ialah apa sebenarnya makhluk ini? 
Adakah ia cacing raksasa? 
Adakah ia seekor raksasa bawah tanah yang berumur beribu tahun lamanya? 
Atau adakah is hasil eksperimen sains yang gagal? 

Pihak berkuasa telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa ia adalah bangkai ikan paus. 

Tetapi kenyataan itu agak pelik kerana sebagaimana yang kita tahu, ikan paus lebih suka melepak di lautan, bukan di atas tanah kering.

Apa yang anda semua fikir? Raksaksa atau bukan?
Sumber : Yahoo

Baca lagi >>